53: SAKIT

899 84 8
                                    

Lucena duduk termenung di atas katilnya. Wajahnya beku tanpa reaksi malah tatapan matanya kosong tanpa sinar. Cincin permata merah itu perlahan diusap lembut.

" Cena hanya membuatnya semakin menderita..."

Lance hanya diam menatap Lucena.

" Cena... bunuh Eric..." Air matanya kembali bergenang di tubir mata. Cincin itu digenggam erat.

" Cena..." Lance perlahan mendekati Lucena lalu memeluk tubuh adiknya.

" Abang yakin Eric mampu mengatasinya... Abang... Yakin.."

Lucena menangis di dada Lance. Jawapan yang diberikan abang sulungnya kabur. Itulah membuatkannya semakin resah menanti perkembangan keadaan Eric. Selama tempoh satu bulan ini, dia tidak menerima sebarang perubahan tentang khabar Eric. Keadaannya masih lagi sama seperti sebelum ini. Racun dalam tubuh Eric mungkin tidak merebak keseluruhan tubuhnya namun racun itu tepat mengenai jantung Eric. Walaupun telah dimurnikan, kesan sampingannya sangat kuat menyebabkan Eric jatuh koma selama satu bulan. Itulah yang dibimbangkan Lucena selama satu bulan ini.

" Cena pentingkan diri... Kerana rancangan bodoh ini, Eric- Tak.. Ini semua salah Cena... Cena tak sepatutnya ada... Cena tak sepatutnya muncul dalam hidup Eric... Cena tak sepatutnya wujud dalam takdir Eric..." Esakan tangisan Lucena semakin kuat kedengaran.

Perlahan tangan Lance naik mengusap lembut rambut Lucena. Cuba sedaya upaya untuk menenangkan keresahan dan kesedihan Lucena.

" Sebab Cena.. Eric terluka... Sebab Cena.. Eric menderita.. Tidak cukup dengan kutukan bangsa iblis... Eric kini malah koma kerana cuba selamatkan Cena... Ini semua kerana Cena... Ini semua salah Cena... " luah Lucena bersama tangisan pilunya.

" Shh... Ia bukan salah Cena...." pujuk Lance perlahan sambil membelai penuh kasih rambut Lucena.

" Cena... Cena lukai Eric.." air mata Lucena terus-menerus tumpah membanjiri wajahnya. Mata merah rubynya menatap kedua belah tangannya yang mengeletar.

" Tangan.. ini... membuatnya terluka..."

Masih lagi terasa di telapak tangannya kehangatan tubuh Eric sebelum dia menolak tubuh itu jatuh dari lereng gunung itu. Senyuman hangat Eric, tatapan yang sarat dengan rasa cinta itu masih lagi segar terbayang di minda Lucena.

Dadanya terasa sakit menusuk jantungnya tatkala dia meningatkan kembali di saat dia menolak tubuh lemah Eric jatuh ke dalam laut. Hatinya remuk setiap kali dia membayangkan tubuh itu menghilang dari tatapan matanya.

" Lucena tak sepatutnya lakukan itu... Cena tak sepatutnya tolak Eric..." Lucena terus-menerus menyalahkan dirinya.

" Cena lakukannya untuk selamatkan Eric... Malah Eric sendiri yang bersetuju dengan rancangan itu.. Kerana tiada cara lain lagi untuk bebaskan Eric selain kematiannya.. Semua tindakan dan rencana yang Lucena fikirkan hanya untuk Eric... Setiap apa yang Cena lakukannya semuanya untuk kebaikan Eric... Cena... Eric masih lagi hidup... Dia masih lagi bernafas..." ujar Lance perlahan, dia tidak tahan mendengar Lucena yang terus-menerus menyalahkan dirinya sendiri tentang sesuatu yang diluar kawalannya.

" Eric masih hidup, Cena..." Lance meleraikan pelukannya memandang wajah Lucena yang basah dengan air matanya.

Lucena memejam matanya erat bersama lelehan air matanya yang tidak pernah berhenti mengalir keluar.

" Cena harus percaya pada Eric.... Seperti mana Eric percaya pada Cena..." sambung Lance lagi lalu memeluk tubuh kecil itu.

~~~~

Henry mengelamun jauh, jari-jemarinya menari -nari di atas helaian kertas dokumen di mejamya. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilakukan Lucena sebulan yang lepas. Kenapa gadis itu tergamak membunuh jejaka yang dia cintai sebaik sahaja jejaka itu meluahkan kata cintanya. Entah kenapa hati kecil Herny berasa tidak nyaman tatkala terkenangkan peristiwa di gunung Hollen itu.

Ketukan di pintu menyentak lamunan Henry. Dia perlahan berdehem lalu kembali menatap kertas dokumen di atas mejanya.

Juliana senyum tipis apabila melihat wajah Herny yang tekun bekerja. Dia kemudian perlahan menapak ke arah Henry lalu meletakkan cawan teh hangat di atas meja kerja Henry.

" Saya buatkan teh hangat untuk awak." ucap Juliana lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Henry.

Henry hanya diam tanpa membalas.

" Saya ada dengar khabar angin tentang keluarga Rodriquez... Saya bersimpati pada Tuan puteri... Tentu beliau sedih sekarang... Terpaksa melepaskan sesuatu yang dia sangat sayang dan cintai..." ujar Juliana lembut.

" Sudahlah tunangnya dahulu di rampas... kini... dia terpaksa membunuh kekasih hatinya sendiri... Malang sungguh nasib tuan puteri Lucena...." sambung Juliana lagi sambil tersenyum tipis.

Pergerakan Henry mati apabila mendengar ayat yang terpancul keluar dari bibir Juliana. Matanya kemudian perlahan menatap wajah itu.

" Apa yang cuba hendak kau sampaikan?" ujar Henry sedikit jengkel. Nadanya jelas sekali kedengaran kasar di telinga Juliana.

" Tak ada apa.. Saya cuma bersimpati.." Juliana senyum lalu bangkit dari kerusinya. Dia perlahan melangkah ingin keluar dari ruangan pejabat Henry namun seketika kemudian langkah kakinya mati.

" Saya tak tahu apa yang awak dapat setelah awak hancurkan cinta suci itu... Entah awak sedar atau tidak... Awak adalah punca luka di hati tuan puteri..." Juliana kemudian keluar dari pejabat Henry sebaik sahaja meluahkan kata-kata yang terbuku di hatinya.

Henry bungkam apabila mendengar kata-kata Juliana. Untuk seketika, matanya seakan terbuka luas setelah mendengar kenyataan itu.

Henry mengeluh kuat lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi. Benarlah seperti kata Juliana, dia adalah punca luka di hati Lucena. Dahulu dia melukai hati kecil itu dengan memilih gadis lain untuk menyelamatkan keluarganya dan kini dia kembali memberi luka yang lebih dalam pada Lucena. Apa yang dia dapat? Apa yang dia dapat setelah menghacurkannya? Cinta Lucena? Bahagia? Apakah dia kini mengenggam cinta itu kembali? Apakah sekarang dia bahagia?



REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Место, где живут истории. Откройте их для себя