Bab 26 : HV

9 2 0
                                    

~O you who are patient! Bear a little more, just a little more remains.~ Ibn Al Qayyim.

"Kau buat apa dekat sini Baariq?" soal Tengku Eshan Maisur hairan. Minggu lepas mereka sudah berjumpa dan 'berbincang' di kedai makan dan hari ni tak ada angin, tak ada ribut, Baariq dan Mak Som datang bertandang ke rumahnya.

Baariq menoleh sekilas bila dengar suara Eshan di belakangnya. Mak Som dan Tengku Naina juga sama. Ketiganya sedang rancak berbual sehinggakan tidak sedar kedatangan Eshan disitu.

"Eh, Han. Meh la join." Tengku Naina terlebih dahulu menyapa. Tepuk sofa kosong disebelahnya.

Eshan menyertai walaupun masih tertanya-tanya apakah tujuan Baariq ke mari. Hatinya syak yang bukan-bukan sementelah pula 'perbincangan' mereka sebelum ini tidak berakhir dengan baik.

Baariq memerhati Eshan. Seronok pula bila ingat tentang minggu lepas. Rasa hati melonjak-lonjak mahu bergaduh lagi dengan Eshan. Bertekak dengan Eshan ni kadang-kadang buat dia rasa Eshan sudah kembali 'sihat' seperti dulu. Dulu pun mereka suka bertekak.

"Aku datang ni sebab... aku datang nak meminang."

Mak Som dan Tengku Naina lekas pandang Baariq. Dahi masing-masing berlapis, terkejut. Eshan juga kerut kening dengan ayat Baariq itu.

"Meminang?" ulang Eshan. Mak Som dan Tengku Naina juga menyoal sama.

Baariq menjatuhkan kepala.

"Ya, datang meminang. Tak salah kan?"

"Meminang siapa?" Mak Som pula bertanya. Pelik sungguh dia dengan Baariq ni. Tiba-tiba cakap pasal meminang pulak.

Baariq menyengih. Anak matanya cari wajah maknya.

"Kan kita datang ni... kita datang nak meminang. Mak lupa ya?"

Mak Som naik hairan lagi. Apa kena dengan anak dia ni? Sesekali anak matanya kerling Tengku Naina dan Tengku Eshan yang tengah tunggu pengesahan jawapan darinya.

"Ha'a... mak lupa. Semalam Baa cakap nak datang sini... nak masuk meminang..." Mak Som mengeyakan saja. Hatinya dapat merasakan Baariq cuba lakukan sesuatu yang luar dari bidang kuasanya.

"Meminang Cik ke?" Terus Tengku Naina bertanya. Bersinar air mukanya berharap sangat Baariq mengubah keputusannya.

Hubungan Baariq dan Nafla sudah lama terjalin. Sejak di zaman sekolah lagi. Bukannya ada halangan berkenaan hubungan mereka berdua itu malah arwah Tengku Eqbal juga merestui cuma... cuma masalahnya ada pada Baariq. Baariq segan, terlalu merendah diri. Puas dipujuk dan dirayu Nafla supaya jangan diputuskan hubungan mereka tapi Baariq tetap berkeras. Akhirnya hubungan mereka berakhir sebelum Nafla terbang ke luar negara bagi menyambung pengajiannya. Baariq tetap begitu, bertindak sebagai sahabat baik kepada Eshan.

Tengku Naina masih ingat Nafla Maryam patah hati dengan kedegilan dan kerasnya hati seorang Baariq. Tapi Naina lega bila Nafla dipertemukan kembali dengan Baariq versi yang matang ini. Naina percaya disebalik keras hati Baariq itu terselit sifat penyayangnya. Kalau tidak ada rasa penyayang itu, macam mana Baariq boleh bertahan menjaga Sarah dengan penuh bertanggungjawab, kan? Baariq seorang abang yang baik dan bertanggungjawab. Sekali lagi Naina rasa Nafla jatuh suka kepada Baariq. Dan kali ini Naina betul-betul berharap Baariq tidak akan menolak perasaan Nafla lagi.

Baariq kulum senyuman sambil pandang Eshan sebelum menjawab pertanyaan Tengku Naina itu. Pada pandangan orang lain, mungkin nampak biasa saja tapi pada pandangan mata Eshan, Eshan nampak lain. Eshan nampak macam senyum itu agak menyinis.

"Tak lah Aunty Ina. Saya datang meminang Han bagi pihak Eshal."

"Riq!" Jerkah Eshan seraya bangkit dari tempatnya. Penumbuk dikepal erat. Terkejut dengan sebaris ayat Baariq.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now