32: BERHARAP

919 84 0
                                    

Lucena menayangkan senyuman manisnya apabila melihat senarai nama-nama yang tertera di atas kertas itu.

" Kau nak tunangkan Edward dengan perempuan-perempuan tu?" soal Eric hairan sambil mulutnya tidak berhenti mengunyah epal merah.

" Ya... Saya adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari calon yang terbaik untuk tuan putera mahkota.." jawab Lucena dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

" Kau yakin Edward terima keputusan kau ?"

" Edward akan menerimanya.."

" Aku tak rasa semuanya akan berjalan lancar..."

" Kenapa?" soal Lucena lalu meletakkan kertas itu di atas meja dan menatap wajah Eric.

" Aku raja iblis... Sudah semestinya aku tahu aura jahat yang mengelilingi manusia... Tamak... Hasad dengki... Taksub... Aku dapat rasakan kewujudan aura itu...." ujar Eric membuang pandangannya di jendala pejabat Lucena.

" Dan... Aku dapat rasakannya dari Edward..."

Lucena bungkam. Dia turut membuang pandangannya di jendala pejabatnya. Menatap figura Edward yang sedang gigih berlatih pedang di tingkat bawah tepat di sebelah jendala pejabatnya.

" Saya akan tamatkannya dengan segera."

" Aku harap kau mampu selesaikan benda tu."

Lucena mengeluh kasar. Dia tahu apa yang hendak disampaikan oleh Eric. Dia tahu segalanya. Tetapi dia memilih untuk berlagak tenang dan cuba untuk tidak memberi perhatian pada perasaan Edward.

" Awak akan pergi ke Atlantis?"

" Ya. Mungkin esok atau lusa. Kenapa?"

" Saya nak mintak tolong awak uruskan hal dekat Atlantis... Kalau boleh saya nak kubu pertahanan di wilayah Atlantis siap sepenuhnya..."

" Aku tahu.. Kau jangan risau... Uruskan hal kau dekat sini baik-baik..."

" Terima kasih, Eric." ucap Lucena dengan senyumannya yang lebar di bibir mungil itu.

Eric sedikit tersentak. Terasa bagaikan satu renjatan arus elektrik yang menjalar di jantungnya. Seketika kemudian dia berdehem menghilangkan rasa getar di hatinya.

" Aku.. Pergi dulu..." Eric bangkit ingin beredar dari ruangan pejabat Lucena.

" Nanti... Kalau awak pergi ke Atlantis boleh singgah di sini sekejap?" soal Lucena menghentikan langkah kaki Eric.

" Kenapa?" soal Eric hairan.

" Saja..." balas Lucena sambil tersenyum.

" Ceh... Aku tak nak bazirkan masa aku dengan benda yang tak berfaedah.."

" Apa pulak tak berfaedah... Sekejap saja bukan lama pun.." rungut Lucena.

" Tengoklah nanti.." balas Eric bersahaja lalu memulas tombol pintu.

" Datanglah sekejap... Sekejap je.." rayu Lucena menarik tangan Eric lalu digenggam kemas.

Eric tergamam. Matanya melekat pada wajah Lucena yang terus-menerus menatapnya dengan matanya yang bulat bersinar. Lama mereka bertatapan mata. Mata Lucena yang mengharapkan sesuatu dan matanya yang sedang menahan rasa di hati bertembung melahirkan perasaan yang sukar untuk Eric jelaskan dengan kata-kata. Dan dengan perlahan tangannya naik lalu...

" Auch! Sakitlah Eric!" Lucena melepaskan genggaman tangannya lalu menyentuh dahi licinnya.

Eric senyum sinis lalu segera keluar dari pejabat Lucena. Tidak betah dia berlama di situ. Semakin lama dia menatap mata merah ruby itu semakin jantungnya berdegup tidak keruan.

" Aritmia?"

Eric perlahan menyentuh dadanya yang masih lagi berdegup kencang. Dia keliru dengan perasaannya. Jika benar itu adalah Aritmia, dia sepatutnya sudah pun pulih setahun yang lepas kerana sisa sumpahan itu sudah lenyap sepenuhnya.

Namun kini jantungnya masih lagi berdegup laju dan berdetak tidak keruan. Dan punca jantungnya dalam keadaan begitu adalah disebabkan Lucena. Kerana setiap kali dia bersentuhan dengan Lucena atau berdekatan dengan Lucena jantungnya akan berdegup kencang seolah-olah ingin keluar dari posisinya. Selain itu juga, perutnya terasa sesuatu yang mengelikan. Seperti rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya apabila dia bersama Lucena. Tiada alasan lain lagi yang membuatkan begini. Hanya Lucena.

Eric menatap lembut daun pintu pejabat Lucena.

" Mungkin ini adalah penyakit yang baru atau sebab aku minum darah Lucena?" fikir Eric sejenak lalu menghilangkan diri dari tempat itu.

Lucena masih lagi mengusap dahinya yang perit akibat jentikkan padu yang dihadiahkan Eric tadi.

" Huh! Mustahillah aku cintakan lelaki hati batu macam tu..." rungut Lucena sambil mengemas mejanya yang berselerak dengan kertas-kertas dokumen.

Bayangan wajah Eric yang bermain di mimpinya dahulu terbayang-bayang di ruang matanya.

" Itu hanya mimpi... Hanya mimpi... Mustahil itu berlaku... Teramat mustahil..." keluh Lucena.

Seketika kemudian pergerakkan tangannya mati. Lama dia termenung di mejanya.

Wajah Eric, senyuman manis Eric, mata Eric yang sarat dengan tatapan cinta itu. Masih lagi jelas tergambar di kotak ingatan Lucena.

" Kenapa aku berharap agar senyuman dan tatapan mata itu menjadi kenyataan." luah Lucena perlahan lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi.

" Mengharapkan orang yang tidak mengharapkan kau hanya membuang waktu dan menyakiti diri sendiri."

Lucena memejamkan matanya mengusir senyuman dan tatapan itu yang terus-menerus bermain di ruang mindanya.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now