38: MENYESAL

909 72 3
                                    

Lucena perlahan membuka matanya namun terasa ada sesuatu yang menghalang pandangannya dari terus menatap ke hadapan. Kain basah yang menempel di dahinya perlahan di ambil lalu di buang ke sisi. 

" Awak dah sedar?"

Suara garau milik Henry perlahan menyapa gegendang telinganya. Mata merah ruby milik Lucena lurus menikam wajah Henry.

" Kau buat apa kat sini?" soal Lucena kasar. Hormat? untuk apa dia menghormati lelaki di hadapannya yang menyakitkan hatinya.

Henry hanya senyum tipis. Dia perlahan duduk di kerusi yang terdapat di sisi katil Lucena.

" Awak tak sedarkan diri kerana kurang rehat. Awak harus jaga kesihatan awak walau apa pun yang-"

" Kau tahu kenapa aku jadi macam ni." pintas Lucena segera.

" Awak marahkan saya?" Tangannya perlahan meraih tangan Lucena namun pantas di tepis kasar oleh pemiliknya.

" Ya." jawab Lucena dingin.

" Bukan hanya marah tetapi benci." sambung Lucena lagi.

" Lucena.. Lelaki yang awak dampingi itu adalah seseorang yang mencurigakan.. Boleh jadi dia daripada negara jiran datang mengintip di negara ini dan memusnahkannya dan dia mempergunakan awak untuk kepentingan dirinya sendiri-"

" Cukup, Henry! Kau tak kenal Eric... Kau langsung tak kenal dia.. Jangan membuat andaian dengan otak kosong kau!" herdik Lucena.

" Lucena.."

" Aku sanggup buat apa sahaja untuk bebaskan Eric." ujar Lucena tegas menatap tajam ke arah Henry.

" Kalau awak sanggup buat apa sahaja untuk Eric... Kita kahwin.. dan saya akan lepaskan Eric." 

Lucena terdiam namun tidak lama kemudian dia ketawa besar. " Kau memang gila Henry.. "

" Macam mana dengan Juliana? Kau nak buat apa dengan Juliana?" soal Lucena sinis menatap tajam ke arah Henry.

" Soal Juliana awak jangan risau... Yang penting kita... Kita kahwin dan hidup bersama seperti dulu-"

Ringan sahaja tangan Lucena melayang tepat di pipi Henry. 

" Kau lelaki yang paling tak guna yang pernah aku jumpa, Henry." 

Dada Lucena turun naik menahan rasa amarah di hatinya. Tubuhnya memanas dan menggeletar.

Henry tergamam. Pipinya terasa perit akibat tamparan yang diberikan Lucena padanya.

" Kau tahu apa yang paling membuatkan aku menyesal sekali dalam hidup aku adalah... saat pertama kali kita bertemu..." luah Lucena dengan titisan air matanya. 

Henry bungkam.

" Tidak... bukan itu... yang paling aku menyesal adalah jatuh cinta dengan kau... Aku menyesal setiap saat yang aku luangkan bersama dengan kau.. Aku menyesal mencintai kau.. Aku menyesal menyayangi kau... Aku sangat-sangat menyesalinya...." 

Setiap kata-kata yang diluahkan sendiri oleh Lucena kepada Henry bagaikan pisau tajam yang menghiris hati kecilnya. Air matanya perlahan jatuh mengalir menitis di kekura tangannya. 

Lucena mengetap bibirnya. Tangannya digenggam erat menahan rasa sakit di dadanya. Air matanya tidak berhenti mengalir menitis membasahi wajahnya. 

" Saya.... saya tidak pernah... walau sekali pun... menyesal mencintai dan menyayangi awak, Lucena... Sebanyak mana luka yang awak berikan kepada saya.. tidak akan dapat menandingi rasa kasih dan sayang saya pada awak, Lucena." luah Henry ikhlas bersama dengan senyumanya.

" Keluar." halau Lucena dingin. 

Henry hanya senyum lalu perlahan melangkah menuju ke pintu bilik Lucena.

" Saya... tetap cintakan awak... selalu dan selamanya, Lucena."

~~~~

Eric mengeluh perlahan sambil menatap tangan dan kakinya yang digari. Pandangannya mulai beralih di setiap sudut penjara itu. 

" Suasana ini... Nampaknya aku sudah terbiasa dengannya.." Eric senyum tipis menyandarkan tubuhnya pada dinding dingin. 

Melihat kaki dan tangannya yang digari saat ini mengingatkan dirinya ketika di penjara dahulu. Kegelapan dan kesunyian mulai terasa sebati dalam diri Eric. Suasana hening yang menyelubungi dirinya pada waktu itu seakan melodi indah dendangan tidurnya setiap saat. 

Eric memejamkan matanya. Raut wajah manis Lucena mulai terbayang di minda. Satu senyuman terukir di bibir Eric. 

Semestinya dahulu dan kini amat jauh berbeza, mungkin dahulu dia tidak mempunyai sebarang kekuatan namun kini dengan kuasa yang dia ada, dia mampu memusnahkan penjara ini tetapi disebabkan Lucena dia bertahan. Kerana dia takut sekiranya dia berbuat demikian Lucena akan berada dalam kesulitan begitu juga dia. 

" Dia akan kembali." ujar Eric sambil memejamkan matanya rapat. Setiap saat dia mengulangi mengucapkan kata-kata itu, seakan-akan memujuk hatinya untuk terus bertahan kerana dia tahu Lucena akan datang kepadanya. 

Tidak lama kemudian terdengar gelak tawa Eric memenuhi ruangan penjara itu.

" Kenapa aku menyimpan harapan pada manusia yang bila-bila masa sahaja akan berubah?" luah Eric perlahan bersama dengan hilaian gelak tawanya yang amat menyedihkan memenuhi setiap ruangan sudut penjara itu. 


REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now