Bab 19 : HV

9 2 0
                                    

~She loved him and he love her but it wasn't that simple~

2008.

Otak Sarah memberi isyarat supaya lajukan lagi langkah kakinya. Dari berlari-lari anak, Sarah mula buka langkah seribu. Silap dia juga, tidak terima pelawaan Cikgu Zawiyah untuk menumpangkannya balik ke Pangsapuri Cempaka sebentar tadi. Kebiasaannya jam 5 petang waktu kerjanya sudah berakhir tapi disebabkan hari ini ada sedikit majlis, jadualnya jadi sedikit berubah. Sedar tidak sedar hari. sudah pun gelap.

Padahnya, sekarang ini hanya dia seorang sahaja yang masih berkeliaran pada waktu senja begini. Taman perumahan elit yang menempatkan deretan rumah teres setingkat ini kebiasanya riuh dengan suara kanak-kanak riang bermain di taman permainan berhampiran kini sudah menyepi. Tiada lagi gelak ketawa riang. Tiada lagi kelibat manusia yang melakukan aktiviti riadah di petang hari seperti berjogging dan berbasikal apabila hari sudah mula melabuhkan tirainya.

Sesetengah kawasan juga sudah mula gelap. Hanya ditemani cahaya deretan lampu jalan yang sudah terpasang, menghasilkan bayang-bayang yang ada kalanya kelihatan sedikit menyeramkan. Sarah kerling jam tangannya, sudah menghampiri 7.30 minit petang, waktu perjalanan bas yang terakhir sudahpun berakhir. Lalu bagaimana dia mahu pulang? Mahu naiki teksi? Kawasan ini memang susah untuk dapatkan teksi. Kalau ada pun, sudah tentu tambangnya mahal. Akhirnya mahu atau tidak, Sarah terpaksa berjalan kaki balik ke rumahnya.

Sarah menggagau begnya cari telefon pintarnya. Skrin disentuh, bateri hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Kalau tidak, pasti boleh hubungi Waeez Haikal si kekasih hati. Tapi... lupa pula dia. Waeez tidak ada di Malaysia sekarang. Teman lelakinya itu berada di Indonesia, jadual kerjanya yang membawanya terbang ke sana. Inilah padahnya bila bercinta dengan Pilot. Sarah hembus nafas berat.

Ketika saat inilah rasa sesal Sarah datang bertimpa-timpa. Entah apalah nasibnya hari ini. Selalu sahaja ada yang tidak kena. Sejak dari pagi lagi dia rasa serba tidak kena. Seperti ada yang tidak baik bakal menimpanya. Tapi perasaan itu diseka jauh-jauh, mainan perasaan sahaja. Bisik hati kecilnya. Penat berlari, Sarah berehat sebentar di pondok perhentian bas. Duduk di bangku yang tersedia disitu untuk melepaskan lelah. Beg sandangnya diselongkar mencari botol air mineral. Tengkuknya haus. Jauh juga perjalanan Tadika Cahaya ke rumahnya. Masih jauh kakinya perlu berjalan.

Prak!

Tidak semena-mena pergerakkannya yang sedang meneguk air terhenti. Telinganya cekap menangkap bunyi seseorang terpijak dedaun kering yang ada disekitar tempat duduknya. Sarah menutup kembali botol mineralnya lalu berpaling ke belakang. Memeriksa dari arah mana datang bunyinya itu. Firasatnya mengatakan ada seseorang di sebalik tiang besar di belakang pondok itu. Semerta meremang bulu roma Sarah, dia sungguh takut kalau diapa-apakan oleh manusia berhati syaitan.

Tanpa berlengah lagi, Sarah cepat-cepat berlari. Menyelinap di sebalik deretan pokok yang terletak tidak jauh dari situ. Berharap ada manusia yang sudi lalu di jalan yang sunyi ini dalam keadaan dia begini. Berharap juga kalau ada insan berhati nurani sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Peluh sudah merecik di dahi, baju kurungnya juga sudah lencun dengan peluh. Peluh di dahi Sarah seka dengan belakang telapak tangan. Dia yakin dengan kata hatinya. Ada seseorang mengekorinya sejak dari Tadika Cahaya lagi. Patutlah hatinya rasa tidak sedap saja.

'Adakah orang-orang Datuk Waazin?' Fikirkan itu jantung Sarah makin laju berdetak.

Sarah duduk membongkok disitu sambil-sambil mengintai di tempat duduknya sebentar tadi. Ranting kayu yang ada berhampirannya dicapai lalu dipegang kejap. Sarah mengamati saiz ranting itu, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, sedang-sedang saja tapi kalau terkena sekali libas, boleh berbirat juga. Sarah kulum senyum. Boleh lah!

Sarah betulkan duduknya, bersedia untuk lakukan ayunan sekiranya keadaan sudah mendesaknya. Dia menajamkan matanya, memerhati sebarang pergerakan dengan menanti 'seseorang' keluar dari persembunyiannya. Jantung berdegup kencang.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now