Bab 23 : HV

8 2 0
                                    

~We suffer more often in imagination than in reality.~

"Argh! Argh!" Eshal Maisarah menjerit ketakutan sekuat hati bila teringat peristiwa itu. Matanya terbayang-bayang muka Datuk Waazin yang bengis lagi menakutkan. Berselang seli pula dengan muka Datin Joanne yang garang lagi serius sedang merenungnya bagaikan mahu telan dia hidup-hidup.

Datin Naina, Mak Som, Baariq dan Nafla berpandangan, kaget. Terkejut bukan kepalang mereka mendengar Eshal yang menjerit dengan tiba-tiba itu. Pantas sahaja mata tertumpu kepada Eshal yang sudah menerkup kedua telinganya. Mulutnya tidak berhenti dari menjerit. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Jelas dia dalam ketakutan. Gigi Eshal kedengaran berlaga. Terketar-ketar tubuh kecil itu disebalik jubahnya.

Eshal sentuh pipinya yang terasa ngilu tiba-tiba. Rasanya seperti baru sahaja peristiwa malang itu terjadi dalam hidupnya. Rasa seperti baru semalam saja pipi kanannya ditoreh dengan belati tajam lalu membuak-buak darah merah mengalir keluar. Sarah menjerit kesakitan sekuat hati bagaikan mahu pecah peti suaranya tapi sayangnya sedikit pun suaranya tidak berbunyi kerana mulutnya disumbat dengan kain tebal agar jeritannya tidak didengari oleh sesiapa.

Gelak tawa besar dari si pelaku bagaikan masih terngiang-ngiang lagi ditelingan setelah berjaya mencacatkan wajah cantik milik Sarah. Sarah masih ingat lagi, semasa kejadian itu Waeez mengelupur minta dilepaskan tidak sanggup lihat Sarah diperlakukan sebegitu rupa. Sarah dengar bunyi hembusan nafas kasar Waeez marah dengan apa yang berlaku. Marah juga dia dengan diri sendiri kerana tidak berjaya menyelamatkan kekasih hati. Sarah dapat lihat macam mana kuatnya dada Waeez berombak ketika saat itu.

Semuanya bagaikan berulang tayang. Eshal masih dapat rasa, masih dapat ingat segenap inci kejadian itu, hidungnya bagaikan masih terbau-bau lagi bauan hanyir bilik bawah tanah itu. Hanyir dengan darahnya dan bercampur pula dengan darah milik Waeez. Eshal pejam mata, tutup telinga. Dia tidak sanggup lagi lihat semua kesengsaraannya. Cukuplah! Cukup, dia tidak mahu lagi dengar suara itu. Tidak mahu dengar gelak tawa yang menakutkan itu. Kepalanya digelengkan laju.

"Pergi! pergi! pergi kau!" Berulang-ulang Eshal memyebutnya. Tangannya diawang-awangan menepis apa yang ada dihadapannya. Tubuhnya dikengsot ke belakang.

Baariq sudah panik. Sudah lama dia tidak melihat Eshal merasuk seperti ini. Nampaknya Eshal sudah tenggelam dalam memorinya. Eshal sudah lama tidak kembali kepada jiwa 'Sarah'.

"Eshal... Eshal..." Baariq segera merapati Eshal, bahu Eshal dicengkam dan digocang sekuat hati. Dia perlu sedarkan Eshal sebelum 'Sarah' menjelma.

"Eshal, mengucap dik... ingat Allah banyak-banyak..." Dengar sahaja suara Baariq, Eshal angkat muka. Baariq ada di depan matanya tapi dia nampak wajah lain. Dia nampak Datuk Waazin dalam muka Baariq. Semerta api kemarahannya menggelegak.

"Pergi kau binatang! Pergi! Apa lagi yang kau nak dari aku hah?!" jerkah Eshal kuat sehingga terhinjut bahu Baariq. Pipi Baariq ditampar kuat sehingga terasa telapak tangannya pijar.

Tengku Naina juga terkesima.

"Eshal, ini abang. Abang Eshal." Baariq cuba memujuk, enggan mengalah biarpun terasa pipinya perit. Bahu Eshal dicengkam dan digocang lagi.

"Abang aku dah mati! Waeez dah mati! Kau, kau bunuh abang aku! Kau ambil anak-anak aku! Kau... kau memang jahanam!" Eshal menepik lantang. Dia sudah kerasukkan. Eshal bingkas bangun lalu tolak Baariq kuat sehingga Baariq terjatuh ke belakang. Terlentang Baariq. Ini yang Baariq sedia maklum. Bila jiwa Eshal dirasuk oleh 'Sarah' dia akan jadi sekuat tenaga. Eshal akan jadi garang. Eshal akan jadi ganas.

Nafla terkesima. Terus dia bangun mendapatkan Baariq. Tak sempat kedua berdiri tegak, sekali lagi Eshal tolak Baariq. Baariq yang tidak bersedia terus saja jatuh. Nafla pula dijadikan sasaran. Eshal cekak batang leher Nafla lalu dibawakan ke dinding. Berdentum bunyinya bila belakang Nafla bertemu dengan dinding. Nafla menyeringa tapi tak sempat untuk dia berkata apa-apa, lehernya dicekik Eshal. Terbatuk-batuk Nafla jadinya bila kerongkongnya sudah sekat dari terus bernafas. Makin Nafla melawan, makin kuat Eshal mencengkam leher itu.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now