Blurb 14 : Bab 54

11 1 0
                                    

~I'm sorry.~

"Di..."

Wajdi mengisyaratkan kepada paramedik untuk membenarkan dia bersama ayahnya sebentar.

"Papa... papa minta ma... maaf.." lirih Waazin perlahan, nafasnya tercunggap-cunggap. Dirasakan nyawanya sudah berada di tahap yang paling payah. Setiap tarikan dan helaan nafasnya terlalu sukar.

"Pa...save your energy pa... Nanti kita cakap lagi. Di teman papa ya?" Wajdi tepuk tangan Waazin untu memberikan ayahnya semangat. Kasih dia sebagai seorang anak kepada seorang ayah tidak terluak sedikit pun walaupun sudah bermacam-macam kegiatan jahat yang sudah Waazin lakukan. Itulah hebatnya kasih sayang yang terjalin kerana Allah.

Waazin menggeleng perlahan.

"Di... papa minta maaf. Maafkan papa se... sebab buat Di dengan Ezz jadi ma.. macam ni... Papa syukur... ko.. korang tak ikut ja.. jadi... macam papa... Pa.. pa minta maaf pada Han... Sarah... diorang tak salah... Papa... papa yang salah... Arghhh...." Waazin cuba bertahan.

"Ta... tapi... bukan... bukan papa yang bu... bunuh Ezz... Papa sa... sayang dia walaupun dia bukan a... anak kandung papa."

Wajdi tercenggang.

"Apa.. apa maksud papa?"

"Bu... bukan papa Di.. Bukan papa..." jawab Waazin. Terbatuk-batuk sedikit, berkerut muka itu menahan peritnya rasa tusukan dragged yang masih lagi terpacak dibelakangnya.

"Bukan papa?"

Waazin mengeleng kecil. Raut Waazin itu tidak menipu. Egonya sudah tidak berguna lagi untuk dia junjung disaat-saat begini.

"Kalau bukan papa, siapa?" tanya Wajdi sedikit terdesak. Sungguh dia mahu tahu siapa pelaku yang bertanggungjawab atas kematian abangnya itu. Namun hatinya terbesit kelegaan bila tahu satu-satunya kebenaran itu sekurang-kurangnya ayahnya terlepas dari tuduhan yang satu itu.

"O... orang tu... orang de... dekat dengan Han... ta... tapi dia.."

"Siapa pa?" Wajdi mendesak lagi.

"Dia..."

Bang!

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now