Bab 22 : HV

7 1 0
                                    

~I passed the hardest moment alone while everyone thought i was fine.~

Seluruh tubuh Eshal mengeletar, bergegar habis. Berlaga bibirnya menahan ketar. Tiba-tiba rasa tubuhnya seram sejuk. Kedua tangan Eshal naik berpeluh tubuh. Digosok kedua belah lengannya. Hakikatnya dia tidak kuat untuk terima pengakuan sejujur ini dari Tengku Naina tentang kisah arwah ibu dan ayahnya. Eshal naikkan lagi tangannya, meraba pipi kanannya. Serta merta ingatannya merewang kepada kejadian 10 tahun lepas. Peristiwa hitam itu.

2008.

"Jadi... Kau Tuan Maisarah ya? Anak Tuan Marlia dan Tuan Mahmud?" Lelaki bengis itu bertanya dengan angkuhnya seraya berjalan mengelilingi Sarah.

Sarah menarik sedikit mukanya ke belakang, menikus. Itu sahaja yang dia boleh lakukan dengan celah mulutnya diikat dengan kain dan tangannya diikat di belakang kerusi. Pipinya sudah bengkak ditampar berulang kali oleh Datin Joanne sebelum Datuk Waazin muncul. Bibirnya juga sudah luka berdarah.

"Keturunan Marlia masih ada rupanya. Aku ingatkan kau sudah mati sama macam orang tua kau. Tapi... cantik rupanya anak Marlia ni..." gumamnya seraya mencengkam dagu Sarah supaya mendekat dengannya. Dia mahu tenung wajah itu secara dekat. Kalau ikutkan wajah Marlia, Marlia memang cantik. Ayu. Sebab itu adiknya tergila-gilakan perempuan bodoh itu! Huh!

Lihat raut itu, matanya tidak mampu menipu. Anak Marlia ini memang cantik. Lagi cantik dari Marlia, Bibirnya dijilat geram, ada bisikan jahat bertandang. Ibu jarinya menyentuh bibir Sarah yang bengkak itu. Bunyi sesuatu terjatuh menyebabkan matanya dikerlingkan kepada anak terunanya yang sedang diikat dihujung penjuru bilik itu dalam keadaan berdiri. Tangannya diikat menjulang ke atas. Kelihatan kepala anak terunanya itu menggeleng perlahan tidak mengizinkan dia melakukan sebarangan ke atas Sarah.

Keadaan anak teruna sulungnya itu lebih kurang dengan Sarah. Terikat dan lemah tidak berdaya selepas dibalun cukup-cukup oleh orang-orangnya sebaik sahaja Waeez dan Sarah ditemui dan diseret dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiga hari lepas. Wajah tampan itu bengkak disana sini. Darah juga mercik merata. Sesetengah tempat ada bau hamis, bau darah dari keduanya.

"Kenapa Waeez? Kau sayang perempuan ni?"

Waeez mengangguk lemah. Tidak beradaya. Tak sangka ayahnya sanggup buat dia begini.

"Sayang juga kau dengan perempuan ni ya? Kau cinta dia? Tapi kau tak tahu ke perempuan ni ada skandal belakang kau?" provok Datuk Waazin.

Waeez menggeleng, menipu padahal dia tahu Sarah ada hubungan dengan lelaki lain dibelakangnya. Tetapi dia tidak pernah salahkan Sarah dan Eshan sebaliknya dia akui itu salahnya. Dia yang tidak pandai menjaga dan melindungi kekasih hati sehingga Sarah boleh mengharapkan kepada yang lain.

"Sayang? Kau tahu tak aku paling benci dengan perempuan yang acah-acah suci, acah-acah alim padahal dia tak ubah seperti pelacur! Betina murahan! Kau sama macam mak kau! Sama macam ayah kau!" Rambut Sarah ditarik dan ditolak dengan kasar berulang kali sehingga naik lembik Sarah dikerjakannya. Jeritan Waeez tidak dipedulikan malah makin galak dia perlakukan Sarah begitu. Perbuatan itu terhenti bila salah seorang anak buat Waazin datang memaklumkan isteri bossnya itu sedang memanggilnya. Sekali lagi dahi Sarah ditunjal kuat sebelum dia pergi meninggalkan ruangan itu.

"Sarah..." Waeez menyeru nama Sarah perlahan. Suara itu kedengaran cukup lemah. Cukup penat. Sudah tiga hari sebenarnya mereka berdua dikurung di bilik bawah tanah ini.

Sarah menyahut dalam hati. Bola matanya dibuka perlahan-lahan. Kelopak mata terasa sakit. Ada luka juga sebenarnya di mata Sarah. Kuatnya penangan tumbukan dari Datin Joanne. Nampak sangat perempuan itu membalas segala dendamnya akibat dari perbuatan Eshan terhadapnya tempoh hari.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now