Bab 30 : HV

15 2 0
                                    

~Allah test different people with different trials because everyone has a different level of patience, tolerance and faith.~

'Allah... inikah perasaannya? Perasaan yang KAU janjikan untuk orang-orang yang sabar dengan ujian-Mu?' Tak tau nak luahkan macam mana dengan kata-kata. Satu perasaan yang sangat sukar untuk Eshan bayangkan apatah lagi dia sendiri yakin yang dia tak akan mengalami perasaan ini.

Sarah. Satu nama yang tak pernah luput dari ingatannya walaupun disaat dia mengalami amnesia. Sarah, satu-satunya perempuan yang ikhlas dia sayangkan dengan sepenuh jiwa. Perasaan yang sangat mendalam yang Allah hadirkan untuk dia. Sungguh, pencaturan Allah itu hebat.

Eshan menjarakkan ssdikit kedudukannya dengan Eshal. Tangannya dibawa ke sisi tapi matanya masih melekat, menatap anak mata Eshal yang menjadi igauannya sejak dari hari pertama dia kenal Eshal di taska tempoh hari. Patutlah dia rasa sesuatu tiap kali lihat anak mata itu, rupanya Eshal ini, 'Sarah' dia. Sekarang baru dia faham maksud Baariq,

"Sebab Eshal kekuatan Sarah. Eshal perlu ada dimana saja Sarah berada. Diorang diperlukan antara satu sama lain. Kau tak boleh ambil salah seorang." Ayat Baariq suatu masa dulu dan kini dia sudah faham. Patutlah Baariq letakkan syarat macam tu. Rupanya ada makna yang tersirat disebalik itu.

"Han..." panggil Nafla yang berada disisi Eshal, mengembalikan Eshan kepada tempat di mana dia berada disaat ini.

Eshan menoleh sekilas kepada kakaknya sebelum kembali semula kepada Eshal. Tangan kanannya dicapai oleh Nafla dan sebelah lagi tangan Nafla capai tangan kiri Eshal. Disatukan kedua tangan itu.

"Han... ini Sarah. Cik tahu Han dah ingat Eshal ini Sarah tapi cik tetap jugak nak kenalkan Eshal pada Han. Cik minta maaf sebab rahsiakan semua ni dari Han sejak dari cik tahu siapa Eshal."

Eshan angguk sedikit, bibirnya melukir sekuntum senyuman sambil menggenggam lembut tangan Eshal.

"It's okay, Cik. Han tahu mesti ada sebabnya kenapa cik sembunyikan kebenaran tu dari Han. Thanks cik tolong jaga 'Sarah' Han."

Nafla menepuk lembut tangan yang tengah erat bersatu itu. Perlahan dia lepaskan kedua tangan itu.

"Pegang tangan adik akak ni elok-elok ya, Eshal?" pinta Nafla kepada Eshal. Eshal hanya angguk, malu.

"Han..." Baariq sentuh bahu Eshan lembut. Sebak mahu menyatakannya tapi itulah yang perlu Baariq lakukan. Tugasnya sudah selesai. Eshan mengalihkan tumpuannya kepada Baariq pula. Pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Baariq.

"Mulai detik ini... aku serahkan Eshal Maisarah kepada kau, sebagai suami dia yang sah. Segala tanggungjawab dan amanah yang aku pegang dari arwah Waeez... aku serahkan kepada kau. Aku harap kau sudi jaga Sarah dengan sebaik dan selayaknya. Aku minta maaf kalau kau rasa tindakan aku selama ni agak kurang ajar dan biadap tapi percayalah apa yang aku buat semuanya bersebab," ujar Baariq sebak. Dia tidak mahu ada salah faham dengan Eshan.

Eshan mengangguk. Terus dia peluk Baariq.

"Terima kasih banyak-banyak Riq sebab kau jaga amanah arwah Waeez dan aku dengan baik."

Baariq angguk. Belakang Eshan ditepuk perlahan seraya meleraikan pelukan mereka.

"Itu tanggungjawab aku, Han. Sarah, tugas abang jaga Sarah dah selesai. Maafkan abang kalau-kalau abang ada buat Sarah sedih sepanjang abang jaga Sarah." Baariq berpaling kepada Eshal pula.

Mata Eshal bertakung. Sedihnya dia mendengar penyerahan tanggungjawab itu.

"Abang... abanglah abang yang terbaik Sarah. Tanpa abang, Sarah tak mungkin boleh ada dekat sini. Terima kasih abang sudi jaga dan terima Sarah selama ni. Sarah dah banyak susahkan abang dan Mak." Eshal menunduk. Setitik air matanya menitis. Sungguh dia sedih dan terharu bila fikirkan segala pengorbanan Baariq sedangkan Baariq itu bukannya sesiapa dengan dia. Cuma sekadar jiran saja.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now