54: MELUAP

866 74 6
                                    

2 Bulan kemudian

" Adakah tuanku bahagia?" soal Lucena tiba-tiba apabila melihat ketekunan Edward memilih corak pada gaun pengantinya. Edward tersentak apabila Lucena menyoalnya begitu. Semua yang berada di bilik tersebut memandang wajah bersahaja Lucena.

Edward kemudian memandang wajah pereka baju itu. " Kamu semua boleh keluar."

Pereka baju itu perlahan tunduk lalu keluar seperti yang diarahkan Edward bersama dengan pelayan-pelayan istana yang turut membantu dalam pemilihan baju pengantin Raja dan Bakal Permaisuri Earthland.

Lucena beriak tenang menyisip teh hangat. Edward menatap wajah manis di hadapannya lalu tersenyum.

" Saya sangat bahagia, Lucena..." jawab Edward dengan senang hati.

Lucena senyum tipis lalu meletakkan cawan teh itu di atas meja. Matanya kemudian melirik ke arah gaun pengantin yang masih lagi belum sempurna. Dia perlahan bangkit lalu menyentuh kain renda dengan lembut.

Hati Edward berasa berbunga apabila melihat Lucena menyentuh baju pengantin itu dengan senyuman di wajahnya. Seakan-akan Lucena tidak sabar menanti hari besar mereka berdua.

" Awak suka?" soal Edward apabila melihat Lucena membelai gaun pengantin itu.

Lucena senyum tipis sambil matanya tidak lepas memandang gaun itu. " Suka... Cantik..."

Edward senyum lalu bangkit mendekati Lucena.

" Cita rasa awak sangat luar biasa, Lucena.. Gabungan merah dan hitam sangat unik dan menarik... Nampaknya kita adalah pasangan pertama yang memakai baju pengantin bertemakan merah dan hitam.." Edward ketawa kecil.

Lucena diam mengamati setiap corak bunga yang ada pada gaun itu. Gabungan manik merah dan hitam yang berkilau di bawah cahaya kelihatan sangat cantik dan menarik.

" Awak kelihatan sangat tidak sabar untuk memakainya.."

Lucena ketawa kecil. " Iya... Saya sangat menantikannya..."

Edward kemudian menatap baju pengantin mereka. Matanya bersinar-sinar begitu teruja menanti hari perkahwinan mereka, tiga minggu akan datang. Hari dimana Lucena rasmi menjadi isteri sahnya dan Permaisuri Earthland.

~~~~

Lopez senyum senang apabila melihat satu-satu puterinya bergurau senda dengan dua abang kembarnya, Leander dan Learco di taman belakang rumah mereka. Selama dua bulan ini, Lucena mulai beransur pulih daripada tragedi hitam itu. Dia tidak lagu berkurung di dalam biliknya dan menangis.

Lance yang baru sahaja tiba dari urusan luar itu tanpa sengaja melihat ayahnya tekun memerhati Lucena dan dua adik kembarnya.

" Ayah?" panggil Lance perlahan lalu berdiri di samping Lopez.

Lopez pantas mengelap sisa air matanya yang tumpah sebaik sahaja di tegur anak lelaki sulungnya. Dia kemudian mempamerkan senyuman tipis tanda menyahut panggilan anaknya.

" Kenapa ayah?" soal Lance, mata merah rubynya pantas menangkap mutiara jernih yang jatuh di pipi tua itu.

" Tak ada apa." Lopez senyum kecil lalu berdehem perlahan mengurangkan rasa kekok di hatinya.

Lance hanya senyum lalu matanya segera menatap wajah Lucena yang begitu gembira ketawa bersama abang-abangnya.

" Ayah... Senang dapat dengar suara manis Cena ketawa." ujar Lopez.

Lance diam. Matanya tidak lepas memerhati gerak-geri Lucena.

" Ayah masuk dulu.." Lopez kemudian menepuk perlahan bahu anaknya dan berlalu pergi.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now