14: BIZARRE

1.2K 95 4
                                    

Lucena meringis kesakitan apabila tangannya diubati oleh Beartice. Entah kenapa baru sekarang dia merasakan sakit sedangkan tadi semasa makan malam dia langsung tidak merasakannya sehinggalah Edward menegur tangannya yang berdarah.

" Lain kali jangan berlagak tangan tu buat dari besi... Tak sedar diri tangan lembik ada hati nak tampar orang..." ejek Eric sambil menyungah sisa apel di dalam mulutnya.

Lucena hanya menjeling tajam ke arah Eric dan menumpukan perhatiannya pada Beatrice yang tekun mengubat tangannya yang terluka.

" Untuk sementara waktu ini, tuan puteri tak dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti yang banyak melibatkan tangan kanan tuan puteri.... Kalau tak nanti tangan tuan puteri takkan cepat sembuh.." ujar Beatrice sambil menyimpan kembali barang perubatannya.

" Awak marahkan saya?" soal Lucena.

Namun Beatrice hanya diam. Seketika kemudian kedengaran bibir Beatrice mengeluh kecil.

" Siapalah saya nak marahkan tuan puteri.." keluh Beatrice.

" Janganlah macam ni... Tak seronoklah tengok Beatrice macam ni... Maaflah.. Tadi saya tak dapat kawal kemarahan saya..." Lucena memegang kedua belah tangan Beatrice.

" Sudahlah.. Benda sudah pun berlalu.... Jangan ulanginya lagi.." Beatrice senyum tipis membalas genggaman Lucena.

" Tak marah?"

" Tak.."

" Malam ni.. Beatrice tidur sini lah... "

" Okey.. tuan puteri harus bersiap berkemas untuk tidur...."

" Okey.."

Beatrice kemudian keluar dari bilik Lucena menyiapkan barangan keperluan Lucena untuk tidur. Lucena kemudian memandang ke arah Eric yang masih lagi asyik mengunyah tanpa henti. Tiada siapa yang dapat melihat Eric kecuali dirinya. Itu pun atas kehendak dirinya sendiri agar mudah untuknya berurusan dengan Eric pada bila-bila masa sahaja tanpa dipersoalkan oleh orang ramai tentang keakraban dia dan Eric. Bukannya dia tidak tahu mulut-mulut orang di sini.

" Tidur sini ke?" soal Lucena.

" Boleh... Tapi tak nak kat sofa.."

" Ish takkan nak berhimpit kat satu katil ni.."

" Tahu pun.... Dah tu kenapa tanya.."

" Tanya je.."

" Aku tidur mana-mana aku nak... Lagipun istana ni besar.. banyak bilik... Mana-mana pun okay.." jawab Eric bersahaja.

" Baiklah... Kalau macam tu dipersilakan keluar.."

" Apa sebenarnya rancangan kau?" soal Eric serius menyebabkan Lucena terdiam seketika.

" Nak ubah masa depan.."

" Maksud kau?"

" Saya nak ubah masa depan Earthland... dan saya..."

" Pertunangan kau macam mana?"

" Dalam proses... Kemungkinan esok atau minggu depan surat itu sampai.."

" Lambatnya.... Banyak betul karenah birokrasi... Tunang je pun bukannya kawen.." bebel Eric.

" Sebab saya ni tuan puteri Archduke Rodriquez dan Henry tu Yang Mulia Archduke... Makanya pertunangan kami penting dan banyak prosuder yang perlu dipatuhi kalau nak bertunang atau nak putus tunang.... Ingat semudah ABC ke..." jelas Lucena merebahkan dirinya di atas katil.

" Ceh... Manusia memang-"

" Rumit... Saya tahu.." potong Lucena segera. Eric hanya mencebikkan bibirnya lalu menyambung kembali aktivitinya yang tergendala.

" Hmmm... Kalau difikirkan baliklah kan.... Apa yang awak nak dari saya? Awak tak cakap apa-apa pun pasal syarat yang awak mintak.."

Pertanyaan Lucena membuatkan Eric tergamam seketika. Lama dia mendiamkan diri.

" Nantilah.." jawab Eric perlahan.

" Saya sanggup bagi apa-apa sahaja yang awak nak.... Apapun itu.. Saya sanggup..." Lucena cuba menyakinkan Eric.

" Masanya belum tiba.. Kalau aku dah bersedia aku sendiri akan tuntut dari kau.." ujar Eric lalu menghilangkan diri dari pandangan mata kasar Lucena.

Lucena hanya mengeluh lalu memejamkan matanya menanti kehadiran Beatrice.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now