56: PENGAKHIRAN

1K 78 6
                                    

Mata merah ruby itu lama menatap wajahnya yang dihiasi solekan halus di pantulan cermin itu. Gaun pengantin yang dihiasi manik-manik merah dan hitam itu berkilauan apabila terkena pancaran cahaya. Lucena perlahan menatap cincin permata merah itu di jari manisnya. Satu kucupan penuh kasih singgah pada cincin itu sebelum dia bangkit dari kerusinya dan melangkah menuju ke pintu.

Lucena menarik nafasnya lalu dihembus perlahan. " Saya sudah bersedia."

Perlahan pintu di hadapannya terbuka mempamerkan wajah manis Edward. Lama mata merah ruby itu menatap huliran tangan Edward sebelum bibirnya mengukir senyuman tips lalu menyambut huluran tangan Edward.

Lucena dan Edward perlahan melangkah menyusuri laluan karpet merah menuju ke aula. Mata Edward bersinar cerah apabila melihat kerumunan bangsawan di bawah yang tunduk hormat padanya dan Lucena.

" Lihatlah, Lucena.... Semuanya tunduk pada kita..." ujar Edward perlahan menatap wajah manis Lucena di sisinya.

Lucena hanya senyum. Semua para bangsawan bertepuk tangan menyambut Raja dan Permaisuri Earthland.

Mata merah itu perlahan menatap satu persatu beberapa orang lelaki yang memakai topeng masquerade yang mempunyai tanda keluarga Rodriquez. Tangannya mengenggam erat bunga tangan lalu menganggukkan kepalanya seolah-olah memberikan isyarat.

Lance dan Evan mulai bertindak apabila melihat anggukkan kepala Lucena. Satu gas letupan dilepaskan mengegarkan seluruh dewan utama tersebut. Para bangsawan mulai cemas dan menjerit menyebabkan suasana yang tadinya damai menjadi gempita.

Henry dan Juliana gelisah dan resah apabila mendengar suara letupan dan melihat beberapa orang lelaki bertopeng menyerang pengawal yang berada di dalam dewan utama itu.

Edward mulai panik dan menjerit memberi arahan kepada pengawal di sisinya untuk melindungi dirinya dan Lucena. Belum sempat dia ingin menghunus pedang untuk mempertahankan dirinya. Lucena terlebih dahulu menusuk dadanya dengan belati yang disoroknya di dalam gubahan bunga tangan itu.

Edward terkedu. Tangannya mengenggam erat tangan Lucena yang menusuknya di dada.

" Kenapa?" soal Edward menatap mata merah ruby di hadapannya.

Tangan Lucena naik menyentuh wajah Edward sambil tangan kanannya menekan belati itu lebih dalam menusuk dada Edward.

" Maafkan saya..." bisik Lucena perlahan sambil tersenyum nipis.

Edward menahan rasa perit tikaman pada dadanya. Lututnya mulai lemah menampung berat tubuhnya. Dia perlahan melurut jatuh bersama dengan Lucena. Air matanya mengalir menitis di wajahnya sambil menatap senyuman tipis Lucena.

" Lucena.... Kenapa..." Dahinya berkerut menahan sakit di dadanya.

Suasana di dewan utama itu hingar-bungar dengan suara teriakan para bangsawan yang panik. Keluarga Rodriquez, Keluarga Gevariel dan Keluarga Julius bekerjasama dengan putera ketiga iaitu Evan Frans Adam ingin merampas kembali kerajaan daripada tangan Edward dan keluarga Lawrance. Tiada siapa sangka, hari yang sepatutnya menjadi hari perkahwinan Raja dan Permaisuri Earthland bertukar tragis menjadi hari berdarah.

Henry dan bersama dengan pengawalnya berusaha untuk mempertahankan diri namun seluruh dewan utama dan istana kini di rampas oleh askar-askar para keluarga pembesar yang ingin menumpaskan pemerintahan Edward. Mereka saat ini benar-benar kalah total. Serangan mendadak pada majlis perkahwinan ini berjaya menumpaskan Lawrance dan juga Edward.

" Maafkan saya..." luah Lucena perlahan sambil tangannya tetap melekap di pipi kiri Edward.

" Jika kita tidak pernah bertemu... mungkin... ini tidak akan... terjadi..." bisik Lucena lalu memeluk tubuh Edward perlahan.

Darah di dadanya semakin banyak mengalir apabila Lucena menarik belati itu dari tubuhnya. Darah mulai terpancut keluar dari mulutnya. Kesakitan yang dia rasa saat ini tidak mampu untuk diterjemahkan dengan kata-kata apatah lagi tusukan yang dia terima itu adalah dari orang yang dia sayang dan cintai. Pengkhianatan dalam kasih sayang benar-benar membuatnya merasa sakit yang teramat.

Lucena mengertap rahangnya kuat apabila merasakan cengakaman erat Edward di lengannya. Gaun pengantinnya mulai dicemari darah pekat Edward.

" Tolong....peluk saya... erat..." bisik Edward sambil tangannya naik perlahan membalas pelukan Lucena.

Lucena semakin mengeratkan pelukannya setelah mendengar bisikan Edward. Di dalam dakapan hangat Lucena, Edward akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Lance segera menuju ke arah Lucena dan Edward. Dia hanya berdiri kaku apabila melihat Lucena memeluk tubuh Edward yang sudah tidak lagi bernyawa.

Lucena perlahan merebahkan tubuh Edward ke lantai lalu menyapu sisa air mata dari wajah pucat Edward. Perlahan Lucena mendongak memandang wajah abang sulungnya.

" Sekurang-kurangnya... Ini penamat bahagia untuk Edward... Daripada dia terus hidup menderita bersama kenangan pahit ini.." luah Lucena perlahan lalu kembali menatap wajah pucat Edward.

~~~~

Lucena mengamati tubuh kaku Edward yang berada di dalam keranda. Darah di bibir Edward mengering begitu juga di dadanya. Lucena tidak mahu sesiapa pun membersihkan luka dan juga menyalin pakaian Edward. Dia ingin Edward dikuburkan bersama dengan tuxedo perkahwinan mereka. Dia juga turut tidak menukarkan gaun pengantinnya yang telah dicemari dengan darah Edward.

Mereka mengadakan pengebumian untuk Edward sebagai tanda penghormatan terakhir sesama manusia yang hanya dihadiri oleh Lucena, Evan dan tiga orang abang kepada Lucena. Lucena memandang kosong ke arah keranda yang semakin tidak kelihatan pada bebola matanya. Segala kenangannya bersama dengan Edward perlahan-lahan bermain di kepalanya seperti kesat berputar. Suara tawa dan senyuman Edward semakin jelas terbayang di matanya.

" Maafkan saya... Saya sepatutnya... tidak menghulurkan tangan pada awak, Edward..." Lucena menatap kosong ke arah kuburan Edward.

Setelah selesai pengebumian tersebut, Lucena berjalan pulang menuju ke rumah Yurian. Langkah kakinya mati apabila matanya mulai menangkap figura Eric yang berdiri di muka pintu seolah-olah tahu akan kehadirannya.

Lucena tidak mampu lagi menahan air matanya setelah melihat wajah Eric. Lucena tumpas. Dia tidak mampu menahannya lagi. Air matanya semakin deras mengalir. Lucena jatuh tersungkur di tanah bersama esakan tangisannya.

Eric pantas berlari mendekati Lucena. Dia perlahan melutut lalu memeluk tubuh Lucena. Tangannya naik mengusap belakang tubuh Lucena. Cuba menenangkan kesedihan yang melanda gadis itu.

Lucena menangis di dada Eric. Sangkaannya, dia tidak akan menitiskan air mata setelah menamatkan segalanya namun sangat sukar baginya untuk terus bertahan. Disebabkan ketamakan dan kerakusannya, Earthland hampir musnah di tangan Edward yang mulai gilakan kekuasaan. Disebabkan keegoannya, Eric hampir mati di tangan Edward dan Henry. Dan disebabkan dirinya, banyak nyawa yang tidak bersalah mati di tangan Edward. Semuanya kerana dia, kerana Lucena Eleonora.

Jika dia tidak menyeru Eric, jika dia tidak memutarkan kembali masanya, jika dia tidak bertemu dengan Edward, semua ini tidak akan terjadi. Eric tidak akan menderita kerananya, Edward juga mungkin akan hidup bahagia, Markisa tidak akan mati begitu tragis. Namun dia musnahkannya, dia musnahkan segalanya. Semuanya kerana dia.



p.s. Author nak mintak maaf sebab banyak sangat kekurangan dalam chapter ni🙇‍♀️ author tak pandai nak buat scene serang-menyerang dan seumpama dengannya🙇‍♀️ Kalau ada silap dan salah dalam penulisan chapter ini tolong maafkan author... author budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... peace no war✌️🥹 btw ada 2/3/4 lagi chapter... wish me luck🤧❤️

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now