Bab 21 : HV

6 1 0
                                    

~I didn't fall in love with you because I was lonely or lost, i fell in love with you because after getting to know you, i realised that i wanted to make you a permanent part of my worlds.~

Adham Sulaiman kembali ke kerete selepas satu jam dia masuk ke dalam bangunan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan maklumat berkenaan Doktor Juwita. Labuh punggungnya di tempat duduk sebelah pemandu, Adham lepas keluh. Eshan di tempat duduk belakang mengerling Adham, dia sebenarnya sudah tidak sabar menanti jawapan dari lelaki itu.

"So, how?"

"Negative boss." Adham menjawab dengan sedikit lemah. Lemah kerana dia tahu keputusan itu bakal mengecewakan hati majikannya.

Tengku Eshan Maisur sudah menceritakan tentang kewujudan telefon misteri pemberian ayahnya itu kepadanya. Kata Eshan, dia cukup yakin yang dia cukup mengenali insan yang bernama Juwita itu walaupun cuma melalui suara saja. Bila ditanya siapa, Eshan laju saja menggeleng. Entah-entah Juwita itu salah seorang koleksi girlfriends Eshan dulu. Bukannya dia tidak tahu majikannya dulu, perempuan sekeliling pinggang. Tapi bila jumpa dengan perempuan selekeh dan biasa-biasa iaitu Sarah itu, tahu pula bossnya itu berubah. Sungguh insan bernama Eshan ini sungguh pelik! Adham menggeleng perlahan bila teringatkan tekadnya Eshan mahu mencari gerangan siapa yang bernama Juwita itu.

"Negative? Why?" Sedikit kuat suara Eshan Maisur menyoal, tidak puas hati dengan jawapan Adham.

Adham terlebih dahulu melirikkan matanya kepada Munir. Munir jongket hujung keningnya. Mahu juga dia tahu kenapa jawapan 'negatif' Adham itu. Adham betulkan duduk, sedikit tubuhnya berpaling ke arah Eshan.

"Doktor Juwita sedang bercuti boss. Lagi seminggu baru dia masuk kerja." Sambung Adham selepas membasahkan tekak.

"What? So, macam mana sekarang? Dapat apa-apa lagi tak?" Eshan makin tidak sabar.

Dari jauh dia datang tak kan hanya itu yang dia dapat? Tak berbaloi langsung! Tapi... ada sesuatu yang menarik dari penjelasan Adham. Juwita cuti? Adakah sebab Juwita cedera diserang tempoh hari lalu wanita itu diberikan cuti rehat? Begitukah? Eshan buat kesimpulannya sendiri dalam hati.

"Saya ada tanyakan diorang tapi susah sikit nak dapat jawapan. Tak banyak yang saya dapat. Cuma yang saya tahu Doktor Ju ada ke Pahang. Dia selalu habiskan masanya dekat sana."

Eshan tidak berikan apa-apa respon. Dalam hati dia masih berkira-kira.

"Pahang, area mana?" Munir mencelah. Dia selaku anak jati rakyat Pahang mungkin kali ini dia boleh membantu Eshan Maisur sedikit.

"Tak sure area mana. Tapi diorang ada sebut nama tempat tu... Rau.. Raudah.. Raudah apa nama ntah..." Adham segera capai Ipad lalu ditekan-tekan skrin itu. Mencari maklumat yang berkaitan dengan singkatan nama yang dia masih ingat.

"Rumah Perlindungan Raudah?" Adham angkat muka kepada Munir lalu beralih kepada Eshan.

"Rumah Perlindungan Raudah, Temerloh?" Munir sekali lagi menyoal. Adham mengangguk laju.

"Saya kenal tempat tu boss. Kawan saya ada kerja dekat sana. Kalau boss okay, saya boleh call dia dulu tanya apa-apa."

Eshan cuma mengangguk seraya mengangkat tangannya, bersetuju dengan pendapat Munir asalkan dia dapat jumpa dengan perempuan yang bernama Juwita.

Munir segera keluarkan telefon dari poketnya lalu mendailkan satu nombor.

Eshan menanti dengan penuh kesabaran. Dia berharap masih ada sinar untuk dia jumpa Juwita secepat mungkin.

"Hello Andy. Kau masih kerja di Rumah Raudah ke sekarang ni?" Munir mulakan perbualannya dengan si teman dihujung talian sana.

Senyap sekejap. Eshan dan Adham pasang telinga.

Her Voice (E-book)Место, где живут истории. Откройте их для себя