Bab 25 : HV

9 1 0
                                    

~Where there is hope, there is faith. Where there is faith, miracles happen.~

Beberapa bulan berlalu.

Baariq menunggu butir bicara dari Eshan. Nampak dari gaya renungan Eshan itu, macam ada yang dia tidak berpuas hati. Pasti banyak yang akan ditanya oleh Eshan nanti. Kali ini Baariq redha. Kesian dengan Eshan, kesian juga dengan Eshal.

"Kau sorok apa dari aku, Riq?" Eshan menyoal terus. Kali ini hatinya cukup yakin. Baariq ada sembunyikan sesuatu darinya. Bukan sahaja Baariq tapi semua orang. Dia yakin itu.

"Kenapa kau tanya aku macam tu Han?"

"Jawab dulu soalan aku, Riq!" Ternaik sikit nada Eshan. Dia resah, rasa macam semua orang sedang bermain wayang dengannya.

"Apa? Apa yang aku sorokkan dari kau?" Nada Baariq juga tidak kurang macam Eshan.

"Sarah. Mana dia?" Terus dia tebak Baariq dengan persoalan asalnya, malas mahu pusing-pusing lagi.

Baariq gosok belakang lehernya, lepas keluh dengan kuat. Sesekali matanya jeling Eshan yang duduk bertentangan dengannya. Seolah-olah bosan dengan pertanyaan Eshan.

"Sarah? Kenapa kau masih cari Sarah lagi? Sarah siapa dengan kau, Han?"

"Just answer my question, Riq!"

"Dan kau pun sama. Jawab soalan aku! Kenapa kau masih cari Sarah? Kau tak tahu ke Sarah tu dah kahwin? Sarah dah bahagia dengan hidup dia. Dah bahagia dengan anak-anak dia. Kenapa kau masih sibuk cari orang yang dah tak ada kena mengena dengan kau?" Baariq menempelak garang.

"Kau jangan cuba nak memperbodohkan aku lah Riq! Aku dah tahu apa yang dah jadi dengan Sarah. Apa dah jadi dengan Waeez, dengan anak-anak Sarah. Aku tahu semua tu cuma satu yang aku tak tahu. Aku tak tahu mana Sarah ada sekarang ni. Dan aku yakin, selama ni kau tahu Sarah ada dekat mana, kan?" Terus Eshan pangkah dakwaan Baariq.

Baariq diam, segaja bagi peluang kepada Eshan untuk menghemburkan segala yang lelaki itu rasa. Diamnya Baariq buat Eshan kembali mengendurkan bahunya yang sebentar tadi menegang erat.

"Aku dah siasat semuanya Riq. Aku dah tahu apa yang jadi pada Sarah lepas aku pergi sana. Aku dapat tahu dari Adham, Sarah balik dari Amsterdam dengan Waeez. Diorang cari aku tapi aku dah tak ada dekat sini. Diorang kena culik dengan orang-orang Waazin masa nak cari aku dekat Turki." Eshan mengedur.

"Serius... kalau aku dapat tahu awal yang diorang tak jadi kahwin, aku sanggup tunggu Sarah balik Riq walaupun masa tu aku terpaksa berdepan dengan Waazin." Sambung Eshan.

Baariq tetap diam. Itu semua dia sudah sedia maklum. Baariq juga sebenarnya tidak mampu menyangkal lagi tentang perasaan Eshan terhadap Sarah. Dia cuma mahu melihat sejauh mana usaha Eshan untuk mendapatkan jawapan darinya.

"Aku tahu kau pun tahu yang aku tengah gila cari Sarah. Keadaan aku yang blank macam ni pun aku tak pernah lupakan Sarah. Kau tahu apa maknanya tu Riq!" Makin lirih suara Eshan, menunduk. Ada rasa kesal terbit dalam hatinya selepas dia tahu tentang kebenaran itu. Cuma kali ini dia betul-betul mahukan perjelasan dari Baariq. Harapnya Baariq jangan berdalih lagi dengannya. Dia betul-betul mahu tahu dimana keberadaan Sarah.

"Kalau kau tahu Sarah tak lagi Sarah macam yang kau kenal dulu... kau rasa kau masih boleh terima dia, Han?"

Tengadah Eshan dengar soalan Baariq. Kening sudah berkerunyuk.

"Maksud kau? Apa... apa maksud kau, Riq?"

"Aku boleh bagitahu kau Sarah dekat mana... tapi kau mesti janji sesuatu dengan aku."

Eshan pandang Baariq. Menanti Baariq meneruskan katanya. Dada mula dipalu rasa tidak enak.

"Syaratnya... kau mesti kahwin dengan Eshal."

Her Voice (E-book)Место, где живут истории. Откройте их для себя