Bab 6 : HV

9 0 0
                                    

~I feel in love with the way you touched me without using your hands.~

2018.

Eshan bersedia untuk mendengarkan voice mail yang lain pula iaitu sekitar bulan September 2017, setahun yang lepas. Ini bermakna, suara misteri itu jadikan telefon ini sebagai satu panggilan walaupun dia tahu setiap panggilannya tidak akan dijawab oleh empunya telefon. Ibarat seperti sebuah diari, tempat untuk 'dia' meluahkan segala isi hati. Itu yang Eshan dapat putuskan.

9 September 2017.

"Assalamualaikum bie... Maaf, sebab dah lama sayang tak call bie. Sayang... sakit bie. Sayang rasa sakit sangat. Hati sayang rasa dah tak tahan tangguh rasa rindu ni. Sayang rindu bie, sayang rindukan dia. Sayang rindu abang, adik. Sayang, rindu... Rasa sakit sangat menahan rindu ni, bie. Bie, andai kata sayang dah tak mampu lagi untuk bertahan, bie marah sayang ke?"

Senyap. Suara itu kedengaran sedikit lain kali ini. Ada tenggelam timbul dalam nadanya. Eshan berdebar mendengarkan kata-kata yang diungkapkan oleh si dia. Walaupun ianya cuma satu voice mail yang sudah lama ditinggalkan, entah kenapa Eshan takut andai suara itu buat sesuatu yang buruk selepas voice mail itu dihantar.

"Sejak bie tinggalkan sayang dengan anak-anak, sayang hilang tempat untuk bergantung. Sayang cuba untuk bangkit. Bangun untuk teruskan hidup demi zuriat yang bie tinggalkan tapi bila datuk dan datin datang, rampas anak-anak kita, saying boleh jadi gila bie. Sayang tak boleh hidup macam ni. Sayang nak anak-anak kita. Anak-anak kita kekuatan sayang, bie. Tapi bila anak-anak dah tak ada dengan saying, macam mana lagi sayang mahu kuat?"

"Bie... kenapa macam ni jalan hidup sayang? Sayang rasa jiwa sayang mati. Sayang sudah tak tahan lagi dengan semua ni bie. Sayang kesiankan mak dan abang. Bersusah payah demi menjaga sayang. Sedangkan sayang, sayang tak mampu nak buat apa-apa untuk ringankan beban diorang. Sayang dah susahkn semua orang. Bie... sayang rasa give up dengan semua ni. Sayang rasa penat sangat-sangat."

Tangisan panjang berlagu. Eshan merasakan sesuatu dalam hatinya saat mendengarkan si dia dihujung sana menangis mendayu-dayu. Agak lama tangisan itu berlagu sehinggakan voice mail itu mati dengan sendiri. Eshan jatuhkan tangan, pandang telefon. Terngadah Eshan seketika.

Berdasarkan voice mail yang ditinggalkan itu, dia dapat simpulkan yang si dia dihujung sana itu seorang perempuan yang baik. Seorang perempuan yang sudah kematian suami, mempunyai dua orang cahayamata tapi telah dipisahkan darinya. Hebatnya insan ini menanggung semuanya. Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak-anak?

Mata Eshan tanpa sedar berkaca. Dia sedang cuba menjiwai watak ibu yang merindukan anak-anaknya. Rindu? Peritnya perasaan itu sebab jiwa dia juga sedang merintih rindu kepada Sarah. Sarah? Argh, dia menyebut lagi nama itu. Eshan semakin tertanya-tanya kemanakah Sarah pergi? Apakah yang sebenarnya terjadi kepada kehidupannya dengan Sarah suatu ketika dulu?

Eshan kerdip matanya berkali-kali, cuba untuk tidak fikirkan Sarah. Cuba untuk hakis perasaan sayu yang mula bertandang. Baginya dikala ini, suara misteri itu benar-benar menarik perhatiannya. Dia kalau boleh mahu tahu apa yang jadi kepada 'si dia'. Dia jadi tertanya-tanya. Eshan tekan voice mail yang lainnya.

20 September 2017.

"Assalamualaikum bie. Sayang dah selesai sesi kaunseling dengan pakar kaunseling. Abang yang minta sayang dapatkan rawatan sebelum sayang jadi makin teruk. Hahah.. Baik kan abang tu. Dia betul-betul jaga sayang dan mak. Sayang... sebenarnya malu dengan mak dan abang. Diorang dah berusaha jaga sayang sebaik mungkin sepanjang hidup sayang. Sayang tak kan mampu balas jasa diorang."

Sesekali dengar suara itu menghela nafas panjang, kemudian bunyi nafas ditarik dalam. Seolah-olah sedang tanam satu keazaman.

"Bie, sayang janji sayang akan teruskan hidup ini dengan sebaiknya dan sayang tak akan bersedih lagi. Sayang minta maaf sebab terlalu lama tenggelam dalam kesedihan. Sayang akan bangkit untuk mulakan hidup baru. Sayang akan kerja dan kumpul duit banyak-banyak seperti yang datin minta kalau sayang nak dapatkan balik anak-anak kita. Sayang tahu 500 ribu itu mustahil tapi kalau itu nilainya yang sayang perlu bayar untuk dapatkan balik anak-anak kita, sayang sanggup bie. Sayang akan usahakan. Sayang janji dengan bie,'' ujarnya dengan penuh keazaman dalam jiwanya sebelum voice mail pada hari itu tamat.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now