46: MATA TIGA

842 65 0
                                    

Henry duduk menyisip perlahan teh hangatnya sambil merenung tajam ke arah Edward.

" Ada urusan apa Archduke Lawrence datang ke mari?" soal Edward dingin.

" Patik ada berita penting yang ingin patik maklumkan kepada tuanku." jawab Henry sambil senyum tipis.

Edward hanya diam. Hatinya tidak berasa senang dengan kehadiran Archduke Henry. Hal ini kerana Henry mempunyai kisah silam bersama dengan Lucena. Disebabkan itulah dia berasa sedikit tercabar dengan Henry.

" Kita semua sudah tahu tentang menantu keluarga Rodriquez, bukan?"

Edward mengangkat keningnya apabila Henry tiba-tiba menyentuh perihal keluarga Rodriquez.

" Kenapa dengan Tuan Muda Eric?"

Henry hanya senyum sinis lalu meyandarkan tubuhnya dinding sofa.

" Tuanku tahukan tentang sejarah keluarga Lawrance?" soal Henry tiba-tiba menyentuh sejarah silam keluarga Lawrance.

" Tentang mata tiga?"

Henry senyum tipis lalu menanggukkan kepalanya.

" Keluarga Lawrance amat diperlukan untuk mengesan kehadiran makhluk laknat atau yang biasa kita kenali adalah bangsa iblis. Dan disebabkan Lawrance juga, kita berjaya memusnahkan bangsa iblis termasuk rajanya."

Edward hanya diam mendengar kisah lagenda yang diceritakan oleh Henry. Sesungguhnya, dia tidaklah begitu tertarik dengan kisah-kisah tersebut kerana baginya itu peristiwa lebih 500 tahun yang lalu.

" Tapi sayangnya mata Lawrance sudah tidak diperlukan lagi setelah bangsa itu pupus dan setiap generasi ke genarasi mata itu tidak digunakan. Namun apabila darahnya adalah Lawrance mata itu tetap berfungsi apabila berhadapan secara langsung dengan makhluk itu."

" Jadi apa yang Archduke ingin sampaikan?"

" Juliana Darla Lawrance.... Satu-satunya keturunan Lawrance asli, anak hasil dari dua benih Lawrance... Dia turut mempunyai mata tiga..."

Edward ketawa kecil. " Jadi apakah Archduke ingin memuji kemampuan bakal isteri Archduke di hadapan beta? Apakah Archduke ingin beta menanugerahkan sesuatu yang berharga kepada bakal isteri Archduke?"

Henry turut menyambut kata-kata gurauan Edward. " Patik hanya ingin menekankan bahawa Juliana boleh mengesan kehadiran bangsa iblis."

" Jadi apa kaitannya dengan menantu Rodriquez dengan mata tiga Lawrance? Apa lagi tuduhan yang Archduke ingin lemparkan kepada Tuan Muda Eric?" serang Edward bertalu-talu.

" Archduke Henry, bangsa iblis sudah lama pupus dari dunia ini. Jangan bermimpi di siang hari." ujar Edward lagi.

" Patik akan buktikkannya."

" Buktikan apa Archduke? Buktikan yang Tuan Muda Eric itu bangsa iblis? Adakah Yang Mulia juga ingin membuat drama seperti Cik Muda Juliana dahulu?" kata-kata Edward kedengaran sangat sinis di telinga Henry.

Henry mengertap rahangnya apabila Edward seperti meremahkan setiap kenyataan yang dia lemparkan.

" Archduke tahukan tuduhan yang Archduke lemparkan itu berat... Jika itu benar, keluarga Rodriquez akan turut terlibat... dan beta tidak mahu Lucena terkait-"

" Jangan risau... Patik tidak akan mengaitkan keluarga Rdriquez dengan tuduhan ini kerana patik juga tidak mahu Lucena dalam kesulitan kerananya."

Edward menatap tajam ke arah Henry apabila bibir itu berani mati menyebut nama kesayangannya. Untuk seketika, suasana diantara mereka sunyi sepi.

" Saingan tuanku bukanlah patik tetapi Tuan muda Eric." Henry senyum sinis apabila menerima renungan bak pisau dari Edward.

" Apa rancangan Archduke?" soal Edward setelah sekian lama mendiamkan diri. Jika dia fikirkan kembali tiada ruginya untuk dia mengikuti kata-kata Henry lagipun jika tuduhan Henry benar maka dia dapat hapuskan halangan terbesarnya untuk bersama dengan Lucena. Seperti kata Henry, saingannya bukanlah lelaki dihadapannya melainkan Eric. Lagipun jika tuduhan itu tidak benar dia tidak rugi apa-apa.

" Patik hanya perlukan akses tuanku untuk memasuki rumah kaca... Bunga Ranunculus asiaticus... Satu-satunya bunga yang hidup di Earthland dan di tanam di rumah kaca istana ini.. Patik perlukan bunga itu untuk membuktikan kehadiran bangsa iblis... kerana bangsa iblis akan mengalami reaksi alahan ketika bersentuhan dengannya...."

" Kenapa perlukan bunga itu untuk buktikan tuduhan Archduke? Kenapa Archduke sendiri tidak membiarkan Juliana kesayangan Archduke untuk membuktikannya?" Edward senyum sinis. Dia perlahan bersandar lalu menyilangkan kakinya.

" Kemampuan Juliana tidak berkesan dan ada yang tidak mempercayainya... Jika ingin bukti yang kukuh bukankah dengan menunjukkannya secara langsung. Lagipun ketika Juliana melemparkan tuduhan kepada Tuan Muda Eric di majlis Penobatan Putera mahkota hampir ramai yang merendahkan dan meremehkannya."

" Itu kerana dia bertindak mengikut kepalanya yang kosong... Ingin mempermalukan malah dipermalukan..." Edward ketawa besar.

Henry hanya diam. Wajahnya dingin menatap Edward yang sakan mentertawakan kejadian yang berlaku dahulu.

" Terpulanglah kepada Archduke.... Beta hanya perlu diam dan lihat sahaja... Apakah tuduhan Yang Mulia Archduke Henry itu benar atau tidak.." Edward ketawa sinis menatap wajah Henry. Dia juga tidak sabar ingin melihat pengakhirannya. Adakah Henry juga sama seperti Juliana atau tidak?

Henry hanya diam dan lalu ketawa kecil. " Iya. Tuanku hanya perlu diam dan lihat sahaja."




REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now