49: TERBONGKAR

911 71 12
                                    

Lopez dan anak-anak lelakinya runsing memikirkan cara bagaimana ingin mengambil kembali Lucena ke sisi mereka. Segala helah dan jalan yang difikirkan semuanya tidak membuahkan hasil. Sudah 2 minggu Lucena terkurung di dalam istana tanpa dapat dihubungi oleh pihak luar.

" Edward." Lopez menghentak kuat meja kerjanya. Hati tuanya sakit apabila mengenangkan satu-satunya anak perempuan diseret dan dikurung bagaikan binatang oleh Edward.

Lance juga bingung bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Keluarga Rodriquez sama sekali dilarang mendekati istana tempat di mana Lucena dikurung. Malah surat dan pengintip serta askar bayangan juga habis disapu bersih oleh pengawal-pengawal Edward.

Tiba-tiba sahaja pejabat Lopez diterjah oleh Eric dan berdiri tepat di hadapan Lance.

" Mana Lucena sekarang?" soal Eric dingin. Tatapan matanya tajam menikam wajah Lance.

Lance mengeluh berat. Rambutnya dikuak kasar ke belakang.

" Kalau aku bagitahu kau sekalipun, kau takkan dapat selamatkan Lucena."

" Bagitahu aku mana lokasi dia! Aku akan selamatkan Lucena."

" Jangan bertindak gegabah Eric! Padah jawabnya kalau kau bertindak seperti orang bodoh!" herdik Lopez lantang.

" Bagitahu sekarang, Lance!" Eric langsung tidak mengendahkan tatapan tajam Lopez.

" Istana utama, bilik atas tingkat 3. Itu sahaja yang aku tahu..."

Sebaik sahaja Lance memberitahu kedudukan Lucena, Eric pantas berlalu pergi.

" Eric!"

Langkah kaki Eric mati apabila Learco memanggil namanya.

" Tolong selamatkan, Lucena."

Eric hanya memandang bayangan Learco dengan hujung ekor matanya. Tanpa menjawab sepatah pun, Eric segera keluar dari rumah agam itu dan menuju ke istana.

Kedatangan Eric dihalang oleh pengawal-pengawal istana utama. Dengan menggunakan kuasa dalamannya, Eric berjaya menumpaskan sekumpulan pengawal istana dengan hanya menggunakan sebilah pedang sahaja.

Lucena berasa terganggu dengan suara dan teriakan dari tingkat bawah. Dia segera menjenguk di jendala biliknya.

Matanya terbutang luas apabila melihat Eric yang sedang berlawan dengan sekumpulan pengawal di bawah.

Kenapa Eric ada kat sini? Macam mana dia boleh ke sini?

Bermacam-macam soalan melanda minda Lucena. Selama ini dia bertahan dari memanggil Eric kerana dia takut Edward akan menangkap Eric. Bukan itu sahaja, jika identiti Eric terungkap tidak hanya dia yang akan dibakar malah seluruh keluarga Rodriquez akan terlibat. Oleh itu, selagi dia mampu bertahan di sini dia akan bertahan sehingga muncul walau setipis peluang untuknya bebas dari genggaman Edward.

Lucena segera berlari anak menuju ke pintu biliknya.

" Bukak pintu ini... Saya mohon.. Bukak pintu ini!!" Lucena terus-menerus menendang dan mengetuk kuat pintu bilik itu.

"Bukaklah!" Lucena mati akal apabila pengawal yang berjaga di pintu biliknya langsung tidak mengendahkan jeritannya.

" Baiklah.... Jika kamu tidak mahu buka pintu ini.... Saya akan terjun keluar dari jendala ini..."

Sunyi. Lucena perlahan menapak ke belakang.

" Satu.... Dua...-"

Krak!

Lucena senyum sinis apabila pintu itu di buka dari luar. Tanpa membuang masa, Lucena segera berlari turun ke tingkat bawah ingin berjumpa dengan Eric. Pengawal yang berjaga di biliknya gigih mengejar langkah kaki Lucena.

"Eric! Berhenti sekarang!"

Laung Lucena sebaik sahaja bebola matanya menangkap bayangan Eric.

Pergerakan Eric serta-merta mati apabila mendengar suara Lucena. Perlahan dia menoleh ke arah pintu utama istana itu.

Pedang di tangannya jatuh sebaik sahaja melihat Lucena yang gigih berlari menuju ke arahnya. Kakinya segera melangkah ingin mendekati Lucena.

Air mata Lucena jatuh apabila melihat wajah Eric. Fikirannya, dia akan selamat sebaik sahaja mendakap tubuh hangat itu. Hanya sedikit langkah sahaja lagi. Namun matanya segera menangkap sosok tubuh Henry dan Edward yang berada di atas menara sedang memerhati Eric.

Seketika kemudian, langkah kakinya mati apabila melihat Henry mengeluarkan anak panah dan disasarkan tepat di belakang Eric.

" Eric! Belakang awak!" Lucena baru sahaja ingin memeluk tubuh itu ingin menyelamatkan Eric dari panahan Henry namun gerakannya tidak sepantas anak panah yang dilepaskan oleh Henry.

Eric terkaku di tempatnya apabila merasakan satu anak panah menembusi dadanya. Luka anak panah dan pedang tidak mempu mencederakan tumbuhnya namun anak panah yang dilepaskan itu terasa sangat sakit menikam jantungnya.

Lucena segera mendakap tubuh Eric dan sama-sama rebah ke tanah.

" Eric..." air mata Lucena deras mengalir.

" Gunakan kuasa awak... Awak... Awak dapat pulihkan diri, kan? Eric..."

Eric menatap wajah Lucena lalu perlahan menggelengkan kepalanya. Dia hairan kenapa kuasa pemulihan dirinya tidak berkesan dengan luka ini. Dahinya berkerut menahan rasa sakit di dadanya.

" Kenapa? Kenapa tak boleh?" Lucena menekap luka Eric menghalang darah ungu itu terus-menerus mengalir keluar.

Semua pengawal yang berada di situ terkejut melihat rupa yang menggerunkan di hadapan mereka dan darah ungu yang mencemari tanah itu.

Lucena menggelengkan keras kepalanya melihat bebola mata Eric menjadi hitam pekat, tanduk dan ekor yang tumbuh di tubuh Eric. Dengan pantas dia memeluk Eric, berusaha menyembunyikan rupa sebenar Eric dengan tubuh kecilnya.

" Racun.. Ranunculus... Mereka.. Gunakan itu..." bisik Eric perlahan di telinga Lucena. Eric berusaha menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menghentikan racun itu mengalir ke seluruh tubuhnya.

Lucena segera menatap wajah Henry dan Edward.

" Nampaknya... Mereka tahu... Siapa aku..."

Lucena semakin erat memeluk tubuh Eric bagaikan tidak mahu dilepaskan. Air matanya semakin deras mengalir membasahi wajahnya.

Mata-mata yang memerhati kejadian itu menjadi saksi sebenar kewujudan Eric di Earthland. Nescaya, orang-orang di kota ini pasti akan berusaha untuk menghapuskan Eric dari muka bumi ini.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now