13: MINE

1.4K 100 0
                                    

Edward perlahan turun ke ruangan bawah apabila mendengar bunyi bising. Dia berkerut dahi melihat ada beberapa orang pelayan dari kediaman Rodriquez sibuk memunggah beg pakaian dan ada yang sibuk mengangkat beg-beg menuju ke ruang atas.

" Apa yang berlaku?" soal Edward kepada Lucena.

" Ouh patik lupa nak bagitahu tuanku.. Patik akan tinggal di sini bersama dengan tuanku...Mungkin setelah Raja Edrian mengumumkan pencalonan Putera Mahkota." Jawab Lucena dengan riak wajah selamba lalu mengarahkan kembali pelayan-pelayannya menangkat barangannya.

Edward kebinggungan namun dia tetap diam membisu tanpa menyoal Lucena. Lagipun ini semua atas arahan Raja Edrian.

" Tuanku.. Sebentar lagi masa untuk makan malam... Apa kata tuanku bersiap dahulu... Lagipun patik hampir siap berkemas... Nanti kita akan makan bersama.." ujar Lucena lalu segera meninggalkan Edward di muka pintu.

Edward hanya diam menganggukkan kepalanya dan hanya melihat sahaja langkah Lucna meninggalkan dirinya. Matanya melilau memandang sekeliling. Suasana istana usang ini perlahan bertukar hangat setelah menerima kehadiran Lucena. Senyuman kecil terukir di bibir Edward akan tetapi tidak lama. Adakah ini akan bertahan untuk selamanya?

Lucena yang sudah pun siap membersihkan diri segera turun menemui Edward yang menunggunya di meja makan. Air wajah Lucena berubah apabila melihat makanan yang terhidang di atas meja makan itu. Hanya tersedia roti keras dan air kosong. Itu pun hanya cukup untuk seorang.

Apa semua ni?

" Jemput duduk Lucena.." sapa Edward dengan senyuman di bibirnya.

" Ini... Makan malam kita?" soal Lucena sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Edward.

" Ya... Ketua tukang masak hanya menyediakan ini untuk makan malam kita..." ujar Edward dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

" Awak makanlah... Saya tak makan pun tak apa..." ujar Edward lagi apabila melihat Lucena membisu sambil merenung tajam ke arah hidangan serdahana itu.

" Tuanku berkata demikian seolah-olah tuanku-" Lucena terhenti seketika lalu memandang wajah Edward.

" Adakah... Selama ini... hanya ini yang ketua tukang masak sediakan untuk tuanku makan malam?" soal Lucena dengan raut wajah yang tegang.

" Ya.. Selama ini hanya ini sahaja yang saya makan.. untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.... Ketua pelayan bagitahu yang dana untuk istana ini tidak cukup menampung perbelanjaan dapur..." jelas Edward.

" Hah! Tidak mampu menampung perbelanjaan dapur?" ujar Lucena sinis lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi.

" Panggil ketua pengurus pelayan." Arah Lucena kepada Beatrice yang merupakan pelayan peribadinya yang turut serta tinggal di istana ini bersamanya.

" Kenapa Lucena?" soal Edward kehairanan apabila melihat wajah tegang Lucena.

" Patik ingin tunjukkan tuanku erti kuasa yang sebenar... Hanya diam dan lihat sahaja.." Lucena menyilangkan lengannya di dada menanti penuh sabar kehadiran ketua pengurus istana ini.

" Ada apa yang patik boleh bantu, Tuan puteri?" soal Ketua pengurus pelayan sejurus sahaja menjejakkan kakinya di ruang makan itu.

" Hanya ini sahaja yang mampu kamu semua berikan kepada saya?" soal Lucena tanpa berbasa-basi.

" Maafkan kekurangan patik.. Hanya ini sahaja yang mampu patik usahakan... Lagipun dana untuk-"

PRANG!!!!

Semua yang berada di situ terkejut apabila Lucena lemparkan pinggan yang berisi roti keras itu tepat di kaki Joeseph.

" Katakan sekali lagi." ujar Lucena dengan tenang.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now