30: PEMURAH

987 82 2
                                    

Majlis pada malam itu sungguh meriah. Banyak bangsawan dari kelas-kelas yang berbeza datang pada malam itu. Suara-suara memenuhi ruangan dewan utama, membicarakan sosok Bakal Raja mereka. Ada yang membantah, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak kisah dengan hal itu asalkan dapat meneruskan hidup seperti sedia kala. Pokoknya, Putera Edward Frans Adam merupakan watak utama setiap perbicaraan ramai orang yang berada di majlis itu.

" Mengumumkan ketibaan Tuan puteri Lucena Eleonora Rodriguez dan Tuan Muda Eric Kenneth!"

Semua mata terarah ke muka pintu, menyambut kehadiran satu-satunya puteri keluarga Rodriquez. Mereka mulai berbisik sesama sendiri setelah melihat wajah lelaki asing yang mendampingi Lucena. Wajah itu tidak pernah mereka lihat sama sekali. Lebih-lebih lagi dipergaulan kelas atas. Figura lelaki yang mendampingi Lucena menjadi tanda tanya rakyat bangsawan.

" Nampaknya mereka teruja dengan kedatangan awak." seloroh Lucena.

" Mungkin kerana wajah aku yang tampan." balas Eric dengan bersahaja.

Lucena ketawa kecil. Berpura-pura menayangkan wajah senang padahal di hati terbakar dengan kata-kata Eric. Hal ini kerana mereka sepatutnya tiba sejam lebih awal namun Eric tiba-tiba sahaja membuat onar. Lucena tidak menyangka bahawa Eric adalah seorang yang sangat cerewet apabila membuat pilihan bajunya. Hampir sahaja Eric merajuk tidak mahu menghadiri majlis ini sekiranya baju itu tidak sesuai dengan selera iblisnya. Mereka membuang masa lebih dua jam hanya dengan memilih baju yang sesuai untuk Eric dan 3 jam untuk mendandani rambut panjang Eric. Lucena ketika ini betul-betul mencapai had kesabarannya dengan tingkah laku Eric yang langsung tidak merasa bersalah atas kelewatan mereka.

" Adakah anak itu pergi?" soal Eric setelah mengambil dua gelas wine merah lalu diberikan kepada Lucena.

" Siapa?" Lucena berkerut dahi mendengar soalan Eric.

" Bekas tunang kau."

" Entah." Lucena mengangkat bahunya.

" Mengumumkan ketibaan Archduke Henry Davidson Lawrance dan tunangannya Cik Muda Juliana Darla."

Sama seperti situasi Lucena tadi, semua mata-mata tertumpu pada pasangan itu. Berbisik sesama sendiri membicarakan kehadiran gadis di sisi Henry. Gadis yang dahulunya hangat dibicarakan ketika Henry membuat kejutan membawa gadis itu pulang ke rumah agamnya semasa dia menjalinkan hubungan dengan Puteri Rodriquez.

Eric senyum sinis melihat wajah Henry dan Juliana. Dua insan yang pernah menjadi masa lalu tragis Lucena. Matanya kemudian menatap wajah bersahaja Lucena yang asyik menikmati winenya.

" Kau langsung tidak terganggu dengan kehadiran mereka." ujar Eric tiba-tiba sahaja menyentuh loket rantai di leher Lucena.

" Sudah tentu saya tidak merasa terganggu. Lagipun mereka bukannya ada kaitan dengan hidup saya sekarang." balas Lucena lalu menepis perlahan tangan Eric yang melekat di loket lehernya.

" tolong jaga sopan santun awak." Lucena menjeling tajam ke arah Eric menyebabkan Eric ketawa kecil melihat panahan mata Lucena.

Keakraban yang ditunjukkan Lucena dan Eric di khalayak ramai membuatkan Henry merasa tercabar. Hati lelakinya tercabar dengan sikap Eric yang sesuka hati menyentuh Lucenanya. Namun Eric langsung merasa tidak terganggu dengan jelingan tajam Henry begitu juga Lucena. Mereka malah lebih berkelakuan terbuka menunjukkan keakraban mereka.

Setelah lama menunggu akhirnya Putera Mahkota muncul bersama dengan Raja dan Permaisuri. Semua yang berada di situ membongkokkan sedikit tubuh mereka tanda hormat kepada pemerintah dan bakal raja mereka.

Lucena senyum bangga melihat Edward dengan yakin berdiri di atas balkoni menghadap rakyat jelatanya. Edward berucap dengan penuh semangat, mengatakan sumpah setianya kepada Earthland dan berjanji akan menjaga kebajikan rakyatnya selaku Bakal Raja Earthland.

Mendengar ucapan yang penuh berwibawa daripada Edward semua yang berada di situ memberikan tepukan yang gemuruh yang mampu mengegarkan dewan utama ini. Sorakkan dan laungan nama Edward bergema di seluruh dewan utama.

Lucena turut bertepuk tangan dan tersenyum senang melihat keyakinan yang ditunjukkan Edward. Kini, hatinya sedikit merasa lapang setelah berjaya menentang takdir Earthland pada masa akan datang. Dia juga berharap takdirnya juga berubah.

Majlis pada malam itu diteruskan dengan tari-menari. Lucena hanya duduk melepaskan lelah setelah melayani gadis bangsawan yang sibuk bertanyakan tentang Eric. Eric pula menyibukkan dirinya di bahagian makanan.

Juliana tiba-tiba sahaja datang lalu duduk di sisi Lucena.

" Selamat petang, tuan puteri." sapa Juliana dengan senyuman.

" Selamat petang."

Suasana di sekitar Lucena dan Juliana menjadi hening. Ada mata dan mulut sibuk memerhati dan berbisik melihat mereka.

" Ada urusan apa Cik Juliana datang berjumpa saya?" soal Lucena tanpa memandang wajah Juliana.

" Patik hanya ingin melepaskan lelah." balas Juliana.

" Lelah menari bersama Henry." sambung Juliana lagi.

Tiba-tiba sahaja Lucena ketawa kecil.

" Ouh... Benarkah?"

Juliana hanya senyum senget apabila melihat Lucena ketawa.

" Itu bukan salah patik, tuan puteri! Patik bertunang dengan Henry kerana Henry mencintai patik! Patik minta maaf, tuan puteri! Patik mohon jangan hancurkan hidup patik, tuan puteri!" Juliana bersujud di kaki Lucena.

Orang ramai yang melihat keadaan itu masing-masing berbisik membicarakan perilaku buruk Lucena. Lucena hanya diam walaupun pada awalnya dia terkejut dengan tindakan luar biasa Juliana. Namun tidak lama bibir Lucena mengukir senyuman sinis.

" Kenapa? Awak merasa bersalah setelah merampas hak orang lain? Ataupun awak merasa bersalah kerana menjadi seorang perampas? atau awak merasa bersalah kerana berbangga menjadi seorang perampas?" soal Lucena dengan nada sinisnya.

Juliana menbisu.

" Adakah awak bisu?" soal Lucena lagi apabila melihat Juliana tidak membalas kata-katanya. Dia kemudian menyilangkan kakinya menyebabkan tapak kakinya berada tepat di kepala Juliana.

" Patik cuma ...rasa yang patik ...patut merasa ber..salah... kerana.. patik punca... erk..tali pertunangan... tuan pueri.. putus.." jawab Juliana dengan tergagap-gagap apabila dia tidak berjaya mengenakan Lucena.

" Yahh! Setiap orang berhak menjadi bodoh tetapi awak , Cik Juliana Darla, sudah menyalahgunakan hak istimewa itu." ujar Lucena dengan nada bersahaja.

" Jangan risau.. awak bukanlah punca kami berpisah.. Saya dulukan pernah berkata... Saya adalah seorang yang pemurah lagikan dermawan... Suka berbagi barangan yang saya tidak perlukan kepada orang yang berada di bawah tapak kaki saya.. Ermm maksud saya orang yang susah atau orang yang kekurangan kasih sayang atau miskin.." ujar Lucena lagi menyebabkan Juliana mendongak memandang wajah Lucena namun pandangannya terhalang dengan tapak kaki Lucena

Lucena memiringkan sedikit kepalanya menatap wajah Juliana di sebalik kakinya, dia senyum senang lalu berdiri ingin meninggalkan Juliana yang terpinga-pinga sendirian.

Lucena bukanlah orang yang mempedulikan tanggapan orang lain padanya. Tindakan Juliana yang ingin mempermalukannya adalah tindakan yang bodoh dan keanak-anakkan.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora