31: ALMOST

1K 91 2
                                    

Juliana mengempalkan penumbuknya. Hatinya sakit apabila dia direndah-rendahkan oleh Lucena. Pandangannya kemudian terarah pada tapak tangan Lucena yang berparut. Satu senyuman singgah di bibir Juliana.

" Tuan puteri Lucena bersubahat dengan iblis!" Juliana menjerit histeria.

Langkah kaki Lucena mati mendengar jeritan Juliana.

" Apa yang awak-"

" Tuan puteri.. tuan puteri bersubahat dengan iblis.." Juliana memandang wajah Lucena dengan tatapan yang gementar ketakutan.

Semua orang yang mendengar jeritan Juliana tergamam. Mereka menatap wajah Lucena dengan pelbagai tafsiran hinaan. Bagi keturunan manusia suci seperti mereka, bersubahat dengan kaum iblis adalah perbuatan yang haram dan orang tersebut boleh dijatuhkan hukuman mati termasuk keluarganya.

" Kamu menuduh tanpa bukti!" naik seoktaf nada suara Lucena. Kali ini, Juliana berjaya menyerang titik kelemahannya.

" Patik nampak... Patik nampak aura hitam mengelilingi tuan puteri.."

Henry yang mendengar kekecohan itu segera menerpa ke arah Juliana yang sedang duduk di atas lantai. Dia kemudian mendongak memandang wajah tegang Lucena.

" Apa yang terjadi?" soal Henry menatap wajah Lucena.

" Henry.. Puteri Lucena bersubahat dengan iblis.." adu Juliana lalu melentokkan kepalanya di dada Henry.

Lucena ketawa sinis. Adakah kerana dia menghina Juliana tadi menyebabkan dia berani menuduhnya begini?

" Saya minta maaf kerana telah menyakiti perasaan awak ketika saya menyebut awak bodoh. Saya ingat awak sudah mengetahuinya."

" Lucena." Henry memandang wajah bersahaja Lucena.

" Kenapa? Saya sedang meminta maaf.. apa yang salah?" soal Lucena berang.

Henry terdiam apabila melihat kemarahan Lucena. Dia ingin bangkit mendekati Lucena namun di halang oleh Julianal.

" Tapi... Cik Juliana sudah membuat kesalahan besar sekarang. Cik Juliana telah menuduh saya bersubahat dengan iblis sedangkan semua yang berada di sini mengetahui bahawa kaum iblis sudah musnah 500 tahun yang lepas.." balas Lucena lagi.

Juliana mati kata. Dia kemudian menatap tangan Lucena.

" Tangan kanan Tuan puteri Lucena mempunyai parut.. Parut itu adalah buktinya.. Seorang puteri bangsawan tidak akan mempunyai parut sebesar itu di tubuh mereka kerana ia mencemarkan harga diri mereka... tetapi... tuan puteri mempunyai parut itu..."

Lucena senyum sinis mendengar bait bicara Juliana yang cuba hendak menjatuhkannya. Baru sahaja dia ingin membuka mulutnya, Eric muncul lalu memeluk bahunya.

" Kamu bersikap kurang sopan pada Puteri Archduke Lopez."

" Saya bercakap benar!" Juliana meninggikan suaranya.

" Parut yang ada di tapak tangan tuan puteri adalah bekas luka mata pedang. Seperti yang kamu semua tahu, keluarga Rodriquez adalah keluarga yang obses dengan ilmu seni pedang tidak ketinggalan tuan puteri juga mempelajari ilmu pedang itu. Jadi, tidak hairanlah jika tubuh tuan puteri Lucena mempunyai parut. Bukankah parut adalah satu kebanggaan bagi keluarga Rodriquez?" jelas Eric dengan tenang menyebabkan suasana yang tegang tadi perlahan berubah menjadi hening seketika.

Kata-kata yang diucapkan Eric tadi ada benarnya juga. Parut adalah kebanggaan bagi keluarga Rodriquez yang sangat obses dengan ilmu seni pedang. Ada khabar angin menyatakan bahawa keluarga Rodriquez sanggup melukakan tubuh mereka dengan pedang semata-mata ingin menunjukkan bahawa mereka adalah seorang yang sangat kuat dan kebal dengan pedang. Ditusuk berapa kali pun, mereka tidak akan pernah kalah. Itulah maksud di sebalik parut yang berbekas di tubuh mereka.

" Jadi, Cik Juliana jangan membuat spekulasi sendiri. Ia membuatkan Cik Juliana nampak bodoh." Eric senyum senang lalu menarik tubuh Lucena keluar dari kerumunan.

Juliana bungkam. Dia tidak percaya usahanya menjadi sia-sia begini. Henry pula merasa egonya dicabar Eric. Kelakuan Eric yang membela Lucena di hadapannya benar-benar membuatkan hatinya panas.

Lucena melepaskan nafas leganya di balkoni luar. Dia ingin menjerit melepaskan geram di hati namun ditahan.

" Perempuan itu. Apa lagi yang dia inginkan? Tidak puaskah dia mendapatkan Henry?" soal Lucena geram.

" Jangan risau. Perempuan itu tidaklah bijak seperti yang dijangka." ujar Eric sambil menyandarkan tubuhnya di penghadang balkoni.

" Tapi.. Tekaannya.."

" Itu hanyalah tekaan yang semberono.."

" Tapi apa yang dia teka itu benar. Tiada satu pun yang tersasar." Lucena gusar.

" Itu hanya tekaan. Mereka tidak akan mempercayainya." Eric mengusap perlahan rambut Lucena.

" Saya takut.. Mimpi itu.. akan menjadi kenyataan.." air mata Lucena tumpah jua. Walaupun tadinya dia berlagak seolah-olah itu langsung tidak mengganggunya namun dia berusaha untuk terus bertahan dan bertindak seolah-olah dia mampu mengatasinya.

Eric perlahan menarik Lucena dalam pelukannya.

" Jangan risau... Tiada siapa yang mampu melukakai aku..." bisik Eric perlahan di telinga Lucena.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now