Blurb 12 : Bab 51

8 1 0
                                    

~I don't like to call it revenge, returning the favour sounds nicer.~

"Diorang ni punca adik aku mati, kau tahu tak?!" Waazin lepaskan Eshal kasar, ditolak Eshal kepada Wajdi. Eshal itu sudah seperti barangan saja, di campak ke sana, ke sini.

"Adik kau mati sebab diorang? Are you sure because of that?" Hanya soalan dibalas dengan soalan. Dia mahu lihat sejauh mana permainan orang tua kutuk itu.

Waazin menyiniskan lagi bibirnya. Nampaknya lawannya itu benar-benat tahu tentang 'sesuatu' mengenainya.

"Cara kau sembang tu macam kau kenal sangat dengan aku, kan?"

Giliran lelaki itu pula mengangkat kedua belah bahu. Tayang muka bersahaja lagikan 'annoying' di mata Waazin. Bersahaja lagaknya.

"Of course i do. Aku tahu semua yang berkaitan dengan kau. Gerak geri kau. Jenayah kau. Benda haram apa yang kau buat. Aku tahu semua. Satu pun tak lepas, Datuk Waazin," ujarnya dan saat menyebutkan nama Waazin, bibirnya bergeliat kegelian. Seolah-olah jijik mahu menyebut nama itu dengan mulutnya.

Waazin lepas tawa yang dibuat-buat melihat respon lelaki 'berani' itu. Selepas itu dia tepuk tangan. Wajdi disebelah ditoleh sekilas. Sambung ketawanya.

"Emm... makin menarik bahagian ni. Aku suka. Wait... kau tahu nama aku and it's unfair la sebab aku tak tahu nama kau. Introduce yourself first, young man."

"Aku... i meant kita.. Kita pernah ada sejarah lampau Datuk Waazin."

"Sejarah lampau? Come on la.. just straight to the point la... apa sejarah lampau kita tu? Jangan cakap, aku kikis betina kau pulak.. Kalau benda tu jadi, kau jangan nak salahkan aku." Waazin sambung gelak lagi.

Lelaki itu tarik hujung bibirnya sedikit. Tenung Waazin silih berganti dengan Wajdi yang masih setia berdiri di sebelah Waazin sambil memaut kedua belah lengan Eshal, memberi sokongan kepada Eshal yang semakin lemah itu.

"Rasanya kau... kau kenal siapa Angeline James, right?"

"Angeline James?"

"Anjeline James, you mean..." Waazin tak habis menyebutnya. Sejenak matanya meluas. Mulutnya ternganga.

"Kau... kau anak JR? Kau... kau NJ?"

"Yes, I'm. Surprise." NJ mengulang ayat Wajdi. Dia meleretkan senyum sinisnya.

Wajdi tergemap, Dia selesa jadi pemerhati sebab dia tak tahu apa hubungan ayahnya dengan lelaki itu.

"Jadi, sekarang kau dah tahu siapa aku, kan?"

Waazin tidak terus menjawab. Perhatikan lagi lelaki yang dikatakan anak kepada JR iaitu Junid Richard, abang sepupunya. JR, siapa saja tak kenal lelaki tu. Seorang tokoh usahawan tempatan yang berjaya di Borneo tapi hakikatnya Waazin tahu bagaimana permainan 'kerjaya' itu boleh terjadi sebab mereka sekufu.

Kini dihadapan adalah NJ. Anak kepada abang sepupunya. Sudah lama tidak bersua, jadi dia tak ingat bagaimana rupa anak sepupunya itu sejak dia berpidah ke semenanjung tanah air. Tapi apa yang dia tahu melalui kabar angin, NJ tidak pernah sebulu dengan JR kerana mendiang ibunya. Banyak cerita, banyak versi yang dia pernah dengar mengenainya tapi dia tahu NJ tetap seorang NJ. Sebanyak mana cerita yang dia dengar tentang NJ, banyak itu jugalah terselit cerita pasal kelebihan, kemahiran dan ketangkasan lelaki itu bertarung melawan musuh walaupun di usia yang tersangat muda. NJ memang selayakknya menjadi ketua kepada penyambung Legacy The James tapi NJ itu bodoh kerana menolak tuah yang sudah tersedia ada untuknya. Itulah juga antara penyebab kenapa JR berang bila NJ tidak mahu meyertainya.

Her Voice (E-book)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ