12: SHOW IT

1.2K 106 5
                                    

" Awak tak apa-apa?" soal Edward apabila melihat Lucena hanya diam sedari tadi.

" Patik tak apa-apa." jawab Lucena dengan tenang sambil melihat pilihan perabot untuk kediaman istana Edward.

" Awak tak perlu terlalu bersusah payah untuk memilihnya. Asalkan dapat digunakan itu sudah memadai."

" Tuanku... Mohon jangan terlalu berasa rendah diri. Kerana itu tidak layak untuk orang yang mempunyai darah kerabat diraja." ujar Lucena memandang wajah Edward.

" Tapi saya.."

" Tuanku... Walau apa pun itu, mereka tidak boleh menyangkal bahawa tuanku mempunyai darah Raja Edrian. Termasuklah tuanku. Sesiapa yang menghina darah yang ada dalam diri tuanku itu bermakna dia juga menghina kerabat diraja. Tunjukkan pada mereka bahawa tuanku juga adalah sebahagian daripada kerabat diraja. Semakin tuanku lemah semakin mereka bertindak kejam pada tuanku. Sekiranya keadaan ini terus berlaku, bukankah itu satu penghinaan bagi kerabat diraja."

" Kalau begitu lebih baik saya mati... kerana saya hanyalah satu penghinaan bagi keluarga diraja.."

" Tidak. Mati adalah satu permulaan penderitaan bukanlah satu pengakhiran. Jika tuanku ingin menamatkannya, tuanku harus bangkit menjadi seorang yang kuat. Tunjukkan kepada mereka siapa tuanku. Tunjukkan mereka erti kuasa yang sebenar. Itu adalah caranya untuk menamatkan semua ini."

Lucena memegang kedua belah pipi Edward. Mata mereka bersatu.

" Tunjukkan kepada mereka bahawa semua ini milik tuanku. Jangan biarkan hak tuanku dirampas. Tunjukkan kepada mereka bahawa tuanku layak mendapatkannya."

Air mata Edward perlahan menitis ke pipi. Kata-kata hangat yang diluahkan oleh Lucena begitu mencairkan hatinya.

Lucena segera memeluk tubuh Edward. Dia faham apa yang dilalui oleh Edward selama ini. Diabaikan dan dibiarkan bersendirian di istana yang usang itu. Dia tahu apa yang berlaku sebelum dia memutarkan kembali masanya.

Pada ketika itu perebutan kuasa berlaku antara Raja Edrian dan putera kedua, pentadbiran kerajaan Earthland menjadi kucar-kacir kerana Raja Edrian tidak memilih siapakah bakal raja yang akan menggantikannya kelak. Oleh itu, keadaan di istana bagaikan medan perang.

Putera pertama dan ketiga mati secara tiba-tiba begitu juga dengan putera keempat. Kematian ketiga-tiga putera ini begitu misteri malah selang masa kematian ketiga-tiga putera itu hanyalah seminggu. Cara kematiannya juga sama, iaitu mati diracun ketika makan malam.

Pada masa itu, Lucena hanya fokus dengan Henry dan tidak memikirkan tentang pentadbiran kerajaan Earthland. Dia juga mengabaikan keluarganya hanya kerana ingin mendapatkan semula Henry. Bahkan ketika abang-abangnya mati kerana perebutan kuasa di istana termasuklah ayahnya yang berusaha keras ingin mengembalikan keamanan Earthland sehingga nyawanya turut terkorban, Lucena langsung tidak peduli.

Matanya buta dengan cinta hanya Henry, Henry dan Henry yang dia lihat. Dia akui yang dia bodoh ketika itu. Sanggup mengabaikan orang yang menyayanginya hanya kerana seorang lelaki yang langsung tidak pernah memandangnya.

Kini, dia ingin mengubah nasib itu. Dia takkan benarkan sejarah pahit itu berulang lagi. Ini adalah kesempatan terakhirnya untuk menebus kesilapannya kepada ayah dan abang-abangnya. Dia takkan benarkan kejadian itu berlaku. Dia berjanji akan melindungi kerajaan ini daripada tangan-tangan kotor itu.

Lucena memandang wajah kepenatan Edward yang sedang lena berlabuh di pahanya. Rambut hitam pekat Edward perlahan diusap lembut.

Semua urusannya di kota itu bersama dengan Edward telah pun selesai. Dari memilih pakaian untuk Edward hinggalah memilih perabot semuanya diuruskan olehnya dan dibantu oleh pelayan istana yang bertanggungjawab menolongnya untuk menguruskan pembayaran.

Tangannya sengaja mencubit lembut pipi Edward. Lucena senyum kecil apabila mendengar rengekan Edward apabila diganggu lenanya.

" Saya akan lindungi tuanku... Apapun yang berlaku, saya akan tetap disisi tuanku. Saya akan pastikan tuanku akan menjadi matahri Earthland kelak." bisik Lucena perlahan sambil mengusap lembut rambut Edward.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now