52: TAKDIR

858 85 8
                                    

Lucena duduk termenung di atas katil. Seminggu sudah berlalu sejak pemergian Eric dari sisinya. Air matanya tidak pernah kering, mengalir membasahi wajahnya setiap saat.

Lopez mengeluh kecil melihat keadaan anak perempuannya. Hati tuanya sakit menatap setiap titisan air mata anak perempuannya.

Sejak kejadian di lereng gunung Hollen. Lopez menggunakan kuasanya sebagai seorang ayah dan juga pembesar Earthland untuk mengambil kembali anak gadisnya dari genggaman Edward.

Lopez sangkakan kemungkinan akan ada pertumpahan darah antara dia dan pihak istana namun tiada siapa sangka Edward memberi keizinan untuk dia membawa Lucena pulang ke kediaman Rodriquez dengan alasan bahawa semuanya sudah tamat dengan kematian lelaki yang dicintai Lucena.

Walaupun begitu, Edward tetap akan memperisterikan Lucena dalam masa yang terdekat dan melantiknya menjadi Permaisuri Earthland pada hari perkahwinan mereka nanti.

Lucena perlahan menatap sebentuk cincin yang bertakhtakan permata merah kehitaman di tangannya. Cincin itu dihadiahkan sendiri oleh Eric kepadanya ketika mereka menyusuri jalan rahsia istana.

Air mata Lucena perlahan jatuh menitis pada cincin itu. Dia menangis pilu sehingga mengeluarkan esakan tangisannya.

" Eric...."

" Maafkan saya..."

" Maafkan saya..."

Lucena terus menerus menangis menyeru nama Eric dan mengucapkan kata-kata maafnya.

Lopez segera keluar dari bilik anak gadisnya. Tidak sanggup mendengar tangisan pilu sang anak yang meratapi pemergian kekasih hatinya. Air mata Lopez bergenang di tubir matanya.

" Lucena tidak sepatutnya mencintai bangsa iblis.." ujar Leander perlahan.

" Itulah akibat dari mencintai seseorang yang salah. Cinta mereka ditentang hebat seluruh alam." Learco mengelap tumpahan air matanya apabila menatap figura menyendihkan adik perempuannya.

" Tiada cinta yang salah dan berdosa di dunia ini... Hanya sahaja kita yang menetapkan syarat untuk mencintai seseorang... Dan pada akhirnya kita menyalahi cinta..." Lance senyum tipis lalu menepuk perlahan bahu Learco dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

" Abang nak pergi mana?" soal Learco hairan melihat abangnya sejak dua menjak ini sering keluar rumah.

" Ada urusan penting yang abang ingin uruskan... Pergi dulu.." balas Lance sambil melambaikan tangannya ke arah Learco.

Lopez hanya diam lalu turut beredar dari ruangan bilik Lucena begitu juga dengan Leander.

Learco mengeluh kecil lalu perlahan menutup pintu bilik Lucena sebelum dia juga turut beredar dari ruangan itu.

Lucena masih lagi meringkuk di atas katil dengan lelehan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir.

" Sering kali cinta tidak menyadari kedalamannya hingga saat perpisahan tiba."

Lucena memejamkan matanya apabila bisikan Eric perlahan bermain di gegendang telinganya.

" Jika perpisahan adalah jawapan untuk akhir yang bahagia.... Saya merelakannya meski terus menderita, Eric." luah Lucena bersama titisan mutiara jernih yang tanpa jemu mengalir membanjiri wajahnya.

Cincin yang bertakhtakan permata merah itu perlahan dicium dengan penuh kasih.

" Saya... Mohon bertahanlah."

~~~~

" Macam mana? Ada apa-apa perubahan?"

" Keadaannya masih sama, tuan muda... Ini... Saya tidak pasti sama ada kita dapat se-"

" Aku tak peduli.... Walau peluangnya 1% sekalipun... Kita harus berjuang untuknya.... Ingatlah, ada seseorang yang menderita sedang menanti khabar darinya... Jangan biarkannya terus menderita dengan rasa bersalah sehingga nafas terakhirnya."

Yurian menangguk perlahan sambil matanya melirik ke arah figura yang terbaring kaku di atas katil.

" Semoga takdir tidak mengkhianati mereka... Terlalu besar pengorbanan mereka untuk sampai ke tahap ini.."

" Saya akan cuba sedaya upaya dan sekuat tenaga saya.... Walau terpaksa menentang takdir itu sendiri..." ujar Yurian dengan penuh tekad.

" Saya hanya mampu mengharap awak, Yurian.... Takdir untuk mereka terus bersama ada di tangan awak, Yurian.."

Yurian senyum tipis menanggukkan kepalanya. Hatinya tekad untuk menyelamatkan pemuda ini walaupun peluangnya untuk hidup adalah mustahil.

Lance senyum tipis menepuk bahu Yurian. Matanya tidak berhenti menatap wajah pucat Eric yang terbaring lemah di atas katil.

Ini adalah rancangan dia dan Lucena sebelum mereka memulaikan rencana mereka untuk lari dari istana.

Sebaik sahaja Lance mendapat peta laluan rahsia istana itu, dia segera memgupah seorang dayang istana untuk memberikan salinan peta itu kepada Lucena.

Sebelum ini juga, dia dan Lucena sering berhubung melalui isyarat lampu yang mempunyai kod ayat yang tertentu.

Langkah pertama untuk menyelamat Eric dari genggaman Edward adalah dengan membawa ia jauh dari istana, Iaitu ke lereng Gunung Hollen. Dan langkah seterusnya, membuatkan semua orang percaya bahawa Eric mati. Dengan keadaan sedemikian, Edward, Henry dan orang ramai tidak akan memburu Eric lagi.

Sebelum melakukan rancangan yang berisiko, Lucena berbincang dengan Eric terlebih dahulu, setelah mendapat kepastian dan keadaan Eric barulah Lucena meneruskan rancangannya dengan menolak Eric jatuh ke dalam laut. Dengan itu, semua akan percaya bahawa Eric akan mati kerana keadaannya yang lemah serta racun yang masih lagi ada di tubuhnya mustahil untuk Eric mampu bertahan di dalam laut.

Sebelum Lucena menolak Eric jatuh ke dalam laut, Lance sudah bersiao sedia di bawah lereng gunung bersama dengan askar-askar bayangan. Sebaik sahaja, Eric jatuh ke dalam laut. Lance mengerah askar bayangan untuk menyelamatkan Eric secepat yang boleh.

Setelah itu, Lance membawa Eric ke perdalaman kampung Hollen untuk merawat luka di tubuh Eric serta membuang racun di tubuhnya.

Misi utama Lucena hanyalah untuk menyelamatkan Eric daripada genggaman Henry dan Edward. Tiada apa yang lebih penting daripada nyawa Eric.












P.s. Author updated dululah sebelum updated last chapter.. Takut nanti ambik masa yang lama nak updated sampai ke last chapter. Maafkan author sebab lama tak updated🤧❤️

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now