47: RAMPAS

843 65 9
                                    

" Jadi kau nak aku pergi dulu ke Atlantis?" soal Eric pelik.

" Ya.... Sebaik sahaja majlis itu tamat saya akan pergi ke sana.." ujar Lucena tenang.

" Kenapa kita tak pergi bersama?"

Lucena mengeluh perlahan. " Saya.... saja.... Awak pergilah dulu.. Siapkan apa yang patut... Nanti kita jumpa.."

Eric lama menatap wajah Lucena. " Kau ada sembunyikan apa-apa dari aku?"

" Tak... tak ada.." Lucena pantas menggelengkan kepalanya.

Eric mengecilkan matanya lalu perlahan mendekatkan wajahnya ke wajah Lucena. " Betul tak ada apa-apa?"

" Be..betul..." Lucena menelan payah air liurnya apabila Eric mendekatkan wajah ke arahnya. Jantungnya berdegup laju.

" Hmmm baiklah..." ujar Eric lalu kembali ke posisi asalnya.

Lucena menghembuskan nafas lega lalu senyum tipis menatap wajah Eric.

"Kalau ada apa-apa... Panggil nama aku.." Entah kenapa di hati Eric, dia merasa tidak senang seolah-olah sesuatu akan terjadi kepada lucena

Lucena senyum lalu menanggukkan kepalanya. " Awak jangan risau... Saya tak apa-apa..."

Namun semuanya hancur setelah Eric pergi beberapa minggu yang lepas sebelum malam Perlantikan Raja dan Permaisuri Earthland. Lucena dan abangnya, Lance dikerumuni oleh pengawal-pengawal diraja. Lance segera melindungi adiknya di belakang tubuhnya.

" Apa yang tuanku ingin lakukan?!" bentak Lance. Wajahnya memerah memandang sosok tubuh yang berdiri di aula berhadapan dengannya.

" Seperti beta katakan tadi... Permaisuri Earthland adalah Lucena Eleonora Rodriquez-"

" Mengarut!" jerit Lucena lantang.

" Patik tidak pernah bersetuju dengan sesuatu yang seperti itu. Tuanku sendiri tahu yang keluarga Rodriquez tidak akan pernah terlibat dalam pernikahan politik dalam kerajaan-"

" Beta adalah Raja Earthland... Yang berkuasa diatas 4 buah keluarga Earthland adalah Raja. Beta menggunakan kuasa penuh beta untuk melantik Lucena Eleonora sebagai Permaisuri Earthland!" potong Edward segera.

Lucena mengertap rahangnya kuat. Sudahlah saat ini hanya dia dan abang sulungnya sahaja yang menghadiri Majlis Perlantikan Raja dan Permaisuri Earthland. Ayahnya tiba-tiba sahaja dikirimkan keluar wilayah untuk menguruskan beberapa urusan kerajaan di sana dan semuanya kerana Edward. Lucena tidak menyangka bahawa Edward akan bertindak sejauh ini.

" Patik sudah pun berkahwin... Seorang wanita tidak boleh mengahwini lebih dari satu lelaki." ujar Lucena sinis.

Edward ketawa sinis. " Perkahwinan kamu terbatal, Lucena."

" Apa?" Lucena memandang wajah Edwrad tidak percaya.

" Perkahwinan kamu terbatal kerana tidak mendapat perkenan dari pihak Kuil dan terlebih lagi perkahwinan kamu tidak sah kerana Raja ketika itu dimaklumkan tidak waras. Apakah kamu lupa Lucena bahawa Mantan Raja ketika itu menderita insomnia yang parah? Segala tindakan dan fikirannya ketika itu diisytiharkan tidak waras."

Lucena bungkam. Tangannya digenggam erat menahan rasa amarah dan sakit di hatinya.

" Lucena Eleonora.. Terimalah hakikatnya bahawa kamu ditakdirkan untuk menjadi Permaisuri Earthland."

Lucena diam. Air matanya bergenang di tubir mata. Tangannya erat mengenggam tangan abangnya.

" Jangan lepaskan tangan abang." bisik Lance perlahan. Lucena menanggukkan kepalanya.

" Patik tidak bersetuju dengan apa yang tuanku maklumkan. Apa-apa pun keputusannya, tuanku harus menunggu ketua keluarga Rodriquez untuk memutuskannya." ujar Lance lantang.

Para bangsawan ramai berbisik sesama sendiri menyaksikan agenda penuh drama di hadapan mereka. Masing-masing mencipta spekulasi sendiri tentang kejadian malam ini.

" Duke kecil Lance Eranndo Rodriquez, segala keputusan ada ditangan beta. Beta adalah satu-satunya yang berhak memutuskannya."

Dengan hanya isyarat matanya sahaja, pengawal-pengawal diraja bergerak untuk memisahkan Lucena dan Lance.

" Lepaskan! Abang!!" Lucena memberontak tidak mahu melepaskan genggaman tangan abangnya namun kekuatannya tidak setanding dengan dua orang pengawal di sisinya yang berusaha sekuat tenaga menariknya menjauhi abangnya.

" Lucena!" Lance menjerit lantang berusaha untuk mendekati adiknya.

" Ini tidak seharusnya berlaku! Tuanku tidak patut bertindak begini kepada kami!" bentak Lance. Kedua belah lengannya masing-masing ditahan oleh pengawal diraja.

" Abang!!" Lucena menjerit memanggil abangnya. Tubuhnya diseret keluar dari dewan utama.

" Tuanku!!" Lance menatap tajam ke arah Edward. Dadanya turun naik menahan rasa amarah. Hatinya sakit melihat Lucena diseret keluar dari dewan utama lebih-lebih lagi melihat air mata Lucena yang gugur bercucuran memanggil namanya.

" Keputusan beta tamat. Tiada siapa yang akan mengingkarinya. Jika ada yang melawan, hukuman mati menanti." ujar Edward tegas lalu turun dari aula dan keluar dari dewan utama. Ingin menuju ke bilik yang menempatkan kesayangannya, Lucena.

Bibirnya perlahan mengukir senyuman tipis. Lucena berada digenggamannya namun belum tiba masanya untuk dia bersenang dahulu kerana saingan utamanya masih lagi belum tersingkir sepenuhnya.

Rancangan utamanya ketika majlis ini berlansung adalah ingin menangkap Eric seperti yang Henry inginkan namun entah kenapa hanya Lucena datang bersama dengan abangnya. Niatnya mengirim Lopez keluar wilayah adalah untuk memastikan Lucena pergi ke Majlis ini bersama dengan Eric namun rancangannya gagal apabila Lance yang menggantikan watak utama rancangannya. Walaupun begitu, dia tetap berasa senang kerana Lucena ada dalam genggamannya.



REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now