19: MERAYU

1.1K 84 5
                                    

Pada petang itu, Lucena dan Edward meluangkan masa minum petang bersama dengan Raja Edrian.

" Bagaimana dengan kehidupan kamu? Apakah semuanya baik-baik sahaja?" Soal Raja Edrian sambil menyisip teh hangatnya.

" Semuanya baik-baik sahaja. Berkat jagaan dan perhatian daripada tuanku." Ujar Edward dengan penuh sopan.

" Beta harap kamu juga memanggil beta dengan gelaran yang sepatutnya kamu ungkapan seperti putera-putera yang lainnya." Raja Edrian senyum tipis. Matanya redup menikam wajah Edward.

" Patik tidak akan berani berbuat demikian. Lagipula patik sedar siapa patik di sini."

" Kamu juga anak beta. Darah daging beta. Tiada siapa dqpat menafikannya, darah yang mengalir dalam tubuh kamu adalah darah beta." Nada suara Raja Edrian kedengaran sayu mengungkapkan kata-kata itu.

Edward terdiam. Riak wajahnya kosong tanpa reaksi. Kata-kata Raja Edrian sebentar tadi begitu menikam hati kecil Edward.

Edward tahu Raja Edrian amat jelas mengetahui apa yang selama ini dia lalui di istana usangnya. Dia dibiarkan kelaparan dan kesejukan. Diabaikan. Dihina. Raja Edrian mengetahuinya namun kenapa tidak pernah walau sekalipun Raja Edrian berdiri di hadapannya mempertahankannya seperti yang dilakukan oleh Lucena terhadapnya? Setiap saat dia mendampakan kekuatan dari seorang ayah, tapi kenapa Raja Edrian tidak pernah walau sekalipun datang memberikan semangat untuknya? Kini, Raja Edrian ingin dia mengakuinya sebagai seorang ayah pada Edward. Tidakkah itu kedengaran lucu? Edward hanya tersenyum sinis.

Lucena yang terhimpit diantara Raja Edrian dan Edward mula bersuara ingin mengubah suasana di sekitarnya. " Putera Edward seorang yang sangat rajin dan cekap. Baginda tidak pernah berputus asa ingin mencapai tujuannya."

" Teruskan usaha kamu, Edward. Capai apa yang kamu impikannya." Raja Edrian menepuk perlahan bahu Edward.

" Terima kasih juga kepada tuan puteri kerana sudah membantu Putera Edwrad selama ini. Tanpa bantuan keluarga Rodriquez mustahil semua ini akan berlaku." Raja Edrian menatap lembut wajah Lucena.

" Patik amat berbesar hati dapat membantu tuanku."

" Mungkin suatu hari nanti, Putera Edwrad akan menjadi Putera Mahkota dan kamu akan menjadi Puteri Mahkota kerajaan ini."

Lucena senyum tipis. " Seperti yang terdapat dalam perjanjian keluarga Frans Adam dan Rodriquez dahulu, mungkin itu takkan pernah berlaku."

Edward memandang wajah Lucena. Matanya penuh dengan tanda tanya.

" HAHAHAHA! Ya. Beta hampir lupa tentang itu. Tapi kalau kamu juga menginginkannya mungkin itu dapat dibatalkan secara alami."

" Patik tidak berminat." Ujar Lucena dengan jujur menyebabkan Raja Edrian sekali lagi ketawa besar.

" Kamu memang seorang yang jujur. Beta sukakan itu."

Lucena hanya senyum mendengar pujian Raja Edrian. Edward pula hanya diam. Dia tidak tahu apa-apa pun mengenai Lucena. Entah kenapa hatinya sedikit kecewa mendengar kata-kata Lucena sebentar tadi.

~~~~

Henry duduk termenung di pejabatnya. Wajah dingin Lucena kembali berlayar di mindanya. Dia sempat berjumpa dengan Lucena sebelum kembali ke kediamannya.

Henry ingin Lucena kembali kepadanya seperti dulu. Dia ingin menjelaskan kesemua kesalahfahaman yang berlaku di antara dia dan Lucena. Namun jawapan yang diterima Henry menghancurkan harapannya.

" Lucena... tentang Juliana saya tahu awak marahkan saya... Saya buat semua itu ada sebabnya..."

" Antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi... Apa yang ingin tuanku jelaskan takkan dapat mengubah apa-apa." Lucena bersuara tegas.

" Saya ingin menyelamatkan Lawrance dari tangan Luke Darlas, pakcik saya juga ayah kepada Juliana. Awak juga tahu saya bukan anak kandung ayah saya. Walaupun saya mendapat jawatan Archduke Lawrance tapi pakcik saya takkan berdiam diri. Dia ingin mendapatkan Lawrance-"

" Jadi tuanku bersama dengan Juliana kerana inginkan kekuasaan penuh Lawrance? Setelah semuanya selesai, apa yang akan berlaku? Tuanku akan buang Juliana dan kembali pada patik? Begitu?"

" Lucena... saya buat semua ini demi awak.. demi Lawrance.."

" Tak.. Tuanku buat semua ini demi kepentingan tuanku... bukan demi patik... dapatkah tuanku bayangkan bagaimana perasaan patik melihat tuanku bersama dengan perempuan lain? Bagaimana hati patik melihat tuanku mengenggam tangan perempuan lain? Dapatkah tuanku bayangkannya?" ujar Lucena.

" Tangan tuanku yang sepatutnya patik genggam. Pelukkan tuanku yang sepatutnya patik seorang sahaja yang rasakannya. Tapi diberikan kepada perempuan lain. Hati patik hancur. Remuk. Sakit. Apabila memikirkannya." sambung Lucena lagi sambil sedaya upaya menahan air matanya daripada tumpah.

" Mustahil patik akan bersama dengan tuanku. Mustahil bagi patik untuk mengenggam kembali tangan tuanku setelah semuanya selesai seperti yang tuanku inginkan. Mungkin ini kedengaran seperti patik mementingkan diri sendiri tetapi itulah hakikatnya. Maafkan patik. Patik tidak mampu berjuang bersama dengan tuanku." usai sahaja meluahkan kata-katanya, Lucena segera melangkah meninggalkan Henry namun dengan pantas tubuhnya dipeluk oleh Henry menghalangnya pergi.

" Saya merayu pada awak... Lucena.. Saya cintakan awak..." Henry menyembamkan wajahnya di ceruk leher Lucena.

Lucena yang sedari tadi cuba menahan air matanya daripada tumpah. Akhirnya, tumpas jua setelah mendengar rayuan Henry.

" Saya juga cintakan awak, Henry... Tapi hati saya tidak sekuat cinta saya pada awak... Saya lemah. Hati saya rapuh. Saya tidak mahu mati lagi kerananya. Cukuplah sekali." Lucena perlahan meleraikan pelukan Henry lalu laju melangkah meninggalkannya tanpa sedikit pun menoleh ke arah Henry. Dia tahu sekiranya dia menoleh hatinya akan kembali pada Henry, kembali pada masa silamnya yang tragis.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now