37: TUMPAS

884 81 5
                                    

Lucena gigih menyelak setiap halaman buku mencari cara untuk membebaskan Eric daripada Henry.

Setiap helaian buku itu meninggalkan bekas titisan air mata Lucena. Dia hilang arah, malah dia tidak tahu harus berbuat apa ketika mindanya ligat memutarkan figura Eric yang diseret dan digari.

" Ini semua salah aku... Kenapa aku langsung tak fikir tentang Eric? Kenapa aku... Kenapa aku tak pernah fikir tentang Eric selama ini.." Lucena jatuh terduduk di atas lantai.

Lucena cuai. Dia langsung tidak pernah terfikir hal ini akan terjadi. Sistem kerakyatan Eric, dia tidak pernah memikirkan hal itu selama ini. Namun Lucena hairan, kenapa Henry tiba-tiba sahaja menyiasat latar belakang Eric sedangkan mereka tidak pernah berjumpa secara peribadi. Malah Eric tidak pernah menghadiri mana-mana majlis keramaian kecuali jika dia meminta Eric menemaninya.

Takkanlah Henry mulai curiga pada Eric  selama ini sedangkan mereka berdua hanya dua kali pernah bersua muka. Dia dan Eric juga jarang-jarang menunjukkan wajah di khalayak ramai tapi kenapa Henry tiba-tiba sahaja membuat onar.

Lucena mulai kusut. Kepalanya sakit memikirkan setiap alasan dan kecuaian dirinya.

" Walaupun begitu, ia tetap salah aku..." Lucena mengeluh berat.

Urusan pertunangan diserahkan seratus peratus kepada Edward. Lagipun dia sudah menguruskan hal lain hanya menunggu upacara pertunangan itu berlangsung.

Lucena benar-benar terkurung di dalam pejabatnya mencari cara untuk melepaskan Eric. Dia juga langsung tidak pernah keluar dari pejabatnya sejak dia tiba di sini semalam.

Ketukan di pintu menganggu fokusnya. Semakin lama dia membiarkannya, ketukan itu semakin kuat.

" Kenapa? Bukankah saya sudah berpesan tiada sesiapa dibenarkan menganggu saya saat ini?!" herdik Lucena. 

" Ma..maafkan patik tuan puteri tetapi tuan puteri ini penting.."

Lucena mengeluh. Perlahan dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas perlahan dan muncullah wajah penat Lucena menghadap bawahannya.

" Apa yang hendak awak sampaikan?" soal Lucena dingin.

" Cik Muda Markisa.... Beliau..." 

Lucena berkerut dahi melihat wajah serba salah dan ketakutan pekerjanya.

" Kenapa dengan Markisa?" soal Lucena pelik.

" Beliau ditemui mati dibunuh di bilik beliau sendiri.." 

Berita yang disampaikan oleh pekerjanya tadi bagaikan satu renjatan elektrik yang mengalir di tubuhnya. Lututnya mulai terasa lemah ingin menampung berat tubuhnya.

" Tuan puteri?!" pekerja segera memapah tubuh Lucena apabila dia hampir rebah ke lantai.

" Tuan puteri tak apa-apa?" soal pekerjanya panik.

" Ma..macam mana?" Lucena memejamkan matanya. Bayangan wajah pucat dan isi daging yang dikelar di leher Markisa semakin jelas kelihatan di mata dan mindanya.

" Cik Muda Markisa mati di bunuh malam semalam dan mayatnya ditemui oleh pelayannya pada waktu pagi... Kes ini sedang disiasat dengan lebih terperinci oleh Archduke Henry dan Putera Mahkota." terang pekerjanya sambil memapah Lucena ke sofa.

Kepala Lucena menjadi semakin sakit dan pening. Satu per satu masalah timbul. Terus menghimpit dirinya saat ini. 

" Leher... Adakah Cik Muda Markisa dikelar dilehernya?" soal Lucena lagi.

" Macam mana tuan puteri tahu yang Cik Muda Markisa mati dikelar di lehernya?"

Soalan Lucena dibalas dengan soalan dari pekerjanya. Namun itu cukup untuk memberikan jawapan pada soalannya. 

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now