Blurb 15 : Bab 54

9 0 0
                                    

~I'm sorry.~

"Abang... tengok love... Tengok love.. Jangan tutup mata..." pinta Eshal dalam keadan teresak-esak. Dia menerkap pipi Eshan dengan tangan kanannya. Tangan kirinya pula genggam erat tangan Eshan. Tidak akan dia biarkan sesekali genggam itu terlepas.

Eshan berusaha senyum walaupun dengan rasa yang sangat sakit. Luka tembakan itu sakitnya seumpama rasa terbakar dari dalam. Panas dan pedih. Eshan tatap anak mata isterinya. Mata cantik itu berkaca. Mata itu basah, tidak kering sejak tadi.

"Jangan tidur please... Stay dengan love. Stay dengan love. Dengar cakap love please abang..."

"Love sayang abang. Love cinta abang. Love rindu nak dengar suara abang.. Jangan tidur please..."

"Lo... Love.. a.. abang... sa.. yang...''

"Ya.. tahu... love tahu.. syhhh... abang jangan cakap apa-apa lagi... Save energy abang.. kita dah nak sampai..."

"5 minit lagi Han. Kau kena kuat!" Andy mencelah. Ditekan lagi bekas luka itu supaya dapat mengurangkan rasa sakit itu.

Eshan mendesis. Sungguh tak mampu lagi untuk bertahan. Nafas makin sempit. Makin pendek.

"Ham... jaga Sa.. Sarah..." Dalam kepayahan, Eshan masih cuba memghabiskan ayatnya. Eshan senyum nipis, mata itu masih dipakukan kepada Eshal. Lama kelamaan, senyuman itu perlahan-lahan memudar. Eshan tarik nafas panjang yang makin memberat. Dia sudah tak mampu bertahan. Dia rasa lelah. Dia rasa penat. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berehat. Dia rasa mengantuk. Sangat-sangat mengantuk. Dia perlu tidur. Kelopak mata perlahan-lahan terkatup.

"No... No... abang!" raung Eshal bila mata Eshan sudah tertutup rapat.

"Abang!!"

"Han!"

'Sarah, isteriku. Aku cinta padamu. Aku kasih padamu. Aku sayang padamu. Sayang aku, kasih aku dan cinta aku kepada kau itu ikhlas. Ikhlas kerana Allah. Aku yakin kau jodoh aku. Aku yakin kau bidadari yang Allah kirimkan untuk menyempurnakan aku. Sarah, isteriku. Abang minta maaf seandainya abang banyak melukai Sarah. Abang minta maaf sekiranya abang tidak mampu untuk temani Sarah sepanjang hayat kita. Abang tahu Sarah isteri abang yang kuat. Yang tabah. Yang terindah. Abang redha dengan Sarah. Abang ikhlas lepaskan Sarah. Abang cintakan Sarah untuk selamanya.' – Eshan Maisur.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now