10: PERTEMUAN

1.4K 106 1
                                    

" Selamat pagi, tuanku. Patik, Lucena Eleonora Rodriquez datang memberi salam kepada matahari kecil Earthland." ucap Lucena dengan penuh sopan-santun.

" Awak tak perlu terlalu formal dengan saya.. lagipun saya ini adalah kotoran bagi keluarga Frans Adam.." ujar Edward tanpa memandang wajah Lucena.

" Walaupun begitu darah yang mengalir dalam tubuh tuanku tetaplah darah keluarga Frans Adam... Tuanku juga harus ingat tentang itu." balas Lucena.

" Apa yang awak nak?" soal Edward tanpa basa-basi.

Ini adalah kali pertama seorang bangsawan terhormat seperti Lucena datang menemuinya secara bersemuka di istana terbiar ini. Bertahun lamanya dia tinggal terkurung di sini untuk pertama kalinya dia menerima tetamu di tempat usang ini.

" Patik akan menjadi guru tuanku... Patik juga akan tinggal di sini bersama-"

" Apa maksud awak menjadi guru kepada saya?" soal Edward lalu memandang wajah Lucena.

" Nampaknya, Raja Edrian belum lagi memaklumkan hal ini kepada tuanku."

Edward hanya diam menatap wajah manis Lucena. Bibir Lucena mengukir senyuman tipis apabila melihat wajah tertanya-tanya Edward. Melihat keadaan Edward sekarang ini yang hanya berpakaian lusuh, tubuhnya yang kurus dan keadaan bilik yang tidak terurus jelaslah bahawa selama ini dia memang diabaikan seratus peratus oleh pihak istana. Kejam? Ia itulah yang Lucena fikirkan sekarang ini.

" Patik akan menjadi guru tuanku. Segalanya tentang tuanku juga patik yang akan uruskan. Tuanku jangan bimbang.. Patik sudahpun mendapat keizinan daripada Raja Edrian untuk membantu tuanku.." jelas Lucena dengan senyuman di bibir.

" Tapi kenapa?"

" Kerana tuanku merupakan matahari kecil kerajaan Earthland."

Jawapan daripada Lucena sedikit menyentak Edward. Mata ungunya menatap redup mata merah ruby itu. Haruskah dia percaya dengan kata-kata Lucena sebentar tadi? Inilah kali pertama dia menerima layanan selayaknya seorang putera dari seseorang. Bahkan pelayan istana dengan darjat yang hina juga tidaklah melayani dirinya sepertimana Lucena melayaninya.

" Saya... Tidak perlukan pertolongan awak.." ujar Edward lalu memalingkan wajahnya daripada melihat wajah manis Lucena.

" Patik tidak perlukan persetujuan daripada tuanku.. Ini adalah pilihan patik sendiri dan patik tidak perlu meminta pandangan daripada tuanku... Tuanku hanya perlu patuh menerima apa yang patik berikan pada tuanku... Itulah yang seharusnya tuanku lakukan.." balas Lucena.

" Awak-"

" Tempat ini tidak sesuai untuk kesihatan tuanku. Patik akan uruskan bilik tuanku. Dan istana ini juga, patik akan menguruskannya. Tuanku hanya perlu duduk diam dan belajar. Ouh dan satu lagi, tuanku jangan risau semua perbelanjaan ini pihak istana akan uruskan. Jadi, tuanku tidak akan berhutang dengan keluarga kami. Patik senang akan hal itu kerana tidak perlu mengeluarkan walau sesen pun wang keluarga Rodriquez. Ouh dan maafkan patik.." Lucena segera mendekati Edward lalu menarik tangan Edward menuju ke bilik air.

" Apa yang awak-"

" Tuanku harus mandi segarkan diri... Ini baju tuanku. Patik belikan untuk tuanku tetapi mengikut ukuran baju abang patik kerana patik tak tahu ukuran tubuh tuanku. Ouh, lepas mandi nanti tuanku harus turun ke bawah untuk sarapan bersama kerana patik belum lagi sarapan.Dan satu lagi, selepas sarapan kita akan keluar menuju ke kota untuk membeli beberapa benda yang penting untuk tuanku. Jangan risau, semuanya atas Raja Edrian." terang Lucena panjang lebar lalu meninggalkan Edward termangu sendirian di dalam bilik air.

Lama Edward menatap baju yang dibelikan oleh Lucena kepadanya. Perlahan bibir itu mengukir senyuman tipis sambil menghidu bauan harum dari baju tersebut.

Edward yang selesai mandi itu akhirnya turun ke bawah menemui Lucena. Lucena yang sedari tadi menunggu Edward terpegun melihat Edward memakai pakaian yang dia belikan untuk Edward. Nampaknya pilihan dia tidaklah begitu buruk.

" Silakan duduk, tuanku." ujar Lucena sambil menarik kerusi di bahagian tengah itu.

" Ini sarapan yang di buat oleh tukang masak keluarga Rodriquez. Maaflah kalau tidak menepati selera tuanku." ujar Lucena lagi.

Mata Edward bersinar melihat makanan yang terhidang mewah di hadapan matanya. Ini pertama kali baginya melihat makanan semewah ini terhidang di hadapannya. Selama ini dia hanya memakan roti keras bersama dengan air kosong.

" Silakan, tuanku."

Edward kembali memandang wajah Lucena. Satu senyuman terukir indah di wajah Edward, seolah-olah dia ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada Lucena. Dia kemudian mula menyantap makanan di hadapannya dengan penuh selera.

Lucena tergamam melihat senyuman yang dipamerkan oleh Edward. Entah kenapa dia berasa simpati melihat keadaan Edward ketika ini.

Saya akan jaga dan lindungi, tuanku.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now