58: BAHAGIA

1.8K 120 12
                                    

Lucena termenung jauh menatap laut yang terbentang luas di hadapannya. Satu persatu peristiwa yang terjadi padanya selama ini perlahan bermain di ruang matanya, dari kehidupan masa lalunya dan masa kini.

Dahulu dia amat yakin bahawa semuanya berjalan seperti apa yang dia rancangkan untuk mencegah kematian keluarganya dan kehancuran Earthland namun tiada siapa sangka perasaan yang membuah dalam diri lelaki yang dia jaga seperti adiknya sendiri mendorong ke arah kemusnahan dirinya dan juga lelaki yang dia cintai.

Walaupun begitu dia terima semuanya dengan hati terbuka. Segala tanda tanya yang sering kali menghantuinya dibuang jauh dari mindanya. Seperti apa yang Eric katakan, semakin dia memikirkan kenapa semakin sukar untuknya menjawab segala persoalan itu dan akhirnya akan menjadi gila.

Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berhenti menulis takdirnya. Dia hanya perlu tinggal diam dan menikmati kehidupannya sekarang bersama dengan keluarga dan juga lelaki yang dia sayangi.

Lucena melepaskan keluhan berat. Tiba-tiba terasa lengan kekar yang memeluknya dari belakang membuatkan bibir mungil itu tersenyum lebar.

" Fikirkan apa?" soal Eric melabuhkan dagunya di bahu Lucena.

" Tak ada fikirkan apa-apa... Cuma mengenang nasib yang kita lalui selama ini.." ujar Lucena sambil tangannya mengusap perlahan tangan Eric yang memeluknya.

Eric berkerut dahi lalu perlahan melepaskan pelukannya lalu memusingkan tubuh itu menghadapnya.

" Kenapa?" soal Eric hairan.

" Saya terfikir.... Kalaulah dulu saya tak panggil awak... Mesti kita-"

" Dah dah dah... Aku tak sukalah kau cakap benda-benda mengarut itu semua.." potong Eric segera.

" Alaaa.. Saya saja nak-"

" Tak perlu." ujar Eric tegas.

Bukannya dia tidak tahu, sebaik sahaja isterinya memikirkan hal itu dia akan menangis dan mulai menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Jenuhlah si Eric ini memikirkan cara untuk menenangkan Lucena.

Lucena mencebik perlahan lalu kembali memalingkan wajahnya menghadap laut. Eric kemudian memeluk Lucena, kembali seperti posisi asal mereka.

Lama mereka mendiamkan diri, melayani perasaan masing-masing sambil mendengar deruan ombak di pantai.

" Awak.... erm... dah setahun setengah kita kahwin... tapi kenapa.. kita masih lagi bercakap macam kita mula-mula kenal dulu?" soal Lucena memecah kesunyian antara mereka.

" Jadi kau nak tukar cara kita bercakap?" soal Eric lembut.

" Ya." anggukan Lucena dengan tegas.

" Baiklah... Ak.. Herm.. Sa..ya... cuba.." balas Eric sedikit janggal apabila menggunakan kata ganti nama diri 'saya'. Selama dia hidup dia tidak pernah menggunakan perkataan itu.

Lucena ketawa kecil. " Tak perlulah paksa diri... Lagipun itu tak penting... yang penting hanya kasih sayang awak.." ujar Lucena lalu memalingkan wajah ke arah Eric.

Eric senyum tipis. " Aku cuba untuk kau."

Lucena kemudian perlahan melingkari leher Eric dengan lengannya sambil matanya meliar menatap wajah Eric. Dia masih lagi tidak percaya akan berada di momen ini dengan menatap wajah itu di hadapannya. Dia merasakan seolah-olah baru semalam dia menyeru Eric di dunia ini namun pada saat ini dia sedang mendakap tubuh itu dengan tangannya.

" Kenapa pandang aku macam tu?" soal Eric dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

" Saya masih lagi tak percaya.. yang saya cintakan awak..." luah Lucena sambil matanya tidak pernah lari walau seinci pun dari wajah Eric.

" dan.. Saya tak percaya yang saya akan peluk awak... belai pipi awak... usap rambut awak yang panjang itu... dan... bersama dengan awak.." ujar Lucena lagi sambil dia membelai pipi Eric dengan lembut dan mengusap rambut Eric dengan penuh kasih. Air mata yang dia tahan selama ini akhirnya tumpah tatkala matanya bersatu dengan anak mata Eric.

Eric ketawa kecil. Tangannya yang melekap di pinggang Lucena kini beralih menyapu titisan mutiara kecil di pipi Lucena.

" Aku pun tak percaya sekarang dengan apa yang aku rasa sekarang ni.."

" Apa yang awak rasa?" soal Lucena masih lagi dengan sisa air matanya.

" Bahagia."

Senyuman Lucena melebar lalu segera mendakap tubuh hangat Eric. Air matanya semakin deras mengalir membasahi wajahnya dan pundak Eric.

" Saya pun tak percaya dengan apa yang saya rasa dan lihat sekarang ini."

Eric membalas pelukan Lucena erat. Tangannya naik membelai penuh kasih rambut Lucena. Hatinya terasa senang saat ini. Dia juga tidak percaya akan jatuh cinta dengan manusia yang ada di dalam pelukannya ini. Dia juga masih lagi tidak percaya perasaan yang menggeletek hatinya ini adalah perasaan bahagia yang dia ingin rasakan dahulu.

Siapa sangka dia yang terkurung di dalam kegelapan selama 500 tahun kini bebas menikmati sinar cahaya. Menikmati rasa hangatnya perasaan cinta yang mengalir di tubuhnya dan juga menikmati rasa bahagia yang dia tidak pernah dapat sepanjang hidupnya sebagai Raja Iblis.

Untuk saat ini, masa yang akan datang dan selamanya, dia akan lindungi rasa ini dan wanita yang dia cintai dengan sepenuh hatinya. Dia bersumpah bahwasanya wanita yang bernama Lucena Eleonora hanya untuk lelaki bernama Eric Kenneth Atkinson.

END

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now