39: ADIK BERADIK RODRIQUEZ

877 73 10
                                    

Lucena duduk merenung senaskah buku di hadapannya. Matanya sekejap terpejam sekejap celik kembali. Ada kalanya dia menguap sehingga matanya berair. Lucena menyandar malas di kerusi sambil jari runcingnya mengurut pelipis.

" Berehatlah, Cena. Kamu diberi cuti bukan untuk berkerja tetapi berehat." tegur Lance sambil membawa dulang minuman hangat untuk Lucena.

" Cena tak sampai hati nak tidur lena apabila membayangkan dia tidur di atas lantai yang dingin." keluh Lucena.

" Kenapa Cena nak bantu dia sedangkan... Dia... Bukanlah sesiapa pun bagi keluarga kita.. Apatah lagi asal usulnya yang tidak jelas malah dia dituduh mempunyai identiti yang kabur... Lucena tahu kan tuduhan Henry itu berat..."

" Abang... Eric bermakna buat Lucena... Mungkin bagi abang kehadiran dia bukan apa-apa tapi bagi Lucena dia.. dia segalanya bagi Lucena..." Lucena memejamkan matanya rapat.

" Dia selamatkan Lucena..." bisik Lucena perlahan.

Lance mendiamkan diri. Hatinya risau melihat adik perempuannya yang bersusah payah ingin menolong lelaki yang tidak jelas asal usulnya itu malah Lucena sanggup bersengkang mata semata-mata ingin mencari cara untuk membebaskan lelaki itu.

" Surat Perakuan."

Lucena membuka matanya perlahan apabila Lance tiba-tiba sahaja menyentuh tentang surat itu. Surat perakuan yang dimaksudkan Lance ialah surat yang mengakui seseorang itu berada di wilayah mereka dan merupakan seorang askar bayangan keluarga Rodriquez. Itu bermakna identiti askar bayangan keluarga Rodriquez dipadam dalam sistem kerakyatan Earthland demi menjaga rahsia Rodriquez kerana mereka bekerja sebagai pengintip ataupun bekerja sebagai pemberi maklumat.

Dengan adanya surat perakuan Rodriquez, mereka diberikan akses untuk keluar masuk dari tanah Earthland dan jika mereka ditangkap kerana identitinya, mereka akan menggunakan surat itu untuk membebaskan diri. Surat perakuan mempunyai cop keluarga Rodriquez yang hanya dipegang dan disimpan oleh ketua keluarga iaitu Archduke Rodriquez. Tanpa cop itu sukar untuk membuktikan keaslian surat perakuan .

" Kenapa selama ni Cena tak pernah tahu tentang itu?" soal Lucena perlahan.

" Kerana Surat Perakuan itu hanya diketahui oleh Ketua keluarga dan bakal pewaris Rodriquez." jawab Lance.

Lucena bungkam. Mata merah rubynya menatap dalam ke wajah abangnya.

" Kenapa abang... bocorkannya kepada Cena?"

" Abang tak sanggup biarkan Lucena terus-menerus memaksa diri... Abang tak tergamak melihat Cena mengabaikan kesihatan Cena semata-mata untuk lelaki itu..." luah Lance lalu perlahan mengeluarkan surat dari poket bajunya.

" Ini surat perakuannya... Abang sudah mohon pada ayah untuk meletakkan cop keluarga di dalamnya..." Lance meletakkannya di atas meja.

Lucena memandang wajah abangnya dengan tidak percaya. Air matanya bergenang di tubir mata hanya menunggu masa untuk tumpah.

" Abang.."

" Pergilah... Bebaskan dia.." Lance senyum.

Lucena segera bangkit lalu memeluk abang sulungnya.

" Terima kasih abang."

Lance hanya tersenyum membalas pelukan hangat sang adik.

Tidak lama kemudian, Lucena menguraikan pelukan lalu mengambil surat itu. Dia segera berlari keluar dari rumah agamnya. Tanpa sepatah kata pun, dia pergi dengan menunggang kuda sendirian bersama surat di tangannya.

" Saya datang Eric!"

~~~~

Lance menggelengkan kepalanya melihat kecerobohan tingkah laku adiknya di balkoni rumah mereka. Walaupun begitu, dia tidak melarang Lucena pergi kerana dia sudah mengupah askar bayangan untuk menjaga adiknya sepanjang perjalanan menuju ke rumah Archduke Henry.

" Cena nampak begitu gembira." tegur Learco.

" Entah apa yang istimewanya budak itu sehingga Cena sanggup mengabaikan dirinya." celah Leander.

Mereka berdua masing-masing berdiri di sisi abang sulungnya menghimpit Lance di tengah-tengah.

" Abang tak pernah nampak Cena begitu." ujar Lance.

" Saya juga."

" Saya pun."

" Abang harap Cena tidak salah langkah."

" Saya juga."

" Saya pun."

Lance kemudian memandang kedua-dua adik lelaki kembarnya silih ganti.

" Kamu berdua ini kenapa dari tadi asyik mencelah kata-kata abang?" Lance memeluk tubuh memandang adik kembarnya tidak puas hati.

" Perasaan dan harapan kita sama.." ujar Leander menepuk bahu abang kembarnya sambil tersenyum.

Learco hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata abang kembarnya.

Lance mengeluh perlahan lalu beredar dari situ. Tidak betah berlama dengan dua ekor monyet yang sering menganggu hari-hari tenangnya.

" Haih bila dah tua senang saja nak terasa hati." seloroh Leander.

Learco mengangguk kepalanya namun seketika dia berkerut dahi. " Bukankah umur kita sama?"

" Tidak. Umur Lance 24 tahun 5 bulan 7 hari 9 jam 16 minit. Umur aku 24 tahun 5 bulan 7 hari 9 jam 13 minit. Jauh bezanya." Leander menepuk bahu adiknya lalu segera meninggalkan Learco yang termangu sendirian di situ.

" Maksudnya umur aku... 24 tahun 5 bulan 7 hari 9 jam 10 minit?" Learco mengomel sendirian sambil membuat kira-kira di tangannya.

" Tapi ia tetap sama kan?" Learco mengaru kepalanya yang tidak gatal.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now