Prolog II

20 3 0
                                    

~I rose from my worst disaster, I changed, I changed~

2016.

Tengku Eshan Maisur kembali ke Malaysia selepas 8 tahun dia berhijrah ke bumi kelahiran walidnya iaitu di Turki. Kali ini Eshan cuma balik sekadar untuk memenuhi hasrat walidnya mahu dia turut serta dalam mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan sepanjang penglibatannya dalam urus niaga keluarga mereka.

Hanya 3 hari. Tetapi 3 hari itu sudah cukup menyesakkan jiwa Eshan. Dia tidak suka lagi balik ke sini lagi setelah jiwanya beroleh ketenangan di sana. Kedamaian dan kebahagian yang diragut oleh insan bernama Sarah itu hanya berjaya dilupakan setelah dia terbang jauh ke negara orang.

Selesai sahaja urusannya di EN Holdings, Eshan mahu segera kembali ke Villa Suci. Kediaman keluarga tanpa menghiraukan permintaan walidnya supaya tunggu sebentar untuk berjumpa dengan wakil syarikat yang bekerjasama dengan EN Holdings untuk projek terbaru mereka iaitu Pembinaan Hotel Paradise.

Sementara menunggu Pak Maliq datang menjemputnya di pekarangan EN Holdings, Eshan membelek-belek telefonnya sekejap. Seketika, Eshan angkat muka dan dari jauh dia sudah terpandangkan Mercedes milik walidnya yang dipandu oleh Pak Maliq bergerak perlahan ke arahnya. Eshan mengatur langkah panjangnya, tangan tidak lepas dari pegang telefon, sebelah lagi tangan santai dalam kocek seluar slack hitamnya.

Buk!

Bahunya dilanggar seseorang dari arah bertentangan. Dia yang mahu keluar dan gerangan yang merempuhnya pula mahu masuk ke dalam bangunan EN Holdings dalam keadaan sedikit tergesa-gesa sehinggakan telefonnya terlepas dari tangan. Bukan telefon dia sahaja, telefon orang yang melanggarnya pun sama. Eshan mendengus, marah. Cukup tidak suka bila ada orang menghalang laluannya. Dia sudahlah mahu cepat, ada saja yang menghalang. Huh!

"Maaf-maaf saya tidak sengaja," pinta lelaki itu lalu tunduk mengutip telefon mereka. Telefon Eshan dihulurkan kepada Eshan.

Eshan hanya menayang muka tidak puas hati, telefon yang dihulurkanoleh lelaki itu segera diambil lalu disematkan ke dalam poket seluarnya. Tanpa rasa mahu membalas permohonan maaf itu, Eshan terus melangkah ke kereta yang sedang menunggu kedatangannya.

"Tuan Han, mahu terus balik?" Pak Maliq bertanya, sekadar mahukan kepastian. Kalau diikutkan pengalamannya bekerja dengan keluarga Eshan 8 tahun lepas, Eshan akan singgah di rumah Kalsom terlebih dulu sebelum balik ke Villa Suci selepas pulang dari kolej. Hampir setiap hari begitu dan dia tahu Eshan ke sana bukan hanya untuk berjumpa dengan Kalsom dan Baariq sahaja tapi Eshan juga mahu berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang begitu istimewa di hati Tengku Eshan Maisur.

"Iya. Balik terus." Tegas dan juga serius.

Pak Maliq mengangguk, terus sahaja dia menjatuhkan handbreak kereta lalu perlahan-lahan kereta bergerak meninggalkan EN Holdings. Satu yang Pak Maliq pasti, sejak tuan mudanya berhijrah ke Turki, 'nama itu' tidak pernah lagi meniti di bibirnya. Mungkin tuan mudanya itu sudah berjaya melupakan si dia.

* * *

"Han, mahu terus balik ke Istanbul? Tak nak stay dulu dekat sini untuk beberapa hari lagi?"

Sekali lagi Tengku Naina bertanya. Manalah tahu kalau banyak kali bertanya boleh melembutkan hati seorang Eshan Maisur yang baru ini. Tengku Eshan Maisur yang sedang duduk di hadapannya ini, sangat keras orangnya. Serius. Mukanya ketat 24 jam. Jauh berbeza dengan Eshan yang dulu.

Eshan Maisur yang sedang mengunyah daging salai masak lemak itu terhenti. Sudu dan garpu diletakkan kembali ke pinggan sebelum matanya dihalakan tepat kepada umi yang sedang menunggu respon darinya.

"Ehem!" Eshan berdeham kecil sambil menyatukan jari jemarinya. Dia sebenarnya bukan tidak faham maksud tersirat disebalik soalan uminya tetapi dia sengaja keraskan hati supaya tidak terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja terutamanya terhadap kaum wanita. Tidak terkecuali wanita itu uminya!

"Ya umi, Han balik hari ini." Hanya itu sahaja yang dijawab, bersahaja. Senada.

"Stay dulu dua tiga hari boleh?" pujuk Tengku Naina lagi.

"Flight Han malam ni, umi. Han sibuk lately. Maaf umi." Nada tidak beriak, Eshan sambung makan.

Tengku Naina menghela nafas panjang dengan jawapan Eshan. Tipulah kalau dia kata, dia tidak terguris dengan jawapan Eshan. Bukan ini yang dia inginkan selepas 8 tahun Eshan di Turkiye. Dia hanya mahukan Eshan lupakan kenangan pahit itu, itu sahaja. Bukannya berubah menjadi orang yang berhati beku macam ni.

Sekali lagi dia menghembuskan nafas berat. Tangannya kembali menyambung suapan.

"Acik balik minggu depan. Han tak nak tunggu jumpa dia ke?" Sekali lagi Tengku Naina mencuba.

Manalah tahu bila sebut tentang kakak kesayangan Eshan itu mampu membuatkan hati Eshan jadi lembut.

"Nanti Han minta acik datang sana. Dia pun nanti boleh jumpa along sekali dengan nenda," balas Eshan.

"Acik tentu rindu Han. Dah banyak tahun dia tak jumpa Han."

"That's why i said, minta acik datang sana. Tak perlu minta Han stay sini. Han banyak kerja lagi perlu dibuat."

"Han... Han dah tak nak stay dekat sini ke?"

"Tak ada sebab untuk Han stay dekat sini. Han balik ni pun sebab walid paksa Han. Kalau bukan sebab walid, tak mungkin Han akan ada dekat sini," jawab Eshan. Kali ini suaranya sedikit tegas dari tadi. Dia tidak suka dipaksa.

"Han... umi rindu Han yang du..lu.."

Serta merta Eshan bangkit dari duduknya. Tersentak Tengku Naina melihat tindakan Eshan itu.

"I'm off." Eshan terus berlalu ke biliknya.

* * *

"Kenapa ni, Ina?" tegur Tengku Eqbal kepada isterinya.

Sejak dari tadi lagi dia melihat isterinya itu seperti tidak selesa. Gelisah semacam saja. Wajah itu juga resah, berpeluh dingin.

"Entah la abang... Ina rasa tak sedap hati. Jantung Ina ni berdebar lain macam." Tengku Naina meletakkan tangannya di dadanya. Dapat dirasakan dengupan jantungnya berdegup laju tidak seperti biasa.

"Kenapa pulak ni? Ina ni buat abang risau lah." Tengku Eqbal tidak menafikan akan hal itu. Dia juga merasakan hal yang sama sebenarnya cuma tidak terlalu memikirkan.

"Entah la abang. Dari tadi Ina call Han, tapi tidak dijawab. Telefon Han off."

Tengku Naina sudah memikirkan yang bukan-bukan. Sejak anak bongsunya balik ke Turki semalam, langsung tidak ada khabar berita. Biasanya anak sulungnya, Tengku Nazneen Masyitah pasti akan mengirimkan pesanan menyatakan adik bongsunya itu sudah selamat sampai ataupun belum. Tetapi kali ini tidak,mereka senyap saja. Dia risau, macam-macam boleh berlaku.

"Ina ada call Neen tak?"

"Ada abang. Off jugak. Ini yang Ina risau. Macam mana ni..."

"Sekejap abang try call bonda."

Tengku Eqbal capai telefonnya, lalu mendail nombor telefon ibu kandungnya yang menetap disana. Butir-butir bicara dalam bahasa turki kedengaran. Riak wajah Tengku Eqbal berubah menjadi keruh. Tengku Eqbal angkat punggung, sedikit menjauh dari isterinya.

Tengku Naina yang memandangkan hal itu turut merasakan bagai ada benda yang tidak baik sedang menimpa mereka di sana.

"Kenapa abang?" Laju saja Tengku Naina bertanya sebaik sahaja suaminya mematikan panggilan telefon.

"Han kemalangan."

"Allahu Akhbar!"

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now