15: REGRET?

1.2K 95 3
                                    

" Saya takkan pergi selagi awak tak berjumpa dengan saya, Lucena?!" jerit Henry dengan lantang di luar pagar kawasan istana Edward.

Tangannya erat menggenggam surat yang dia terima dari istana utama. Surat itu mengandungi tentang pembatalan pertunangan antara dia dan Lucena yang diputuskan hanya sebelah pihak dan langsung tidak berbincang dengannya.

Khabar yang dia terima amat mengejutkan Henry. Dia tidak menyangka Lucena sanggup bertindak sejauh ini. Adakah Lucena sudah tidak mencintainya lagi?

" Lucena! Saya takkan lepaskan awak! Saya takkan pergi!" jerit Henry lagi.

Henry berdiri berhadapan dengan pintu pagar istana itu. Dia dihalang untuk memasuki kawasan istana Putera Edward kerana tiada sesiapa dibenarkan memasuki kawasan itu tanpa kebenaran Raja Edrian.

Edward pula tidak senang duduk mendengar laungan pilu Henry di luar pagar. Kejap-kejap matanya memandang ke luar jendala melihat keadaan Henry.

Edward gusar melihat keadaan Lucena yang tenang membaca buku di hadapannya.

" Kenapa, Tuanku? Ada yang tak kena dengan pembelajaran Tuanku?" soal Lucena apabila melihat Edward seperti terganggu sedari tadi.

" Awak tak nak berjumpa dengannya?" soal Edward apabila tidak tahan melihat Lucena tenang begitu. Dia takut disebabkan dirinya, Lucena mengabaikan Henry.

" Kenapa patik harus berjumpa dengannya?" soal Lucena tenang lalu kembali membelek buku di tangannya.

" Bukankah Yang Mulia Henry ingin berjumpa dengan awak?"

" Abaikan Archduke Henry... Tuanku harus fokus dengan pembelajaran tuanku.." ujar Lucena dingin.

" Baiklah." Edward kembali belajar dengan tekun. Dia sedaya upaya memberikan sepenuh perhatiannya pada buku di hadapannya.

" LUCENA!!" Henry tanpa mengalah menjerit memanggil nama Lucena berulang kali.

Pada mulanya, Lucena hanya mengabaikan sahaja panggilan Henry tapi lama kelamaan hatinya tidak tega membiarkan Henry memaksa dirinya sebegitu rupa. Tekad Henry sukar untuknya patahkan.

Lucena bangkit menutup buku yang dibacanya dengan kasar menyebabkan Edward tersentak.

" Maafkan patik menggangu tuanku belajar. Patik terpaksa keluar. Patik minta diri dulu." Lucena segera beredar dari bilik belajar Edward lalu turun menghadap Henry di luar pagar.

" Tuan puteri, patik sudah pun menghalang Yang Mulia tetapi-"

" Tidak mengapa.. Biar saya sahaja yang uruskannya.."

" Lucena.." Henry memandang sayu wajah dingin Lucena.

Pagar yang memisahkan mereka berdua di buka perlahan. Tanpa sempat Lucena membuka mulut, Henry dengan pantas memeluk tubuh Lucena.

Lucena tergamam, tubuhnya kaku di dalam pelukan hangat Henry. Air mata Lucena bergenang di tubir mata. Tangannya digenggam erat melawan perasaannya ingin membalas pelukan Henry.

" Lepaskan patik."

" Tidak."

" Archduke Henry!"

" Saya takkan pernah lepaskan awak, Lucena!" Henry memeluk erat tubuh wanita yang dia cintai sepenuh hatinya.

Sekali lagi, Lucena tergamam. Tanpa dapat ditahan, air matanya perlahan menitis di pipi.

" Saya takkan pernah lepaskan awak, Lucena..." bisik Henry.

Lucena hanya diam. Hatinya sakit mendengar kata-kata yang baru sahaja diluahkan oleh Henry. Segala kenangan pahitnya di masa lalu berlayar di minda. Henry yang mengabaikannya, Henry yang kasar dengannya, Henry yang melepaskan genggaman tangannya, Henry yang mencintai wanita lain selain dirinya, Henry yang pergi meninggalkannya. Kini merayu meminta untuk tidak dilepaskan. Sungguh disaat ini Lucena ingin ketawa.

" Kenapa awak berubah, Lucena?" bisik Henry apabila tidak menerima sebarang respon dari Lucena.

" Kenapa patik berubah?" Lucena ketawa sinis.

" Tuanku sepatutnya tanya diri tuanku sendiri kenapa patik berubah... Apa sebabnya patik berubah... Apa yang membuatkan patik berubah.." ujar Lucena dingin.

Henry melepaskan pelukannya. Kedua belah bahu Lucena dipegang.

" Berikan saya masa... Hanya sedikit masa lagi, Lucena.. Dan semuanya akan kembali seperti sedia kala.."

" Kenapa patik harus memberi tuanku masa? Untuk apa? Untuk tuanku bermain kasih dengan perempuan itu?"

" Lucena, awak tak faham.."

" Jelaskan sehingga patik faham, tuanku." Lucena menatap tajam ke arah anak mata Henry.

" Lucena..."

" Kenapa harus patik berikan masa untuk tuanku bersama dengan perempuan itu? Sedangkan tuanku dapat bersama dengan perempuan itu buat selamanya dan kenapa harus diberikan sedikit masa untuk bersama?" soal Lucena sinis.

" Saya cintakan awak, Lucena.."

" Tidak... Tuanku tidak cintakan patik..."

" Saya betul-betul cintakan awak, Lucena.." Air mata Henry mengalir membasahi pipinya.

" Sekiranya benar tuanku cintakan patik.. Tuanku takkan tergamak memeluk perempuan lain di hadapan patik... Tuanku juga takkan tergamak mengenggam tangan wanita lain di hadapan wanita yang tuanku cintai.." ujar Lucena. Dadanya terasa sakit ketika ini.

Henry kembali memeluk Lucena. Dia tahu ini semua salahnya tetapi disaat ini dia ingin Lucena faham akan dirinya.

" Antara Lucena Eleonora atau Juliana Darla... Siapa yang tuanku pilih?" soal Lucena.

Henry tersentak apabila dirinya diberi pilihan yang sukar untuk dia pilih. Dia terdiam seribu bahasa. Pelukan dilepaskan, matanya sayu memandang wajah dingin Lucena.

Kebisuan Henry ketika ini membuatkan hati Lucena sakit. Begitu sukarkah Henry ingin memilih antara dia dan perempuan itu?

" Patik tahu siapa yang tuanku pilih..." Lucena berundur beberapa langkah menjauhi Henry.

" Patik minta diri dulu... Patik harap tuanku bahagia dengan pilihan tuanku.."

Tanpa menunggu balasan daripada Henry, Lucena segera melangkah meninggalkan Henry.

Henry tidak mampu menghalang Lucena. Setiap langkah Lucena meninggalkannya bagaikan pisau menikam jantungnya. Henry jatuh terduduk di tanah. Disaat-saat terakhir ini dia masih tidak mampu memilih wanita yang dia cintai.

Kaki Lucena terasa lemah ketika ini. Beatrice yang mengikutinya segera meninggalkan Lucena apabila melihat langkah kaki Lucena terhenti.

Lucena jatuh terduduk menahan rasa sakit yang menusuk didadanya. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah serta merta membasahi wajah. Tangannya naik menyentuh dadanya yang sakit sedari tadi.

" Saya cintakan awak, Henry..."

" Saya sangat mencintai awak, Henry.."

Lucena menangis hiba. Melihat air mata Henry tadi sudah cukup merobek jantungnya apatah lagi mendegar rayuan pilu Henry. Tetapi hatinya sakit apabila Henry tidak mampu memilihnya. Jika benar Henry mencintai kenapa Henry tidak mampu menyebut namanya.

" Awak cintakan saya tetapi cinta awak membunuh saya.." rintih Lucena perlahan.




REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now