Bab 12 : HV

8 1 0
                                    

~Sometimes you just have to accept the fact that some people only enter your life as a temporary happiness.~

"Boss..."

"Boss..." panggil Adham sekali lagi, kali ini Adham siap mengawang-awang tangannya di hadapan Eshan.

Eshan sedikit tersentak, laju saja dia angkat muka kepada Adham. Hancur segala kenangannya dengan Sarah suatu ketika dulu. Sedikit sebanyak ingatan tu muncul sekejap-sekejap. Cuma gambaran penting sahaja.

"Boss okay tak ni? Ada boss teringatkan sesuatu ke?" Melalui suara itu terbias kerisauan Adham terhadap bossnya. Dia cukup prihatin dengan kesihatan Eshan. Sentiasa berpegang kepada janji yang dipegang dengan ayahnya. Ayahnya mahukan dia sentiasa mengawasi gerak geri Eshan supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan diatas kekurangan Eshan sekarang.

"Entah la Ham... Aku tiba-tiba teringatkan Sarah. Tiba-tiba aku teringat dulu Sarah pernah bagitahu aku, aku seiras dengan Abang Pilot dia, rupanya orang tu Waeez."

Adham terangguk-angguk, itu sudah melegakan hatinya. Sekurang-kurangnya Eshan ada teringatkan sesuatu.

"Tapi ada yang aku tak faham lagi ni..." Kedua tangan bercantum antara satu sama lain lalu diletakkan di dagunya. Memikirkan sesuatu.

"Apa tu boss?"

"Apa yang jadi masa aku tidak ada dekat sini? Maksud aku selepas aku pergi Turkiye, selepas Waeez bawa Sarah pergi Amsterdam. Apa yang jadi lepas tu? Macam mana dengan Sarah, dengan Waeez? Aku nak tahu semua tu."

"Dan satu lagi, kenapa Evan dengan Eman tu ada dengan Datuk Waazin? Mana Sarah? Apa dah jadi dengan dia sampaikan anak-anak dia ada dengan Datuk Waazin tu?" Bertalu-talu Eshan melontarkan soalan saat terbayangkan raut wajah kesian Evan dan Eman di ruangan mata. Eshan lepas keluh, patutlah selama ini dia rasa ada sesuatu bila terpandangkan mereka berdua, rupanya mereka berdua itu anak Sarah. Anak kandung kepada wanita yang dia cintai dalam diam.

"h yang tu... Saya tak berapa tahu sangat boss. Ayah cuma bercerita serba ringkas je. Rasanya lepas ni kita kena buat sesi temuramah dengan ayah saya boss. Kita korek semua cerita dari dia. Kalau boss yang tanya mesti dia cerita semua dari A to Z."

Eshan melirikkan kepada Adham. Tajam saja mata itu dicerlung kepada Adham. Orang tengah serius boleh pula dia buat lawak?

Adham mengangkat kedua tangannya, pandai pula dia minta bossnya bersabar.

"Okay macam ni boss. Apa yang saya ingat ayah ada bagitahu saya, selepas boss pergi Turkiye, Sarah dan Waeez ada balik ke sini. Diorang tak terus kahwin pun sebenarnya tapi... Emm... Sarah sebenarnya...'' Adham jeda sebentar tak tahu mahu teruskan ataupun tidak. Apa yang pasti, Eshan pasti akan terkejut besar.

Respon dari Adham itu buat Eshan berdebar mahu tahu apa yang bakal keluar dari mulut Adham. Kuat debaran Eshan dan Adham pula seolah-olah sedang menyiksa jiwanya dengan sengaja melambat-lambatkan menyambung kata-katanya. Ada unsur suspend disitu.

"Apa Ham?"

"Sebenarnya dia..."

Telefon Eshan bergetar, ada panggilan masuk. Eshan jeling sekilas kepada telefonnya. Wrong timing betul! Nama Nafla tertera disitu. Sekali lagi telefonnya bergetar. Nafla lagi! Eshan mengeluh sebelum menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum Han," Suara Nafla sudah menceroboh masuk cuping telinganya. Ceria sahaja suara itu bila Eshan menyambut panggilannya.

Eshan picing mata sebelah sambil menjauhkan sedikit telefon dari cuping telinganya, bingit dengar Nafla menjerit dihujung sana.

Adham tersenyum lihat reaksi Eshan. Dia meminta diri kemudiannya. Membiarkan Eshan menjawab panggilan itu, Eshan cuma mengangguk walaupun hatinya tidak rela. Masih banyak jawapan yang dia perlu dari Adham tapi mungkin bukan masa yang sesuai.

Her Voice (E-book)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt