40: KAHWIN!?

995 84 6
                                    

Sebulan berlalu Eric berjaya dibebaskan berkat pertolongan putera sulung keluarga Rodriquez. Namun begitu kes pembunuhan bakal tunang Edward tidak berjaya dipecahkan misteri pembunuhan. Kesnya terlalu rumit untuk dirungkaikan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup. Dan kes itu terpaksa ditutup menyebabkan keluarga Norren menyimpan ketidakpuas hatinya terhadap Putera Mahkota atas pemergian puterinya.

Raja Edrian gusar melihat ketidakstabilan pemerintahan anaknya. Dia terus-menerus mendesak Lucena mencari bakal puteri mahkota untuk mengukuhkan pentadbiran Edward. Kekosongan kedudukan puteri mahkota mengancam pemerintahan Edward.

Lucena pening kepala memikirkan tugasan terakhirnya. Dia sudah pun mengerah puteri-puteri bangsawan lain untuk mengisi kedudukan itu namun tiada satu pun diantara mereka berani mengisi kekosongan itu malah mereka kelihatan sangat takut apabila Lucena meminta mereka untuk menghadirikan diri di pesta teh untuk membincangkan hal tersebut.

" Beta tidak keberatan walaupun puteri mahkota berasal dari keluarga Baron. Apa yang beta inginkan, kedudukan puteri mahkota harus diisi dengan segera dan pastinya puteri mahkota adalah seorang yang berdarah bangsawan. Jika tempat itu tidak isi dalam masa yang terdekat, kamu akan dilantik menjadi puteri mahkota tanpa bantahan. Ini perintah Raja Earthland." 

Itulah kata-kata pesanan terakhir yang diberikan Raja Edrian kepada Lucena yang berbaur ugutan. Lucena buntu. Setiap keluarga bangsawan di Earthland enggan menghantar puteri mereka untuk menjadi Puteri Mahkota. Entah kerana khabar angin tentang pembunuhan bakal puteri mahkota yang tersebar luas atau ugutan dari pihak lain? Lucena buntu memikirkan tentangnya.

" Carilah suami. Dengan begitu kau takkan menjadi puteri mahkota." 

Cadangan tidak masuk akal Eric masih terngiang-ngiang di telinga Lucena. Sudah pasti kepala Eric mendapat ketukan padu darinya sebaik sahaja Eric meluahkan cadangan itu. Namun apabila dia memikirkan tentang itu, tiada yang mustahil. Apa yang dikatakan Eric ada benarnya juga. Jika dia berkahwin, dia tidak akan menjadi puteri mahkota dan dia akan diberi tempoh yang panjang untuk mecari puteri mahkota. Jadi, dia harus berkahwin dalam masa yang terdekat ini tetapi... siapa yang akan dia kahwini?

Sekali lagi, Lucena buntu. Haruskah dia berkahwin dengan anak bangsawan yang perangai tidak serupa bikin itu? Tiba-tiba bayangan wajah Eric bermain di mindanya.

" Eric?" 

Bibirnya perlahan mengukir senyuman sinis. Nampaknya, satu masalah sudah selesai.

~~~~

" Jangan buat gila, Lucena."

" Kita kahwin... senang... Orang takkan meragui kehadiran awak lagi bila awak jadi suami saya dan awak akan mendapat gelar Bangsawan jika berkahwin dengan saya.. Urusan kita juga senang... Tiada siapa dapat halang kita untuk berjumpa dan awak boleh dapatkan darah saya setiap kali awak inginkan tanpa perlu saya simpan dalam botol wine...." 

" Tak... Tidak pernah dibuat orang manusia berkahwin dengan bangsa iblis, Lucena.." bantah Eric.

" Kita akan membuatnya wujud..." 

" Lucena!"

" Tolonglah Eric... Saya mohon tolong saya kali ini sahaja... Kita kahwin tidak lama... Selepas kita menemui puteri mahkota.. kita akan bercerai... Lagipun kitakan terikat dengan perjanjian... Jadi selama kita mencari puteri mahkota dan mencari cara untuk merungkaikan perjanjian kontrak, kita akan menjadi pasangan suami isteri.. Selepas semuanya selesai..kita berpisah dan membawa haluan masing-masing... awak takkan lagi terikat dengan saya buat selamanya..."

Eric mendiamkan diri. Lama dia memikirkan setiap patah perkataan yang diluahkan Lucena. Benar. Dia dan Lucena selama ini sedang mencari cara untuk merungkai perjanjian kontrak yang dibuat. Dia sering berulang alik dari sini menuju ke selat Atlantis untuk mencari jawapan. 

" Tapi... Macam mana dengan.. Keluarga kau.." 

" Yang tu awak jangan risau... Kita hanya perlu menandatangani surat ini dan sah menjadi suami isteri.." Lucena senyum sambil tangannya menyelongkar laci mejanya mencari surat yang dimaksudkan olehnya.

" Ceh.. Nampaknya kau memang sudah menyiapkan segalanya.." ujar Eric sambil memeluk tubuh. Tapi entah kenapa dia merasa senang dengan idea tidak masuk akal Lucena.

" Haruslah.. Sediakan payung sebelum hujan.." Lucena senyum lalu meletakkan surat itu di atas meja menghadap Eric.

" Eh... Ini..Kau.." 

" Hehehe... " Lucena tersengih apabila Eric melihat tanda tangannya yang sudah diturunkan di bahagian pengantin wanita.

" Kau... Haish.." Eric tidak mampu berkata-kata lalu segera menurunkan tanda tangannya di bahagian pengantin lelaki.

" Dan... Kita sah!" Lucena senyum menangkat surat itu ke udara. Matanya bersinar melihat tanda tangan Eric dan dia di surat itu.

" Kau nampak begitu senang." 

" Haruslah!" Lucena senyum sambil jarinya mengusap tanda tangan Eric di kertas itu.

Bibir merah delima Eric perlahan mengukir satu senyuman halus apabila melihat wajah manis Lucena di hadapanya. Dia dan Lucena...Menjadi pasangan suami isteri... Eric tersengih suka sambil bermain dengan jari jemarinya. Seketika kemudian dia tersedar kembali, lalu menampar pipinya dan kembali pada posisinya yang asal.

" Wahh!!! Nampaknya aku berjangkit penyakit gila dengan kau.." Eric menggeleleng keras kepalanya.

" Sebab kita suami isteri." Lucena ketawa girang sambil memusingkan kerusi pejabatnya dengan senang hati. Entah kenapa dia berasa begitu teruja dan gembira dengan perkahwinan ini walaupun hanya sementara. Adakah kerana masalahnya sudah selesai atau kerana dia menjadi isteri kepada Eric?

" Ceh." Eric bangkit dari kerusinya lalu segera meninggalkan Lucena di pejabatnya. Dia takut nanti dia di sampuk lagi seperti tadi. Namun begitu, senyumannya tidak pernah hilang dari bibir Eric malah semakin melebar apabila mengingati dia adalah suami kepada Lucena saat ini. 

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now