50: LARI

862 71 0
                                    

" Lance..."

Lance segera menoleh apabila mendengar namanya diseru oleh sahabat baiknya.

" Evan...." Lance menatap sayu wajah Evan. Dengan pantas, tubuh sahabat baiknya itu di peluk erat.

" Ada urusan apa kau datang jauh-jauh ke sini sendiri?" soal Evan sambil menepuk pundak Lance. Seminggu yang lepas dia menerima surat dari Lance bahawa sahabatnya ini ingin datang menemuinya sendiri kerana memerlukan pertolongannya.

" Evan... Adik aku.... Tolong aku bebaskan Lucena.."

" Kenapa dengan Lucena?" soal Evan hairan.

" Edward kurung Lucena di istana utama... Aku dan ayah aku buntu bagaimana untuk bebaskan Lucena.... Aku perlukan kau untuk bebaskan adik aku.."

" Apa?! kenapa boleh jadi begini?" soal Evan terkejut.

Lance mulai menceritakan apa yang terjadi satu-persatu yang menimpa keluarganya. Kewujudan Eric juga tidak ketinggalan turut diceritakan Lance kepada Evan. Bagaimana, mengapa dan apa yang terjadi kepada Lucena, Eric dan Edward.

Evan mengeluh lembut, bersimpati tentang nasib yang menimpa keluarga Rodriquez.

" Lance... Bukan aku tak nak tolong tapi... Kau tahukan ini rahsia sulit-"

" Aku tahu... Tapi aku tak ada jalan lain, Evan... Kau satu-satunya peluang dan harapan untuk aku bebaskan Lucena... Aku perlukan kau untuk menyusup masuk ke istana utama..."

Evan mengeluh. " Jalan rahsia istana sudah lama tidak digunakan jadi aku tak tahu sama ada masih selamat digunakan atau tidak."

" Itu tidak penting... Yang penting.. bebaskan Lucena..."

Evan lama mendiamkan dirinya.

" Evan... Aku datang ke sini sebagai sahabat baik kau dan juga sebagai seorang abang yang terdesak ingin selamatkan adiknya... Jadi aku mohon pada kau, Evan... Bantu aku bebas adik aku.... Aku... keluarga aku... Lucena... amat memerlukan bantuan kau..." Lance berlutut di hadapan Evan merayu meminta Evan menolongnya.

" Aku akan bantu kau.. Jangan risau.... Lagipun aku kan sahabat baik kau..." Evan senyum tipis menepuk lembut pundak Lance.

Air mata Lance menitis perlahan. Sedikit sebanyak beban di hatinya berkurangan apabila Evan bersetuju untuk menolongnya menyelamatkan Lucena walaupun terpaksa membocorkan rahsia sulit kerajaan. Itu adalah langkah yang amat berisiko untuk Evan dan juga Earthland.

2 minggu berlalu, Eric masih lagi terkurung di ruangan bawah tanah ini. Sememangnya, dia tidak pernah menaruh sebarang harapan untuk keluar hidup-hidup dari sini. Mungkin, inilah akhir kisahnya sebagai Raja Iblis.

Eric bersandar lemah pada dinding batu yang dingin. Seluruh tempat yang di duduki kini dipenuhi dengan debunga Ranunculus asiaticus, menghalangnya untuk mengunakan kuasa juga melemahkan otot badannya.

Eric hanya mampu berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Tenaganya habis digunakan untuk menyekat racun itu mengalir keseluruh tubuhnya. Keadaannya saat ini tidak ubah seperti mayat hidup.

Derapan tapak kaki yang melangkah menganggu Eric. Perlahan matanya melirik dua figura yang berdiri tidak jauh dari tempatnya,

" Dugaan Archduke Henry benar." ujar Edward sinis menatap makhluk yang bersandar lemah di dalam penjara itu.

" Keluarga Lawrance tidak pernah mengecewakan."

Henry senyum tipis mendengar kata-kata pujian dari Edward.

" Apa yang akan kita lakukan kepadanya nanti? Bunuh? Jual?" soal Henry menatap wajah Edward.

" Tidak. Beta akan membiarkan ia hidup sehingga hari perkahwinan kami. Ia amat berguna untuk dijadikan tebusan." Edward senyum sinis menatap wajah Eric yang pucat dan dipenuhi noda darah ungunya.

Henry hanya diam. Edward kemudian melangkah keluar dari kurungan bawah tanah meninggalkan Henry dan Eric bersendirian.

Henry melirik ke arah Eric. Satu keluhan berat dilepaskan.

" Tiada gunanya saling mencintai tapi akhirnya tidak memiliki..." Henry ketawa sinis dan ingin berpaling meninggalkan Eric.

" Itu ertinya cinta sejati.."

Langkah kaki Henry mati apabila Eric bersuara.

" Jiwa dan hati kami terikat antara satu sama lain tanpa perlu bersama... Walaupun kami berpisah, hati dan jiwa kami tetap bersatu.... memiliki? Apa guna memiliki jika apa yang dimiliki itu meratapi dan meyayangi yang lain.." ujar Eric dengan lemah menatap sinis belakang tubuh Henry.

" Walaupun aku mati... Aku akan tetap terus hidup di hati dan mindanya... Itu sudah cukup untuk aku.."

Henry menggenggam erat tangannya lalu segera keluar dari kurungan bawah tanah itu. Hatinya sakit mendengar kata-kata Eric.

Eric senyum tipis. Dia perlahan menutup matanya.

" Aku benci dicintai tapi kini malah aku yang menaruh hati." Eric ketawa sinis.

~~~~

Lucena gusar sambil menunggu kedatangan seseorang ke biliknya. Ketukan di pintu menyentak tangkai jantung Lucena. Tanpa berlengah, dia terus menerpa ke arah seorang dayang yang membawa troli makanan.

" Tuan puteri..."

Lucena senyum lalu mengambil sekeping kertas dari tangan pelayan tersebut dan bungkusan pakaian yang lain.

" Terima kasih..." Air mata Lucena jatuh sambil memeluk tubuh dayang itu. Ini adalah tindakan yang berisiko. Pelayan di hadapannya ini kemungkinan akan mati kerana menyelamatkannya.

" Ini bukanlah apa-apa jika dibandingkan tuan puteri yang telah selamatkan ayah saya.." ujar Juli lembut.

" Saya akan ingat jasa awak sehingga nafas saya yang terakhir, Juli.."

Lucena segera mengenakan kerudung hitam untuk menutupi tubuhnya dan segera keluar dari bilik itu. Peta di tangannya di bakar setelah menghafal setiap laluan rahsia istana ini. Tempat pertama yang dia tuju adalah mencari laluan rahsia menuju ke penjara bawah tanah, tempat di mana Eric di kurung.

Air mata Lucena jatuh sebaik sahaja melihat figura lemah Eric. Setiap sudut penjara itu dibubuh dengan debunga racun untuk melemahkan Eric. Lucena dengan segera menarik tuil di dinding untuk membuka pintu penjara itu.

" Eric..."

Tangan Lucena mengeletar menyentuh pipi Eric. Air matanya terus menerus jatuh membasahi wajahnya.

Dahi Eric berkerut apabila merasakan sesuatu yang hangat menyentuh wajahnya. Dengan lemah, dia membuka matanya. Jantungnya berdegup kencang melihat wajah manis Lucena yang lecun dibasahi oleh air matanya.

" Lucena..." ucap Eric lemah.

Esakan tangisan Lucena semakin kedengaran jelas. Tubuh yang terluka parah itu dipeluk erat oleh Lucena.

" Kita...harus pergi dari sini..." ujar Lucena bersama esakan tangisannya.

Eric menangguk lemah. Dengan pantas, Lucena memapah Eric keluar dari penjara bawah tanah itu dan berjalan menyusuri laluan rahsia yang membawa mereka ke taman bunga diraja.

Lucena berusaha memapah tubuh lemah Eric keluar dari istana itu dan menuju ke arah kuda yang telah disiapkan oleh Lance untuknya lari bersama Eric.










REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now