22: JARAK

1K 78 0
                                    

Edward segera berlari anak menuju ke arah kereta kuda milik Lucena. Sebaik sahaja Lucena turun dari kereta kudanya, Edward dengan segera menarik tubuh kecil itu lalu diangkat dan dipusing ke udara.

Lucena terkejut dengan tindakan Edward sebentar tadi namun tidak lama dia tersenyum riang.

" Awak dah balik!" Edward senyum kemudian menurunkan Lucena. Tubuh kecil itu kemudiannya dipeluk Edward. Melepaskan rindu yang terbuku di hatinya.

" Patik pasti kembali ke sini." ujar Lucena lembut.

Pelayan-pelayan disekitar mereka berbisik dan tersenyum melihat keakraban hubungan mereka berdua. Itu membuatkan Lucena tidak selesa. Pandangan yang mengharapkan sesuatu.

" Tuanku." seru Lucena apabila dia merasa tidak selesa Edward memeluknya begitu di hadapan orang ramai.

" Iya, Lucena." Edward memandang wajah Lucena sambil tersenyum namun tangannya tetap tidak melepaskan pinggang ramping Lucena.

" Patik harap selepas ini tuanku jaga batas tuanku dengan patik." Lucena memegang lengan Edward dan ingin melepaskannya namun Edward malah mengeratkan lagi pelukan dipingganya menyebabkan wajah mereka berdua semakin dekat.

" Tuanku..." Lucena gusar apabila Edward bertindak begitu. Dia sedaya upaya melepaskan tangan Edward namun Edward sedikitpun tidak berganjak.

" Kenapa?" soal Edward menatap tajam wajah Lucena.

" Di sini ramai mata yang memerhati.. Banyak mulut yang berbicara.. Patik tidak mahu reputasi tuanku tercalar akibatnya. Lebih baik tuanku tidak terlalu akrab dengan patik..."

Edward terdiam. Dia kemudian mengalih pandangannya disekeliling mereka. Benar seperti yang dikatakan Lucena. Ramai mata yang memerhati, banyak mulut yang berbicara.

" Mata dan mulut itu... Saya ingin mencungkil dan mengoyakkannya.." gumam Edward.

" Apa?" soal Lucena. Dia yakin dia mendengar sesuatu dari Edward.

" Tidak ada apa-apa... Jom kita masuk ke dalam... Mesti awak penat.." Edward kemudian melepaskan pelukannya lalu menarik tangan Lucena menuju ke istana.

Lucena hanya diam mengikuti langkah kaki Edward. Lucena faham keadaan Edward. Tiada siapa di sini yang rapat dengan Edward melainkan dirinya. Pasti sukar untuk Edward menjaga batas dengannya. Namun ini semua untuk Edward. Suatu hari nanti, dia akan ditugaskan untuk mencari bakal Puteri Mahkota untuk Edward sekiranya Edward akan dilantik menjadi Putera Mahkota. Jika keakraban mereka ketika ini menjadi buah mulut orang, pasti tindakannya suatu hari nanti akan dipersoalkan oleh orang ramai. Edward juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu, dia akan sedaya upaya menjaga jarak mereka agar tidak menjadi penghalang untuk Edward.

~~~~

Lucena menyandarkan tubuhnya di kerusi. Ketukan di pintu pejabatnya menyedarkan Lucena dari terlelap.

" Abang." Lucena senyum sebaik sahaja melihat wajah abang sulungnya, Lance Eranndo.

" Terus bekerja?" soal Lance lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Lucena. Lucena baru sahaja tiba dari selat Atlantis namun sudah bekerja sehingga larut malam begini.

" Lucena harus buat yang terbaik untuk Earthland." ujar Lucena sambil tersenyum.

Lance diam. Lama dia memerhatikan wajah Lucena. Dia tahu adiknya ini seorang yang bertanggungjawab. Tetapi dia tidak mahu adiknya menjadi bodoh seperti sebelum ini. Sanggup bersusah payah menolong Archduke Henry untuk menguruskan Rumah Agam Lawrance sedangkan Lucena belum rasmi menjadi Archduchess Lawrance. Itu membuatkan Lance amat merisaukan Lucena setelah dia mendapat tahu Henry membuat onar beberapa bulan yang lalu.

" Cena tahu apa yang abang risaukan...Cena tidak apa-apa... Lagipun ini janji yang Cena buat untuk diri Cena."

" Apa maksud Cena?"

" Cena membuat perjanjian dengan Baginda Yang Maha Mulia untuk menjadikan Putera Keempat sebagai Putera Mahkota." jujur Lucena. Keluarganya langsung tidak mengetahui alasan dia bekerja dengan putera keempat. Yang mereka tahu dia hanya bekerja atas perintah Raja Edrian Frans Adam.

" Apa?!"

" Cena tahu abang akan terkejut tapi hanya putera keempat sahaja yang layak menyandang jawatan tersebut. Putera pertama gering, Putera kedua pula sikapnya bagaikan sampah masyarakat dan Putera ketiga tidak berminat dengan kekuasaan dan sedaya upaya mengelakkan diri dari takhta ini. Abang kawan baik putera ketiga semestinya abang kenal kawan baik abang sendiri."

Suasana menjadi hening antara mereka untuk seketika.

" Dan putera keempat pula, baginda bagaikan sehelai kertas kosong. Jadi, Cena bertanggungjawab untuk mencorakkannya menjadi sebuah lukisan yang cantik untuk dipersembahkan kepada Earthland." sambung Lucena lagi apabila tidak menerima respon dari abangnya.

Lance terdiam. Dia mengurut pelepisnya. Sukar untuknya menghadam apa yang baru Lucena luahkan.

" Tapi Cena... Ini terlalu berbahaya..."

" Cena tahu... Tapi.." Lucena mati kata. Dia tahu masa depan Earthland. Dia tahu kehancuran Earthland. Jadi dia bertanggungjawab untuk mencegahnya. Hanya dia sahaja yang mampu mencegahnya.

Tangan Lucena digenggam Lance. " Abang takkan mempersoalkannya lagi... Mungkin abang tak akan faham, tapi abang akan sokong Cena.... Apa pun keputusan Cena... Abang, Leander, Learco dan ayah... akan sentiasa sokong Cena..."

Lucena senyum lalu bangkit menuju ke arah abangnya. Perlahan tubuh kekar Lance dipeluk erat.

" Cena minta maaf kerana buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan abang-abang dan ayah... Tapi percayalah, Cena buat ini semua untuk kita..."

Lance hanya senyum membalas pelukan Lucena walaupun dia tidak memahami maksud disebalik kata-kata itu.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now