23: RAGU

1K 78 0
                                    

3 BULAN KEMUDIAN

" Patik tak setuju!" Lucena bersuara lantang membantah cadangan Henry.

" Putera Edward sudahpun menepati syarat-syarat untuk menjadi Putera Mahkota. Semua yang dilakukan Putera keempat selama setahun ini sudah membuktikan dia akan menjadi Putera Mahkota.. Dan Yang Mulia Archduke Henry ingin Putera keempat membuktikannya di medan perang? Semua ini tidak masuk akal?!"

" Lucena.." Lopez memegang lengan Lucena menahannya dari bertindak luar kawalan.

" Saya tahu apa yang membuatkan anda risau, tuan puteri. Tetapi untuk membuktikan baginda putera keempat layak menjadi Bakal Pengganti Raja bukankah di medan perang tempatnya?"

" Ini semua mengarut! Yang Mulia tidak menghantar baginda ke medan perang untuk membuktikannya tetapi membunuhnya!" kata-kata Lucena membuatkan semua pembesar di situ terdiam. Mereka berdehem dan memandang sesama sendiri.

Raja Edrian mengempalkan penumbuknya. Satu-persatu wajah 3 pembesar di hadapannya direnung tajam. Archduke Henry Lawrance, Archduke Patrick Julius dan Archduke Albert Willow Gaveriel, tiga pembesar yang menentang keputusannya melantik Edward sebagai Putera Mahkota kerana alasan darah yang mengalir dalam diri anak itu adalah darah kotor.

Usaha dia dan Lucena untuk mengangkat Edward sebagai Putera Mahkota sia-sia hanya dengan alasan itu. Namun, dia takkan berputus asa. Jika di medan perang itu mampu membuatkan para pembesar ini menutup mulutnya, dia tidak kisah untuk menghantar Edward ke sana. Dia yakin Edward mampu membuktikannya.

" Tuan puteri... Bertenanglah.." ujar Raja Edrian.

" Beta juga setuju jika putera keempat menyertai perang kali ini.. Jika anak itu ingin membuktikan dirinya layak menjadi Bakal Raja bukankah dia harus bersetuju tanpa bersuara." Evoke bersuara sinis.

Lucena ketawa besar mendengar kata-kata Evoke.

" Patik hampir lupa... Tuan putera kedua juga bukankah tuanku tadinya ingin membuktikan yang diri tuanku layak menjadi putera mahkota... Apa kata tuanku juga turut serta dalam perang ini.. Jika ingin membuktikan diri tuanku layak menjadi Bakal Raja bukankah tuanku harus bersetuju tanpa bersuara." Lucena memulangkan paku buah keras kepada Evoke.

" Kamu-"

" Sudah.." Raja Edrian bersuara tegas.

" Putera Edward... Kamu setuju dengan cadangan Archduke Henry?" soal Raja Edrian.

" Patik setuju jika mereka ingin patik membuktikan yang patik layak menjadi Putera Mahkota.. Tetapi patik ada syaratnya.."

" Tuanku! Ini sangat berbahaya.." Lucena memandang wajah Edward. Tidak percaya Edward akan bersetuju dengan mudah. Tidakkah Edward tahu bahawa itu adalah alasan mereka untuk membunuhnya.

" Lucena... awak jangan risau... Percaya pada saya... Saya mampu lakukannya.." Edward senyum memandang wajah Lucena.

" Apa syaratnya?" soal Archduke Henry.

" Jika saya menang dalam peperangan ini... Saya mahu anda semua, Archduke Lawrance, Archduke Julius, Archduke Gevariel dan Putera kedua menyambut kepulangan saya dengan air mata kegembiraan dan melaungkan nama saya... lebih nyaring dan kuat berbanding semua orang... setuju?"

Syarat pertama yang dikemukan Edward menyebabkan Archduke Julius dan Archduke Gaveriel ketawa besar lebih-lebih lagi Putera kedua. Namun Edward hanya beriak tenang.

" Baiklah saya setuju." ujar Archduke Henry dengan tenang.

Edward senyum tenang menganggukkan kepalanya.

" Hanya itu?" soal Raja Edrian kepada Edward.

" Saya juga ingin semua yang ada disini tidak akan mempersoalkan darah yang mengalir dalam tubuh saya.. Sekiranya saya mendengar itu dari bibir anda... Saya akan mengambil nyawa seluruh keluarga anda dan juga anda dengan tangan saya sendiri.. Begitu juga dengan Keluarga diraja... Jika itu berlaku saya akan membunuhnya..." ujar Edward lagi sambil tersenyum manis.

Mereka terdiam mendengar kata-kata Edward.

" Itu tidak masuk akal!" bantah putera kedua.

" Beta setuju." ujar Raja Edrian dengan senyuman sinisnya.

" Tuanku!"

" Syarat-syarat yang dikemukan Putera keempat semuanya beta setuju dan beta tidak mahu seorang pun diantara kamu membantahnya.. kerana itu yang kamu semua inginkan dari awal lagi... Semuanya boleh bersurai..." Raja Edrian segera bangkit lalu keluar dari bilik itu bersama dengan Archduke Lopez, Lucena dan Edward.

Ketiga-tiga mereka terdiam apabila mendengar kata putus Raja Edrian. Hati mereka mulai meragui keputusan yang dibuat sebentar tadi. Melihat wajah tenang Edward semakin membuatkan mereka resah.

" Jangan risau.. Anak itu... tidak mempunyai satu pun pengalaman berperang... dia akan mati..." ujar Evoke dengan yakinnya.

Lucena mematikan langkahnya. Dia kemudian berhadapan dengan Edward.

" Kenapa tuanku bersetuju?" soal Lucena tanpa berdalih.

" Jika itu mampu membuktikan yang saya layak... Apa salahnya.."

" Semua yang kita lakukan selama setahun ini sudah cukup membuktikan yang tuanku layak." Lucena bersuara keras.

" Tapi tidak bagi mereka.."

Lucena terdiam. Dia melepaskan nafas beratnya.

" TUanku akan mati."

" Saya takkan mati."

Edward menggenggam tangan Lucena.

" Jika Lucena tidak yakin dan percaya pada saya... Siapa lagi yang boleh saya harapkan untuk yakin dan percaya dengan kemampuan saya.... Selama ini, Lucena membantu saya... Kali ini biarlah saya sendiri yang pergi membuktikannya dengan kemampuan saya.."

" Medan perang.. Tidak sama seperti apa yang tuanku bayangkan.. Medan perang adalah neraka dunia..." Lucena bersuara perlahan.

" Saya tahu." Edward perlahan memeluk tubuh Lucena.

" Jangan risau.. Saya akan kembali..."

Lucena mengeluh berat. Dia membalas pelukan Edward.

" Patik percaya pada tuanku."

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ