4: ARCHDUKE HENRY

1.7K 123 4
                                    

" Ada apa-apa berita dari Lucena?" soal Henry sambil membelek dokumen di atas meja kerjanya.

" Tak ada, Tuanku.."

Jawapan daripada pembantu peribadinya membuatkan Henry berhenti membelek dokumen itu. Dia pasti khabar angin tentang Juliana sudah sampai ke kediaman keluarga Rodriquez.

" Surat daripada kediaman Rodriquez?" soal Henry lagi.

" Juga tidak ada, tuanku." jawab Zavier.

Henry menongkat dagunya, hairan dengan respon daripada Lucena dan keluarga Rodriquez.

" Henry...."

Tiba-tiba pintu pejabat Henry dibuka dari luar. Muncullah wajah anggun milik Juliana dibalik pintu itu.

Henry diam lalu menyambung kembali pekerjaannya. Zavier pula meminta diri keluar dari pejabat Henry.

" Awak ada masa lapang... Saya fikir nak jalan-jalan di sekitar rumah agam ni.." ujar Juliana dengan ceria.

" Saya banyak kerja." jawab Henry tanpa memandang wajah Juliana.

" Tapi Henry kan dah janji dengan ayah akan jaga Juliana baik-baik.." Juliana bersuara dengan tatapan yang berubah dingin.

" Saya banyak kerja, Juliana..." Henry memandang wajah gadis itu.

Mata Henry berlawan merenung anak mata Juliana.

" Okey." Henry bangkit dari kerusinya.

Juliana senyum lalu memaut lengan kanan Henry.

" Saya tahu awak takkan hampakan permintaan saya, Henry..."

Pagi itu, Henry meluangkan masanya bersama dengan Juliana. Pekerja yang berada di rumah agam Henry tidak begitu menyukai keakraban antara Henry dan Juliana. Semua orang tahu bahawa Henry sudahpun bertunang dengan Lucena tetapi kenapa Henry tergamak bermain kayu tiga dengan gadis rendahan itu malah gadis yang tidak jelas asal usulnya.

" Bagaimana ini? Kalau keluarga Rodriquez tahu habis kita.."

" Ya.. Sudahlah Tuanku Henry itu baru sahaja memegang jawatan sebagai Archduke di wilayah ini.. Kalau berita ini sampai di telinga Tuan Puteri Lucena masa depan wilayah ini akan hancur..."

" Saya tak mahu perempuan hina itu menjadi puan rumah ini..."

" Saya pun... Sudahlah asal usulnya tidak jelas.. Entah bagaimanalah Tuanku boleh membawanya pulang bersama..."

" Kita hanyalah pekerja di sini... Siapapun majikan kita... Kita tak ada hak untuk masuk campur.." Pelayan-pelayan itu terdiam apabila Joshua bersuara.

" Tapi Tuan Joshua... Tuanku Archduke tidak sepatutnya memperlakukan Tuan Puteri Lucena begini... Saya seorang perempuan saya tahu bagaimana perasaan Tuan Puteri Lucena jika Tuan Puteri mengetahui hal ini..." Hannah bersuara.

" Ya, Tuan Joshua..."

Joshua hanya mampu mendiamkan diri. Satu senyuman terukir di bibir Joshua.

" Saya yakin Tuan Puteri Lucena seorang yang kuat dan tabah... Kamu semua harus merisaukan diri kamu sendiri.. Takut nanti disebabkan hal ini kamu semua akan dipecat.." ujar Joshua lalu meninggalkan pelayan-pelayan tersebut.

Dalam perjalanan dia hendak menuju ke pejabat Henry tiba-tiba matanya menangkap figura Juliana bersama dengan Henry di taman bunga.

Wajah Henry hanya menayangkan riak bosannya. Juliana pula sedang tersenyum riang bermain dengan bunga-bungaan yang berada di taman tersebut.

Joshua tahu Henry orang yang komitmen terhadap kerjanya. Dia tahu Henry takkan sia-siakan waktu untuk bermain dan melakukan hal yang tidak penting kecuali bersama Lucena.

Tetapi saat ini gadis itu bukanlah Lucena Eleonora, tunangan yang Henry cintai sepenuh hatinya.

" Kenapa mesti bertindak sejauh ini, Tuan Henry.." keluh Joshua perlahan.

Tanpa sedar mata Joshua bertembung dengan mata Henry. Joshua dengan pantas menunduk hormat pada Henry lalu melangkah meninggalkan Henry bersama dengan Juliana.

Henry hanya memandang sayu langkah Joshua. Dia tahu bahawa Joshua dan Zavier kesal dengan tindakannya. Namun hanya ini yang mampu dia lakukan untuk melindungi Lawrence.

Henry juga tahu Lucena kecewa dengannya. Entah apa yang dilakukan Lucena ketika ini pun dia sendiri tidak tahu. Semasa kepulangannya di Earthland ini pun Lucena tidak berjumpa dengannya apatah lagi mengirimkannya surat.

" Henry... Nantikan saya nak awak tanam bunga Ester... Bunga ni nampak hodoh tak sesuai ditanam kat sini..." ujar Juliana bersahaja.

Henry berasa marah apabila mendengar ayat yang terpancul keluar dari bibir Juliana.

" Awak tak ada hak nak cakap macam tu, Juliana." ujar Henry menahan amarahnya dari meletus.

Juliana hanya senyum tipis apabila melihat wajah bengis Henry.

" Henry... Awak dah lupa perjanjian kita... Hmmmm.." Juliana mendekati Henry lalu jari jemarinya bermain di dada bidang Henry.

" Masa depan Lawrence di tangan saya..." bisik Juliana di telinga Henry.

" Ingat Henry... Tindakan awak penentu masa depan LAWRENCE." Juliana senyum sinis lalu meninggalkan Henry yang termangu di situ.

Henry menggenggam erat tangannya. Wajah diraup kasar.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now