27: HOME

992 75 0
                                    

" Putera Edward, wira kami!"

Laungan penuh semangat itu terus-menerus menembusi corong telinga Edward. Dia hanya mampu menayangkan senyuman penuh kepalsuan membalas setiap laungan itu. Entah kenapa dia berasa ingin ketawa terbahak-bahak melihat wajah-wajah penduduk di Earthland yang memujanya. Dahulu, bukankah mereka orang yang sama menghinanya kerana darah yang mengalir dalam tubuh ini tapi kenapa kini tubuh yang dihina dan dicaci maki dijuluki dengan nama pahlawan wira negara. Tidakkah itu lucu?

Sebaik sahaja tiba di istana, dia menanti laungan keterujaan dari para pembesar yang berjanji dengannya dahulu. Melihat sahaja wajah-wajah bangsat itu, ketawa Edward yang tadinya ditahan kini terlepas jua. Dia amat menikmati suasana itu. Namanya dilaung dengan penuh rasa keterujaan bersama dengan air mata membuatkannya berasa senang. Senang melihat anjing-anjing liar yang dirantainya mematuhi arahannya.

Semua yang berada di situ gerun mendengar tawa Edward. Namun mereka tetap melaung nama Edward seperti yang dipinta oleh Edward.

Dalam sibuk Edward ketawa, matanya terarah pada wajah Lucena. Tanpa berlengah lagi dia terus menerpa ke arah Lucena.

" Saya rindukan awak." Edward senyum ingin memeluk Lucena namun dengan pantas Lucena sedikit membongkokkan tubuhnya memberi salam kepada Edward.

" Patik memberi salam kepada matahari kecil kerajaan Earthland, Putera Mahkota Edward Frans Adam."

Senyuman Edward mati apabila dia tidak berjaya mendakap tubuh Lucena.

" Kenapa?" soal Edward perlahan

" Patik amat gembira melihat tuanku pulang dengan kejayaan." ujar Lucena tanpa mengendahkan tatapan dingin Edward.

Edward sedaya upaya memasang riak wajah hangatnya di hadapan Lucena. Senyuman manisnya diukir paksa untuk berhadapan dengan Lucena. Namun matanya tidak menipu. Tatapan itu tajam menusuk ke arah Lucena. Renungan itu, bagaikan pisau bagi Lucena.

Para pembesar yang melihat agenda di hadapan mereka sedikit berasa hairan. Entah kenapa mereka merasakan suasana tegang di antara Edward dan Lucena.

~~~~

" Kenapa awak mengelak?" soal Edward sebaik sahaja dia berada di pejabat Lucena.

" Seperti yang patik katakan. Kita seharusnya menjaga jarak.. Sekarang ini tuanku ialah Putera Mahkota kerajaan Earthland.. Bakal Pengganti Raja.. Jadi-"

" Jika itu penghalangnya saya akan melepaskan semuanya." ujar Edward lalu perlahan menggenggam tangan Lucena.

" Jangan sesekali melakukan itu. Ia akan membuatkan usaha patik selama ini menjadi sia-sia." balas Lucena dingin. Dia ingin melepaskan genggaman tangan Edward namun tidak berjaya.

" Kenapa... Adakah awak jijik bersama dengan saya?" soal Edward dingin.

" Tuanku.. Patik lakukan semua ini untuk tuanku... untuk masa depan tuanku.. Tiada kaitan dengan darah ataupun keturunan tuanku.." Lucena mengeluh.

" Kenapa saya merasakan awak semakin jauh?" Edward mendekati Lucena lalu menyembamkan wajahnya di bahu Lucena.

" Jangan tinggalkan saya... Saya tidak mempunyai sesiapa di sini melainkan awak, Lucena." perlahan Edward melepaskan genggaman tangannya lalu memeluk tubuh kaku Lucena.

Tangisan Edward mulai kedengaran di telinga Lucena. Jatuh simpatinya mendengar tangisan pilu itu. Namun, dia harus bersikap keras pada Edward. Sekiranya Edward bergantung harap dengannya, sukar untuknya menyelesaikan tugasan yang diberikan Raja Edrian padanya untuk melantik Puteri Mahkota pada masa yang akan datang.

" Maafkan patik. Mungkin untuk masa ini tuanku merasakan bahawa patik adalah orang yang tepat untuk berada di sisi tuanku tapi percayalah akan ada lagi seseorang yang tepat untuk tuanku bergantung harap. Orang itu juga akan menjaga tuanku malah lebih baik daripada patik.. Dia akan mencintai tuanku dengan tulus." ujar Lucena lalu perlahan meleraikan pelukannya.

" Saya hanya perlukan awak." luah Edward perlahan.

" Untuk sekarang. Iya. Tapi pada masa yang akan datang, patik bukanlah seseorang yang tuanku perlukan lagi." Lucena senyum menepuk bahu Edward perlahan lalu keluar dari pejabatnya.

Edward bungkam. Dia kaku di tempatnya. Tangannya digempalkan menahan rasa di hatinya. Kenapa Lucena menolaknya? Apa kurangnya dia? Adakah disebabkan Henry? Adakah Lucena tidak mampu melupakan Henry?

Satu-persatu persoalan menerjah masuk mengetuk pintu mindanya. Dia berusaha untuk terlihat bagus di mata Lucena. Berusaha untuk menjadi seorang yang baik dan tulus di mata Lucena. Tetapi semua yang dilakukannya sedikit pun tidak mencemari mata dan minda Lucena untuk terus memandangnya. Haruskah dia perlu menjadi diri sendiri untuk mendapatkan Lucena? Jika itu satu-satunya cara untuk menahan Lucena di sisinya, maka dia akan lakukannya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Lucena. Walaupun harus melukakan Lucena, dia akan melakukannya.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now