Blurb 20 : Bab 60

10 0 0
                                    

~A true relationship is when someone accepts your past, support your present, encourage your future.~

"Abang pun tak sabar nak jumpa semua orang."

Senyap sekejap. Sungguh keduanya dihurung rasa janggal yang tiba-tiba.

"Abang rindu Sarah." Eshan meluahkan. Tangan Eshal dibawa ke pipi. Dielus tangan itu ke pipinya.

"Sarah pun rindukan abang. Sangat-sangat. Tak pernah sehari pun Sarah tak rindukan abang." Eshal panjangkan tangannya pegang pipi Eshan sebelah lagi.

"Lama ke abang tak sedar?"

"Lebih kurang 3 minggu. Sarah takut... semua orang takut. Takut kalau abang tidur lama macam dulu." Sedikit kendur suara Eshal. Itulah yang ditakutkan oleh semua orang. Lebih merisaukan lagi kalau sekali lagi Eshan mengalami amnesia.

"Janji dengan Sarah, abang jangan tinggalkan Sarah lagi. Sarah dan anak-anak perlukan abang. Sarah tak sanggup besarkan anak-anak kita tanpa abang. Sarah tak nak dan Sarah tak kuat. Jangan buat Sarah macam ni lagi. Cukuplah dengan apa yang dah Sarah lalui dengan Ezz. Jangan biarkan Sarah ulang lagi rasa itu dengan Han. Boleh janji dengan Sarah?" Eshal menikam anak mata Eshan. Ibu jarinya mengeluh lembut pipi Eshan.

Eshan angguk, yakin dengan jawapannya.

"Kita bina mahligai kita, ya? Kita mulakan semula episod rumah tangga kita. Boleh?" Sekali lagi Eshal meminta. Mata digerakkan ke kiri kanan, mencari anak mata Eshan.

"Janji dengan Sarah ya?"

Eshan pegang belakang tangan Eshan yang ada dipipinya.

"Iya love. Abang janji. Abang akan jaga love dan anak-anak kita. Abang tak akan tinggalkan love lagi melainkan maut yang memisahkan kita."

Eshal merebahkan kepalanya ke dada Eshan dengan penuh berhati-hati, bimbang kalau menyakitkan Eshan yang masih belum sembuh sepenuhnya itu.

"Abang ingat apa yang jadi sebelum ni?" Takut-takut Eshal bertanya. Masih di dada Eshan.

Eshan angguk. Kali ini dia tidak lagi mengalami amnesia seperti sebelum ini. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah. Abang ingat."

"Yang lain macam mana? Nuh, Luq, Ham, Andy... macam mana diorang?" Tiba-tiba Eshan ingatkan teman-teman yang datang menyelamatkan dia dengan Eshal tempoh hari.

"Semua selamat abang. Abang jangan risau, ya? Tapi Nuh, Luq dan Andy... diorang dah balik. Nanti Sarah bagitahu Nuh, abang dah sedar. Ya?"

"Alhamdulillah diorang tak apa-apa. Kita banyak berhutang dengan diorang. Munir pula macam mana?"

"Emm... Munir... dia dah tak ada abang. Mayat dia, polis dah jumpa. Dekat sungai."

Eshan menunduk. Terasa kehilangan Munir itu satu kehilangan besar buatnya. Munir bukan saja driver bahkan juga sebagai kawan yang boleh diajak berkongsi masalah.

"Abang.. jangan banyak fikir sangat. Abang kena banyak-banyak rest. Nanti abang dah sihat, boleh keluar dari sini, kita pergi ziarah kubur dia sama-sama ya?"

Eshan angguk lagi. Termakan dengan pujukan Eshal. Sekejap begitu tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia panggung wajah kepada Eshal.

"Sarah... abang ada jumpa Ezz."

Eshal langsung pandang Eshan. Berkerut kening.

"Betul. Abang ada jumpa dia. Dia minta abang jaga Sarah dan anak-anak kita. Dia juga minta abang jaga mama dan umi. Dan abang berjanji dengan Ezz, abang akan jaga amanat itu elok-elok. Dan abang juga janji dengan Sarah, abang akan sempurnakan keluarga kita. Insya-Allah."

Eshal tekun mendengar cerita Eshan. Dia percaya kerana sesungguhnya tiada yang mustahil bila melibatkan hukum Allah. Kun Faya kun! Saat nama Waeez disebut, tipulah kalau kata hatinya tidak dipagut rindu. Matanya berkaca semula.

'Ezz maafkan Sarah!' 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now