18: PROUD

1.1K 87 0
                                    

" Kita mulakan persidangan ini?" soal Archduke Albert Gevariel memerhati tiga pembesar terpengaruh iaitu keluarga Rodriguez, Julius dan Lawrence.

Putera kedua, Evoke dan putera ketiga iaitu Edmond hanya diam menanggukkan kepalanya. Kesemua mata mereka tertumpu ke arah Raja Edrian yang diam membisu dan hanya memandang ke arah pintu masuk bilik mesyuarat mereka.

" Yang Maha Mulia?" Albert menyeru Raja Edrian yang sedikit pun tidak beralih pandangannya ke arah pintu itu.

Raja Edrian diam tidak membalas panggilan Albert. Oleh kerana terlalu lama menunggu akhirnya Raja EDrian mengeluh berat.

" Silakan-"

" Mengumumkan ketibaan, Putera keempat, Edward Frans Adam dan tuan puteri, Lucena Eleonora Rodriguez memasuki ruangan!"

Semua yang berada disitu terkejut apabila mendengar baris nama itu. Mata mereka terarah tepat pada muka pintu. Wajah Edward menyapa ruang mata mereka.

Raja Edrian senyum kecil apabila melihat wajah puteranya.

" Beraninya kamu- Kenapa tiba-tiba kamu datang pada masa genting ini?! Siapa yang izinkan-"

" Beta yang mengizinkannya." ujar Raja Edrian tegas memotong bicara Albert.

" Tapi tuanku, putera keempat anak-"

" Anak apa? Anak hina? Anak kotor?" soal Raja Edrian menatap tajam ke arah Archduke Patrick Julius.

" Ayahanda! Dia adalah penghinaan keluarga diraja! Kenapa ayahanda membawa masuk anak hinaan itu ke sini?" Evoke bersuara lantang. Hatinya sakit apabila melihat wajah tenang Edward yang langsung seperti tidak terkesan dengan situasi tegang ini.

Archduke Lopez Emanuel Rodriguez dan Archduke Henry Davidson Lawrence hanya diam tidak bersuara. Lagipun situasi ini tidaklah seteruk mereka bersidang membicarakan masalah yang dihadapi rakyat atau hal-hal politik yang lainnya.

" Jaga percakapan kamu, Evoke!" herdik Raja Edrian.

Semua yang berada disitu terdiam apabila melihat kemurkaan Raja mereka.

" Masuk." arah Raja Edrian kepada Edward dan Lucena.

Edward mengambil tempat bersebelahan dengan Archduke Lopez manakala Lucena pula duduk bersebelahan dengan Archduke Henry dan bertentangan dengan Putera Evan.

Albert dan Patrick terpaksa akur lalu duduk di tempat mereka. Suasana tegang mulai terasa di sekitar mereka.

" Tuan puteri. Silakan." Raja Edrian memandang wajah tenang Lucena.

" Baiklah." Lucena menayangkan senyuman manisnya sambil menatap wajah-wajah pembesar dan putera Frans Adam.

~~~~

Persidangan untuk kali pertama bersama dengan para pembesar berjalan dengan lancar. Edward yang pertama kali muncul secara bersemuka dengan para pembesar itu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Evoke berasa dirinya di hina dengan sengaja melanggar Edward menyebabkan Edward hampir terjatuh namun sempat ditahan Lucena.

" Maafkan saya."

" Tidak apa-apa ia bukan salah tuanku." Lucena senyum kecil.

" Putera Edward. Puteri Lucena."

Langkah kaki Edward dan Lucena mati apabila Raja Edrian menyeru nama Edward. Mereka berpaling menghadap Raja Edrian.

" Patik menghadap Matahari Kerajaan Earthland." sapa Edward dan Lucena serentak sambil membongkokkan tubuh mereka.

" Beta berbangga dengan kamu berdua." ujar Raja Edrian sambil menepuk bahu Edward.

" Semua ini berkat sokongan yang diberikan tuanku." Edward senyum kecil.

Raja Edrian diam menayangkan senyuman tipisnya. Anak yang dia sayangi tetapi diabaikan kerana perspektif orang ramai menyebabkan dia kehilangan permata terindah di kerajaan ini.

" Beta tidak membantu banyak.. Kalau bukan kerana keluarga Rodriquez, beta takkan mampu melindungi kamu." Raja Edrian memandang redup ke arah wajah Edward.

Maafkan ayahanda kerana tidak mampu menjaga kamu...

Lucena hanya diam dan tersenyum tipis mendengar perbualan dua beranak itu. Lagipun dia langsung tiada hak untuk menyampuk.

" Petang nanti.. Kalau kamu berdua ada masa.. Silalah ke istana utama..." Raja Edrian menyudahkan perbualannya.

" Baiklah tuanku.." jawab Edward dan Lucena serentak.

Mereka hanya menghantar bayangan Raja Edrian menuju ke istana utama. Seketika kemudian terdengar bibir Edward mengeluarkan keluhan berat.

" Tuanku tak apa-apa?" soal Lucena.

" Saya tak apa-apa.. Terima kasih sebab selalu ada bersama saya... Kalau tak, saya takkan mampu menghadapnya sendiri.."

Lucena hanya senyum tidak membalas kata-kata Edward. Dia tahu ini adalah hanya sementara sahaja. Selepas Raja Edrian memilih Edward sebagai Puteri Mahkota, tugasnya membimbing Edward sudah selesai. Tiada alasan yang jelas untuknya terus berada di sisi Edward. Lagipun keluarga Rodriquez tidak pernah berminat ingin mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja kerana risikonya amat tinggi. Oleh itu keluarganya telah membuat perjanjian dengan raja-raja terdahulu agar nama keturunan anak perempuan mereka nanti tidak dimasukkan sebagai senarai calon puteri mahkota atau tidak mengahwini mana-mana kerabat diraja.


REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now