Blurb 17 : Bab 56

10 0 0
                                    

~Every pain gives a lesson and every lesson changes a person.~

"Ngah..." Tengku Emran terlebih dahulu menegur kakak iparnya itu.

"Buat apa dekat sini?" Tengku Naina bertanya perlahan. Mengawal suaranya agak tidak terlepas garang.

"Ina.." Tengku Elmira menegur menantunya. Tak suka dengan bentuk soalan itu.

Tengku Naina menutup pintu. Dia mengatur kaki ke ruang tamu. Bersalam dengan Bonda terlebih dahulu sebelum ikut duduk disisi wanita itu.

"Usu dengan along ni... datang melawat Han. Kami minta maaf sebab baru sempat datang melawat."

Naina diam lagi. Dipalingkan muka dari mereka berdua. Sungguh luka lama berdarah lagi bila terpandangkan mereka berdua itu.

"Emm... Bonda, rasanya kami kena balik dulu ni. Ina, along doakan Han cepat sedar dan sembuh. Insya-Allah nanti kami datang lagi."

"Doakan? Bukan ke, ini yang along nak?" Tiba-tiba Naina menyerang Eqram. Hati sudah tak mampu ditahan-tahan lagi.

"Ina..." sekali lagi Elmira menegur menantunya.

"Maaf bonda. But i have too. Ina dah tak tahan bila tengok keadaan Han macam ni. Sampai bila kami yang kena tanggung semua ni?" Mata Naina bergenangan.

"Apa maksud Ina?" Eqram menyoal, pelik tiba-tiba Naina meyergah dia.

"Pura-pura tak tahu? Ingat kalau along buat muka macam tu Ina akan percaya? Along dah lama tak puas hati dengan Han kan? Tak cukup ke dengan apa yang jadi dengan Eqbal, you plan nak kenakan Han pula, ya?"

"Ina, apa ni? Apa kaitan dengan Eqbal pula ni?" Elmira berpaling kepada menantunya. Silih berganti dia pandang Eqram dan Naina, minta penjelasan.

"Bonda nak tahu?" Naina bertanya tapi matanya tidak lekang dari muka Eqram.

Eqram menanti apa balasan jawapan Naina.

"Tahu apa Ina? Apa yang bonda kena tahu?"

"Diorang berdua ni yang plan Han accident di Turkey dulu and diorang berdua ni yang berpakat dengan Waazin untuk serang Eqbal sebelum Eqbal kena heart attack hari tu!"

"Allahu Akhbar! Long, apa semua ni?" Tengku Elmira bingkas bangun, terkejut punya pasal. Mata tidak lepas dari terarah kepada anak sulungnya, menanti penjelasan. Tak lama selepas itu, dia pegang dada kirinya. Rasa sesak untuk bernafas.

"Bonda!" Naina menjerit, sambut tubuh Elmira yang hampir melorot jatuh. Eqmal juga sama. Sempat mendapatkan Elmira.

Inilah yang Naina risau kalau semua kisah 'kenapa mereka bergaduh besar dengan Eqram dan Emran' ketahuan oleh bonda mereka.

"You... you owe me an explanation." Elmira berkata, tersekat-sekat kepada anak sulungnya sebelum dia tidak sedarkan diri. 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now