8: PAIN

1.5K 115 12
                                    

" Susah betul nak berjumpa dengan tunang sendiri sekarang.." perli Henry sambil menyisip teh hangatnya.

Lucena hanya tersenyum kecil apabila diperli oleh Henry. Dia hanya duduk diam merenung wap teh hangat itu.

" Apa khabar, Lucena?" soal Henry apabila melihat tunangnya itu berdiam diri.

" Patik baik-baik sahaja, Tuan Archduke.." jawab Lucena dengan nada formal.

Henry mengeluh kecil apabila menerima layanan dingin Lucena.

" Saya boleh jelaskan tentang khabar-"

" Tak perlu. Itu hal tuanku.. Tak ada kaitan dengan patik..." potong Lucena dengan segera membuatkan Henry tersentak.

" Lucena..."

" Tuanku.. Jika tiada hal yang penting ingin tuanku bicara pada patik. Rasanya lebih baik patik pulang ke rumah. Ada banyak hal yang ingin patik uruskan." ujar Lucena tanpa berselindung lagi.

" Lucena.. Saya tahu awak marahkan saya-"

" Ouh, tentang hal itu. Ya, patik marahkan tuanku. Kerana tindakan tidak berasas tuanku, nama keluarga kami turut tercalit kotoran berita itu. Lebih baik tuanku redakan khabar angin itu kerana patik tidak mahu nama patik, nama keluarga patik tercemar disebabkan tindakan bodoh tuanku. Ouh dan lagi satu..." Lucena segera mengeluarkan satu helaian kertas lalu diletakkan di atas meja.

" Ini adalah surat perjanjian keluarga kita. 'Nombor 18 (5) Jika salah seorang daripada mereka sudah pun mempunyai kekasih hati dan berniat untuk mengahwininya maka pertunangan ini akan terbatal namun atas kehendak kedua belah keluarga dan juga mesti mendapat perkenan baginda raja pada masa itu.' Patik harap tuanku faham dan hadamkan kontrak yang tertera di dalam surat perjanjian itu." ujar Lucena sambil menanyangkan senyuman manisnya.

" Lucena-"

" Henry~~~~"

Kedua-dua mereka terpaling memadang ke arah pintu sebaik sahaja terdengar suara seorang gadis yang menjerit manja memanggil nama Hnery.

" Saya nak masuk tapi pelayan awak halang.." adu Juliana sambil duduk memegang lutut Henry.

Lucena yang melihat agenda itu hanya mampu tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. Sakit hati? Tidak. Itu hanya membuang masa dan tenaganya untuk sakit hati. Lagipun ada banyak benda yang dia ingin buat selain memikirkan benda remeh ini.

" Patik minta maaf, tuanku.. Patik ada banyak kerja nak diuruskan... Terima kasih kerana menjemput Patik... Patik minta diri dulu.." usai sahaja berkata demikian Lucena dengan segera berdiri.

" Awak... Tunangnya Henry?" soalan daripada Juliana menyebabkan langkah Lucena terhenti.

Lucena senyum memandang wajah polos Juliana.

" Tidak. Kami hanya rakan perniagaan biasa sahaja." jawab Lucena tenang lalu segera keluar dari situ. Jawapan daripada Lucena menyentak tangkai jantung Henry.

" Tunggu dulu.." Henry bangkit ingin mengejar Lucena namun lengannya di tahan oleh Juliana.

" Henry.." Juliana memandang wajah Henry yang sedang gelisah.

Henry berbelah bahagi ingin mengejar Lucena atau tetap bersama dengan Juliana.

" Lepaskan saya Juliana.."

" Tak.. Saya takkan lepaskan awak.. Awak milik saya Henry.." balas Juliana dengan tatapan dingin.

Henry memejam matanya rapat. Dia dengan kasar merentap lengannya melepaskan pegangan erat Juliana. Baru sahaja dia ingin melangkah tubuhnya dipeluk erat oleh Juliana dari arah belakang.

" Ingat, Henry.. Lawrence dalam genggam saya..." bisik Juliana dengan sinis di telinga kiri Henry.

Henry kaku di tempatnya. Bayangan tubuh Lucena mulai menghilang dari pandangan matanya.

Maafkan saya, Lucena...

Langkah kakinya terhenti setelah merasa sedikit jauh dari tempat pertemuan antara dia dan Henry.

" Kau okay?"

Lucena segera mengangkat wajahnya memandang wajah Eric.

"Saya okay.." jawab Lucena dengan lemah.

" Kau nak aku bunuh mereka?" soal Eric dengan nada serius.

Lucena yang mendengar kata-kata Eric sedikit merasa geli hati. Dia melepaskan tawa kecilnya lalu memaut mesra lengan Eric dan perlahan mengorak langkah.

" Tak payah... Lagipun kematian mereka tak begitu berbaloi..." jawab Lucena. Hatinya merasa tenang sedikit apabila berbual dengan Eric.

" Pelik.. Manusia memang pelik.."

Lucena menggelengkan kepalanya mendengar rungutan Eric.

" Saya ada berita baik.."

" Apa dia?"

" Saya dah jumpa sesuatu yang menguntungkan baginda..."

" Betul ke? Apa tu?"

" Putera ke-4. Putera Edward Frans Adam.."

" Kenapa dengan dia?" soal Eric pelik menyebabkan langkahnya terhenti memikirkan jawapan Lucena tadi.

Lucena hanya senyum tanpa menjawab soalan Eric. Lucena dengan segera berlari menuju ke arah kereta kuda tersebut meninggalkan Eric yang masih lagi terpinga-pinga sendirian.

" Kejap! Lucena! Apa maksud kau dengan putera ke-4?!" jerit Eric.

" Oi! Kurang ajar! Kau tinggal aku... Dasar manusia tak kenang budi... Lucena!"

Lucena ketawa besar lalu melajukan kakinya berlari ingin mendapati kereta kuda itu. Eric dari jauh mengejar langkah Lucena menjerit memintanya memberikan jawapan yang jelas tentang putera yang dimaksudkan oleh Lucena.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now