21: ALWAYS WITH YOU

1.1K 95 4
                                    

Lucena bergegas mengemas barang keperluannya lalu diletakkan di dalam beg bagasi. Lucena menerima laporan yang baru selepas tiga hari dia memberi maklum balas bahawa hal itu akan diselesaikan dengan menghantar beberapa haiwan ternakan untuk ganti rugi.

Namun malam ini, setiausahanya menulis laporan mengatakan bahawa 3 orang penduduk desa mati akibat daripada serangan misteri itu dan kematiannya sama seperti haiwan-haiwan ternakan itu. Sukar untuknya menutup mata akan hal ini kerana ia sudahpun melibatkan nyawa warga kampung di Atlantis.

Edward yang baru sahaja turun untuk makan malam bersama dengan Lucena terkejut apabila melihat Lucena dan pelayannya tergesa-gesa ingin keluar dari istananya.

" Kenapa?" soal Edward menahan lengan Lucena.

" Ouh maaf. Patik hampir lupa. Patik terpaksa berangkat malam ini kerana ada hal penting yang patik ingin uruskan." ujar Lucena.

" Harus pergi malam ini?" soal Edward menatap lembut wajah Lucena.

" Iya. Patik terpaksa pergi malam ini."

" Tapi..."

" Tuanku jangan risau... Di sini tuanku baik-baik sahaja... Jika Putera kedua dan ketiga datang mengganggu tuanku, Baginda Maha Mulia tidak akan membiarkannya begitu sahaja... Lagipun abang patik akan bertanggungjawab ke atas keamanan tuanku di sini... Kalau tuanku perlukan apa-apa katakannya kepada abang patik... Sebentar lagi abang sulung patik akan datang ke mari.." jelas Lucena dengan tenang sambil mengusap kekura tangan Edward.

Edward hanya diam. Namun matanya kelihatan sedih apabila Lucena ingin pergi meninggalkannya sendirian malam ini. Selama lima bulan dia bersama dengan Lucena inilah, kali pertama Lucena meninggalkannya sendirian di istana ini.

" Patik pergi tidak lama.. Hanya sebentar..." ujar Lucena apabila melihat wajah muram Edward.

" Saya tunggu di sini.."

Lucena senyum. " Iya.."

Tanpa berlengah lagi, Lucena dan Beatrice pergi menaiki kereta kuda dan menuju ke Atlantis. Edward memandang sepi kereta kuda yang dinaiki oleh Lucena. Wajahnya dingin, tatapan matanya kosong tanpa sebarang reaksi.

~~~~

Lucena turun dari kereta kuda. Dia terus menuju ke tempat berlakunya serangan tiga penduduk yang mati dibunuh di tempat kejadian. Hasil selidikan daripada pegawai keselamatan di Atlantis mengatakan tiada tanda-tanda serangan binatang buas dan pelakunya adalah orang yang sama yang menyerang haiwan-haiwan di hutan dan ternakan para penduduk. Ini kerana mayat tersebut mati tanpa luka di badan tetapi darahnya habis disedut. Kes kematian ini sama dengan kes kematin haiwan-haiwan ternakan itu.

" Malam ini kita akan mengetatkan lagi kawalan. Penduduk kampung tidak dibenarkan keluar rumah selepas jam 8 malam. Pastikan semuanya berada di rumah." arah Lucena kepada ketua pegawai keselamatan.

" Baik tuan puteri."

" Saya akan turut serta malam ini."

" Tapi Tuan puteri, ia sangat berbahaya."

" Saya juga berhak tahu apa yang berlaku. Saya tidak dapat tidur lena sekiranya hal ini belum selesai." Lucena mengurut pelipisnya.

Penduduk kampung diarahkan untuk mengosongkan kawasan tepat pada jam 8 malam seperti yang diarahkan Lucena.

Lucena juga turut serta berkawal di kawasan kampung tersebut bersama dengan beberapa orang pengawal peribadinya. Ketika Lucena sedang duduk berehat bersama dengan Beatrice tiba-tiba sahaja datang seorang pengawal yang tercungap-cungap menyerbu ke arahnya.

" Dia... Dia datang..."

Lucena segera bangkit mengikuti langkah pengawal tersebut. Rumah yang terletak di hujung kampung itu menjadi sasaran serangan makhluk misteri tersebut.

Teriakan dan jeritan memecah gegendang telinga Lucena sebaik sahaja dia tiba di sana. Ramai pengawal dan tentera berkawal menjaganya dan turut menyerang makhluk misteri itu namun tidak berjaya apabila makluk itu bertindak agresif lalu menculik seorang pemuda dan dibawa masuk ke dalam hutan belantara di belakang rumah.

Lucena segera berlari mengejar makhluk tersebut. Dia ingin menyelesaikan masalah ini sesegera yang mungkin.

" Eric!" jerit Lucena menyebabkan langkah kaki makhluk tersebut tiba-tiba sahaja mati.

" Saya tahu itu awak.." ujar Lucena lagi.

Makhluk yang berada di hadapan Lucena mempunyai tanduk dan berekor. Penampilannya tidak seperti seorang manusia. Walapun begitu, Lucena tahu bahawa makhluk yang berada di hadapanya adalah Eric.

" Lepaskan dia..." arah Lucena. Namun Eric hanya statik tidak bergerak. Dia juga tidak bersuara.

" Eric.." Lucena melangkah mendekati Eric.

" Berhenti."

Langkah kaki Lucena mati.

" Kenapa kau ada kat sini?" soal Eric setelah sekian lama mendiamkan diri.

" Saya tahu awak perlukan saya, Eric. Sebab tu saya ada kat sini.."

Eric diam. Perlahan pemuda yang dipeluknya dilepaskan.

" Aku tak perlukan kau."

" Eric..."

" Pergi.."

Lucena melangkah perlahan mendekati Eric.

" Aku cakap pergi!"

Dengan pantas tubuh Eric dirangkul kemas oleh Lucena. Semakin Eric meronta ingin melepaskan pelukkan Lucena, semakin Lucena mengeratkan pelukannya.

" Saya ada Eric... Saya ada bersama dengan awak.."

Eric jatuh terduduk di tanah. Dia menangis pilu di dalam pelukan Lucena. Bukan ini yang dia perlukan, bukan ini yang dia inginkan. Dia tidak mahu Lucena melihat rupa aslinya. Dia tidak mahu Lucena tahu akan penyakit ini.

" Eric..." Lucena mengangkat wajah Eric agar bertatapan mata denganya.

Mata hitam pekat milik Eric bertembung dengan anak mata Lucena.

" Aku tidak mampu menahannya lagi.." ujar Eric sambil mengalirkan air mata darahnya.

" Saya tahu..." Lucena mengelap air mata Eric.

" Semua ini salah saya... Saya minta maaf.. Eric.." Lucena memeluk erat tubuh Eric.

Penyakit Renfield adalah sumpahan bangsa iblis yang menandatangani kontrak dengan manusia. Bangsa iblis yang membuat kontrak dengan manusia akan disumpah seumur hidup mereka kerana dianggap mengkhianati kaum iblis. Penawar untuk penyakit ini adalah dengan meminum darah dari manusia yang menjadi tuan kepada bangsa iblis tersebut. Sekiranya tuan iblis itu mati, iblis tersebut akan menderita penyakit Renfield dan akhirnya menjadi gila yang hauskan darah. Renfield tidak akan sembuh selagi darah yang diminumnya bukanlah darah dari tuannya. Pada akhirnya, iblis ini akan mati mengering kerana sumpahan itu.

Lucena mengetahui hal ini daripada ayahnya sebelum dia datang ke Atlantis. Dia ingin menyelesaikan masalah ini kerana dia adalah puncanya.

" Lakukannya... Awak berhak mendapatkannya.." Lucena memandang wajah Eric.

" Tapi.."

" Saya adalah punca awak menjadi seperti ini... Awak menderita kerana ketamakan dan kerakusan saya... Jadi awak berhak mendapatkan penawarnya..." Lucena menyinsing lengan bajunya lalu menyuakannya di bibir Eric.

Lama Eric menatap wajah Lucena meminta kepastian.

" Saya tak apa-apa.." Lucena senyum tipis.

Tanpa berlengah lagi, Eric pantas mengigit lengan Lucena lalu menghisap darahnya. Perlahan tanduk dan ekor Eric menghilang. Bebola mata Eric juga berubah menjadi seperti dahulu begitu juga penampilannya.

Setelah puas, Eric melepaskan lengan Lucena. Perlahan dia membalut lengan Lucena dengan kain baju yang dikoyaknya.

Lucena senyum melihat perilaku Eric. Lagipun ini semua salahnya. Sekiranya dia tidak memanggil Eric. Eric tidak akan menderita penyakit ini.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now