Bab 11 : HV

7 1 0
                                    

~Don't ruin a good today by thinking about a bad yesterday. Let it go.~

29 September 2017.

"Assalamualaikum bie. Sayang minta maaf baru berpeluang call bie. Bie, rupanya susah untuk sayang balik tinggal di KL semula. Abang pun tak benarkan sayang balik ke sana lagi buat masa sekarang. Dia baru je dapat berita yang musuh kita tengah cari kami. Mungkin kami kena tinggal dekat sini dulu untuk sementara waktu..."

"Bie... kadang-kadang sayang takut nak berdepan dengan kenyataan. Takut nak mulakan hidup baru tanpa bie. Kadang-kadang sayang rasa tak kuat. Betul-betul tak kuat." Dihujungnya berlagu sebuah tangisan.

Eshan pejam mata. Pedih dengar tangisan itu berlalu di cuping telinganya. Dia tidak suka dengar 'si dia' menangis hiba begini.

"Isk... Isk... Isk.. bie... Kalau sayang tak jumpa dia, bie marah sayang ke?"

Eshan ketap bibir. Siapa 'dia' yang dimaksudkan tu?

"Bie, sayang tak rasa sayang mampu bersama dia lagi. Dia mesti dah benci sayang, kan bie?" Senyap seketika dan voice mail itu dimatikan.

Eshan sekali lagi ketap bibir. Sakit hati pula dia sebab dia tidak jumpa sebarang jawapan kepada setiap persoalannya. Tak lama jarinya bergerak kepada ruangan voice mail yang bertarikh lain pula.

1 November 2017.

"Bie, sekali lagi sayang rasa sakit. Sakit sangat. Dada sayang rasa macam nak pecah. Kepala sayang rasa berat sangat. Sayang rindu bie. Sayang rindu ibu dan ayah. Dan... sayang rindu dia. Sayang rindu anak-anak. Macam mana sayang nak jadi kuat bila semua orang yang Sayang sayang dah tiada? Apa yang patut sayang buat bie untuk hilang rasa sakit ni? Makin hari sayang rasa sakit ni makin dalam. Sayang rasa sesak nafas setiap kali fikirkan semua ni..."

Kali ini suara itu berselang seli dengan tangisan yang lebih kuat dari kebiasaannya. Dan ada raungan dihujungnya. Seolah-olah dia sedang menghemburkan segala yang terbuku di hatinya.

Eshan yang duduk bersandar di kepala katilnya mula tegakkan badan, baiki duduknya. Tangisan dan raungan itu betul-betul mengundang rasa sesuatu dihatinya.

5 November 2017.

"Bie, hari ni kecoh satu rumah bila sayang buat kerja gila. Sayang tak sedar bila masanya sayang keluar dari rumah. Sayang minta maaf sebab sayang dah macam orang tak betul. Merayau panggil bie, cari ibu dan ayah dalam semak, cari anak-anak... Tapi... Tapi... Tak jumpa..."

"Bila sayang sedar, sayang dah ada di hospital. Abang bawa sayang ke hospital. Sayang pengsan dekat pokok rambutan, kepala sayang berdarah. Rupanya ada orang kampung caci sayang, baling anak batu kena kepala sayang. Diorang hina sayang sebab rupa sayang yang cacat ni bie."

Sekali lagi Eshan terpampam. Cacat? Dia cacat? Cacat yang macam mana? Berdebar sungguh dia mahu tahu macam mana rupa si dia yang dikatakan cacat itu. Rasa macam mahu saja dia cari siapa yang berani perlakuan sedemikian rupa kepada 'si dia' ini. Langsung tidak ada rasa belas kasihan sesama manusia.

"Tapi sayang dah maafkan diorang sebab sayang tahu diorang semua tak tahu apa yang berlaku pada sayang. Diorang tak rasa apa yang sayang rasa. Diorang tak rasa macam mana jadi hampir gila bila orang-orang yang kita sayang hilang sekali gus depan mata."

Dalam diam, Eshan mengangguk. Bersetuju dengan pendapat si misteri di hujung sana. Sungguh sakit bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita.

6 November 2017.

"Bie, hari ni tiba-tiba mama datang dengan Ayah. Dia datang nak bawa sayang balik Sarawak semula, tapi sayang tak nak. Macam mana sayang nak ikut mama sedangkan dekat sini sayang ada semua. Anak-anak kita dekat sini. Abang pun dekat sini. Mak, abang... semua dekat sini. Mama rasa bersalah dengan sayang dan juga bie tapi sayang dah bagitahu mama yang bie sudah pun maafkan dia. Dia menangis bie. Teruk mama menangis. Dalam mata tu sayang tahu dia terkilan Bie. Dia sangat berharap dapat bertemu dengan bie untuk betulkan semuanya tapi semuanya sudah terlambat. Bie sudah pun tinggalkan kami..."

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now