Blurb 16 : Bab 55

11 0 0
                                    

~Be careful who your trust, the devil was once an angel.~

"Han ada order barang ni untuk Sarah dari Pandora Eden Mall. From London. Tapi barang delay, tak sempat sampai pada hari yang sepatutnya." Nuh keluh dihujung ayat itu.

Eshal buka kotak pandora dan satu bracelet warna pink menyapa tatapannya. Ada charm berbentuk huruf S dan ada satu bentuk hati yang terukir nama mereka. T. E. M.

"Han ada pilih untuk ukir nama korang. T. E. M," beritahu Nuh tanpa dipinta.

Eshal sentuh bracelet itu. Matanya langsung berkaca. Dapat dia bayangkan pasti Eshan sendiri mahu pakaikan bracelet ini sendiri di lengannya.

"Nuh minta maaf. Bukan ini yang Nuh plan dengan Han."

Eshal menekur lantai. Air yang bertakung mula memecah tubir. Dengar esakkan Eshal, jiwa Nuh jadi sakit. Dia tahu sakit dan peritnya bila orang yang kita sayang sepenuh hati diapa-apakan. Lihat kasih suci antara Eshan dan Eshal buat Nuh rasa cemburu. Cemburu dengan keikhlasan dan kesetiaan yang ada di antara mereka berdua. Langsung tergambar di benakknya, raut wajah cantik seseorang yang dia sangat sayangi iaitu Nia... Nia Jasmine!

"Han betul-betul sayangkan Sarah. Sarah bertuah bila ada orang yang betul-betul sayangkan Sarah. Arwah Waeez dan Eshan." Nuh menyambung.

Eshal diam lagi. Membiarkan hanya Nuh yang berkata-kata. Sesungguhnya dia juga perlukan teman berbual saat-saat begini. Walaupun Keluarga Eshan ada datang melawat Eshan, dia tak rasa pula mahu berbual dengan mereka. Jiwa Eshal betul-betul tertumpu kepada keadaan Eshan.

"Han lelaki yang baik. Dia selalu pesan dekat Nuh supaya tengok-tengokkan Sarah kalau apa-apa berlaku pada dia. Han cakap, dia tak tahu apa akan jadi pada Sarah kalau Nuh tak tolong hentikan Waazin. Sebab tu Nuh play victim dengan Waazin hari tu. Nuh nak dapatkan pengakuan Waazin atas apa yang dah berlaku supaya senang Nuh nak heret dia ke pengadilan. Tapi... siapa sangka Waazin sendiri yang jadi mangsa 'sniper misteri' tu. Nampaknya Waazin bukan satu-satunya musuh Han dengan Sarah. I think someone else." Nuh kepal penumbuk, marah betul dia!

"We lost the mystery sniper tu. Kalau kita dapat dia, mesti Nuh boleh tahu siapa orang disebalik tu. Tapi kita hilang dia. I'm sorry... And inilah yang Nuh risau sebenarnya. Sebab kita tak tahu siapa orangnya... jadi kita tak dapat agak apa boleh jadi dengan Han dan Sarah. And i know my job is not stop here! Sarah jangan risau okay? Luq dan Nuh akan cari siapa orang tu!" marah Nuh lagi. Sedetik dia berpusing kepada Eshal,

"Nuh janji dengan Sarah, Nuh akan cari siapa yang buat Han macam tu. Nuh akan pastikan dia bayar balik apa yang dah dia buat," tekad Nuh.

"Tapi Nuh nak Sarah kuat. Bila Sarah kuat, Eshan akan jadi lebih kuat, boleh?" 

Her Voice (E-book)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum