Bab 9 : HV

5 1 0
                                    

~When i look at you... I see the one i love. The one i need. The one I'm meant to be with.~

Puas beralasan, puas mengelak dan akhirnya kaki Eshan Maisur dan Adham Sulaiman selamat terpacak di hadapan banglo milik Tengku Eqram. Tengku Eqram yang beria-ria memujuk Eshan supaya turut serta majlis keraian malam ini. Majlis pertunangan anak daranya dengan anak ketua menteri. Nak tak nak, Eshan mengalah jua itu pun selepas campur tangan uminya.

Kata uminya, Eshan perlu berdepan dengan mereka. Benci atau tak, suka atau tak, mereka tetap darah daging walidnya. Darah yang mengalir dalam badannya tetap darah yang sama dengan mereka. Susur galur dari jenis yang sama. Melalui cerita dari uminya, nendanya iaitu Tengku Elmira seorang kerabat diraja yang berkahwin dengan lelaki bangsawan Turki, Enver Muslim dan dikurniakan 4 orang cahayamata yang kesemuanya lelaki. Tengku Eqram,Tengku Eqmal kembar seiras dengan Tengku Eqbal dan si bongsu, Tengku Emran.

Sejak dari kecil lagi, Tengku Eqram selalu sahaja tidak puas hati dengan keakraban antara Tengku Eqmal dan Tengku Iqbal. Semetelah pula mereka berdua itu berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Tengku Eqram dan Tengku Emran hanya sambung belajar dalam negara sahaja itu pun dengan keputusan yang tidak memuaskan hati bonda dan ayahanda. Lagi malu bila sepupu sepapat mula membandingkan antara mereka adik beradik.

Usai habis studi, Tengku Eqram dan Tengku Emran menguruskan perniagaan keluarga mereka. Manakala Tengku Eqmal dan Tengku Eqbal menubuhkan EN Holdings bersama dengan Tengku Naina. Tengku Eqmal berkenalan dengan Tengku Naina di London dan hubungan mereka berdua mendapat restu dari seluruh keluarga besar kerabat Tengku. Mereka berdua ditunangkan dengan satu majlis yang gilang gemilang di istana Tengku Elmira.

Tidak lama selepas itu, mendapat satu ura-ura yang tidak baik berkenaan hubungan mereka berdua. Tengku Eqmal digosipkan dengan salah seorang model yang selalu berkerjasama dengan EN Holdings. Tengku Naina begitu kecewa dengan Tengku Eqmal lalu bertindak memutuskan hubungan mereka di saat akhir. Kekecewaan diraut muka Tengku Eqmal jelas terpamer apabila orang yang tersayang meragui kasihnya lalu dia membawa diri. Bagi menutup malu keluarga Tengku Elmira, Tengku Eqbal dijadikan galang ganti Tengku Eqmal. Dan mereka dikahwinkan. Itulah kisahnya bagaimana terjadinya perkahwinan antara Tengku Eqbal dengan bekas tunang abangnya, Tengku Naina.

"Daddy!"

Tersentak Eshan. Berteraburan segala cerita berkenaan susur galur keluarganya. Eshan toleh kepada Adham yang sentiasa setia disebelahnya. Mahu bertanya samada Adham ada terdengar seseorang menyebut 'daddy' itu ataupun hanya ilusi dia semata-mata. Entah kenapa tiba-tiba terbayang raut wajah Evan di ruang mata. Silih berganti dengan anak mata Eshal yang dijumpai dua hari lepas. Eshan mengeluh, tidak terluah dan akhirnya dia diam sahaja.

Selesai segala urusan pertunangan di dalam sana, dia dan Adham mengambil tempat berhampiran dengan kolam renang. Tipikal orang kaya-kaya dalam drama melayu, majlis diadakan pada malam hari, di tepi kolam renang. Huh!

Adham mengerut kening bila sedar bossnya menoleh kepadanya tetapi tidak mengeluarkan sepatah kata. Hanya lirikan kosong sahaja. Sejak dari tadi, Eshan begitu. Sepertinya ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu. Keramaian dan suasana bingit langsung tidak menghalang untuk bossnya layan perasaan. Apa yang diberitahu olehnya, tidak mendapat respon yang baik dari bossnya. Sudahnya dia diam juga, malas layan boss yang suka mengelamun ini.

"Daddy!" Sekonyong-konyong, lengan kanan Eshan dipegang lembut oleh seseorang.

Eshan lekas menoleh, Evan! Rupanya telinganya tidak salah dengar tadi. Evan yang memanggilnya. Bibir Eshan terus tersenyuman. Adham yang berada di kiri Eshan turut sama toleh ke arah yang sama. Sedikit ke belakang badannya, mengintai. Seorang anak lelaki kecil sedang memegang lengan Eshan. Adham mengerut kening. Kalau tidak salah telinganya, sebentar tadi dia terdengar budak lelaki itu menyebut, daddy. Siapa daddy?

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now