Blurb 11 : Bab 50

7 1 0
                                    

~Sabr, Indeed Allah is with those who patiently endure. 8:46.~

"Dah habis fikir?" suara garau itu kedengarannya sungguh lain nadanya dengan Wajdi Haikal yang Eshan kenal sebelum ini.

"Wajdi, kau..." Eshan mengumam perlahan dengan susah payahnya.

"Yes, I'm. Suprise!" Serentak dengan itu gema tawa Wajdi memenuhi ruangan itu. Ada beberapa orang anak buah Waazin yang membalunnya semalam juga meledakkan tawa mengejeknya.

Berkerut-kerut kening Eshan menyambut gema tawa Wajdi yang kedengaran begitu menyengkelkan di telinganya.

"Apa yang kau dah buat ni Wajdi? Mana Sarah? Mana Evan dan Eman?" Eshan bertanya bertalu-talu dalam payahnya. Tubuh digerakkan berulang kali, sedang berusaha untuk meleraikan tali yang berbelit di pergelangan tangannya. Sakit dan berbirat, dia tak kesah! Sungguh dia mahu tahu apa punca Wajdi jadi begini. Dia yakin ini bukan diri Wajdi yang sebenar.

Wajdi sambung ketawanya. Tangan masih setia tersemat dalam kocek seluarnya, dia mara selangkah ke hadapan. Berhenti dekat dengan Eshan, kepalanya menyamai paras kepala Eshan cuma bezanya, dia pasak di lantai manakala Eshan terikat kaki ke atas. Mata bertentangan.

"Sarah? Aku rasa Waazin yang bereskan dia. Sejak semalam lagi dia dengan Sarah. Apa yang Waazin buat tu... aku rasa kau sendiri dah boleh faham apa yang akan Waazin buat bila berdua-duaan dengan perempuan secantik bini kau tu." Wajdi sambung tawa lagi cuma kedengarannya sangat dibuat-buat.

Eshan makin meronta dengar jawapan Wajdi. Panas hatinya! Tak guna punya Waazin!

"Jangan cuba sentuh isteri aku, Di!" Amaran.

"Ops... Bukan aku lah! Tapi bapak aku. Entah-entah lebih dari tu dia buat... Tapi aku hairan, kau yang macam ni pun masih ada hati nak bagi aku dengan Waazin amaran?" cebik Wajdi. Memprovok Eshan.

"Apa yang kau dah buat ni, Di? Kenapa kau jadi macam ni, hah? Kau gunakan aku dengan Sarah ke? Kau gunakan Evan dan Eman?"

Wajdi jongket kedua belah bahu. Tidak menafikan dan tidak juga mengeyakan.

"Aku buat apa yang aku perlu buat, Han. And aku minta maaf sebab terpaksa kecewakan kau dan Sarah. Aku cuma buat apa yang aku rasa betul saja, Han. Dan... aku rasa ini yang betul. Betul bila aku bersekutu dengan ayah aku sendiri. Right?" Wajdi menjawab pertanyaan Eshan dengan bersahaja. Sebelah bahu diangkat sedikit.

"Apa yang kau rasa betul, Di? Dengan kau buat aku dengan Sarah macam ni, kau rasa betul? Tak cukup ke dengan apa yang dah Sarah dan Waeez lalui sebelum ni?"

Wajdi berpaling muka. Kaki mengorak langkah ke arah bertentangan Eshan. Terusik dengar nama Waeez meniti di bibir Eshan.

"Itu Sarah dengan Waeez yang lalui, sekarang ni masa untuk kau dengan Sarah lalui. Adil kan?" soal Wajdi lalu berpaling kepada Eshan. Sempat hujung bibirnya ditarik sedikit.

"Apa maksud adil tu bagi kau, Di? Adil ke kau seksa aku dan Sarah yang tak ada salah langsung dengan kau? Adil ke bila kau terpaksa libatkan anak-anak abang kau yang kau dah anggap diorang tu macam anak kau sendiri?"

Sekali lagi Wajdi tayang muka tidak bersalahnya. Sedut nafas dulu sebelum menjawab pertanyaan Eshan itu.

" Tuan, boss panggil." Salah seorang anak buah Waazin muncul. Wajdi mengangguk. Dia pandang Eshan dulu,

"Well... diorang tu bukan anak kandung aku, kan? Bukan juga darah daging aku, kan? So, aku peduli apa!" ujar Wajdi sebelum membuka langkah, membawa diri pergi dari situ.

Eshan ketap rahang dengar jawapan Wajdi. Sungguh dia marah dengan Wajdi. Marah dengan keadaan dia juga. Dan dimana Eshal sekarang pun dia tidak tahu. Entah apa lah nasib isterinya itu sekarang ini.

"Di!" Eshan menjerit, memanggil nama Wajdi bila bayangan Wajdi kian hilang disebalik anak-anak tangga yang entah menghubungkan ke mana. 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now