24: LAWRANCE

1K 81 2
                                    

Henry bersandar lemah di kerusi pejabatnya. Tangannya naik ingin mengapai potret Lucena yang berada di sudut mejanya. Namun melihat sahaja wajah Juliana menghiasi bebola matanya dengan pantas dia membaling potret tersebut ke dinding.

Henry bangkit lalu berteriak memanggil pelayan yang menggemas bilik pejabatnya ketika dia tiada.

" Siapa yang lakukannya?!"

" Maafkan patik, tuanku. Ini arahan dari Cik Muda Juliana. Beliau arahkan agar kesemua potret tuan puteri dibuang." ujar pelayan tersebut tergetar-getar.

" Aku majikan kamu atau perempuan itu?!" Henry berang. Dia menumbuk mejanya.

" Maafkan patik. Patik terpaksa tuanku. Jika tidak Cik Muda akan pecat patik.. Maafkan patik..."

" Henry sayang~~" Julaina muncul sambil menayangkan senyuman manisnya mendekati Henry.

Tanpa amaran, leher Juliana menjadi mangsa cekikkan Henry.

" Apa lagi yang kau nak? Tak cukup kau hancurkan hubungan aku dengan Lucena sekarang kau nak rampas kuasa aku dalam rumah ini?!"

Juliana senyum tipis. Perlahan tangannya naik membelai tangan Henry.

Henry dengan pantas melepaskan leher Juliana. Jijik apabila tangannya dibelai oleh Juliana.

" Henry.... Ini semua untuk kebaikan Lawrance..." ujar Juliana lalu mendekatkan jarak antara mereka.

" Esok.. Ayah akan datang ke sini... Melawat anak gadis kesayangannya... Juliana hanya buat apa yang patut sahaja..."

Henry mengetap rahangnya. " keluar."

Juliana hanya senyum lalu segera keluar dari ruang pejabat Henry termasuk para pelayan tadi.

Di luar pejabat Henry terdengar suara amukannya. Pelayan yang lain menggigil ketakutan mendengar amukan Henry. Ini pertama kalinya mereka mendengar amukan dasyat dari majikan mereka. Selama ini Henry selalu tenang namun sejak kehadiran Cik Muda Juliana semuanya berubah. Rumah ini bertukar suram. Suasana tenang dan hangat yang menyelubungi Rumah Agam ini telah dibunuh oleh Juliana Darlas Lawrance.

~~~~

" Selamat datang Pak cik Luke." sambut Henry dengan senyuman tipisnya.

" Suasana rumah ini masih tidak berubah." ujar Luke tanpa riak wajah.

Mereka kemudian menuju ke bilik pejabat Henry. Teh hangat dan beberapa manisan dihidangkan untuk menjamu Luke Darlas.

" Bila majlis pertunangan kamu dengan Juliana?" soal Luke tanpa berselindung.

Henry hanya diam menyisip teh hangat itu.

" Pak cik tidak mahu menunggu lama lagi. Sudah setahun Juliana di tempat ini. Jadi, tiba masanya kamu bertindak memperisterikan Juliana."

Masih seperti tadi. Henry hanya diam mendengar. Dia langsung tidak bersuara.

" Ini untuk Lawrance. Kamu seharusnya sedar dengan kedudukan kamu di rumah ini. Dalam tubuh kamu tiada walau sedikitpun darah dari keluarga ini-"

PRANG!

Henry sengaja melepaskan cawan teh itu ke lantai menyebabkan Luke tersentak.

" Maafkan saya pak cik, tangan saya lemah untuk menggenggamnya." ujar Henry sambil tersenyum manis.

" Perkahwinan ini untuk Lawrance. Untuk menjaga darah keturunan Lawrance. Jadi kamu harus berkahwin dengan darah keluarga ini untuk melindungi kesucian keturunan ini. Jika kau berkahwin dengan keturunan lain, anak yang bakal lahir itu bukan dari Lawrance." ujar Luke. Nadanya tidak keras seperti tadi.

" Pak cik lakukan ini semua untuk kamu, Henry. Pak cik sudah tua dan Juliana satu-satunya anak suci Lawrance. Lawrance perlukan keturunan. Hanya kamu dan Juliana mampu melakukannya." Luke bersuara lagi.

" kenapa tidak kahwinkan Juliana dengan pemuda yang lain?" soal Henry menatap tajam wajah bapa suadaranya.

" Kamu perlukan Juliana untuk mengukuhkan lagi kedudukan kamu dalam keluarga ini."

Henry mengeluh perlahan. Dia menyandar tubuhnya di sofa.

" Pada awalnya pak cik setuju kamu ingin sembunyikan identiti Juliana kerana tunang kamu dahulu. Tapi kini kamu sudah putus tunang. Pak cik rasa kamu tidak perlu lagi sembunyikan Juliana."

" Saya faham. Jika ini untuk Lawrance.. Saya akan lakukannya tapi... Jangan pernah mengharapkan keturunan Lawrance dari saya.."

" HENRY!"

" Saya setuju berkahwin dengan Julaina untuk mengukuhkan kedudukan saya sebagai Archduke Lawrance. Tidak lebih dari itu."

" Lawrance perlukan keturunan!"

" Kalau begitu.. Pak ciklah yang lakukannya untuk Lawrance." Henry senyum sinis lalu bangkit meninggalkan Luke yang terpinga-pinga.

" Kamu- Henry!" Luke memanggil Henry namun Henry langsung tidak mengendahkannya.

" Ayah."

Luke memalingkan wajahnya menatap Juliana. Senyuman manis anaknya itu ditatap penuh simpati.

" Ayah minta maaf.. Pasti sukar untuk kamu melaluinya." Luke memeluk tubuh Juliana.

Dia faham perasan anaknya. Mencintai lelaki yang mencintai perempuan lain. Dia tahu akan rasa sakit itu.

" Juliana baik-baik sahaja." ujar Juliana membalas pelukan ayahnya.

" Baliklah ke Aria jika kamu tidak lagi mampu menghadapinya."

Juliana hanya diam. Air matanya menitis di pundak Luke.

Dia tahu dia kejam. Pentingkan diri. Tapi ini semua untuk Henry. Jika Henry berkahwin dengannya penderitaan yang ditanggung Henry selama ini akan terkubur selamanya.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now