1: THE STORY BEGINS WITH PAIN

5.6K 166 17
                                    

" Lucena... Tolong lepaskan Juliana..." Rayu Henry.

Lucena senyum sinis apabila lelaki yang dia cintai sepenuh hati merayu padanya untuk melepaskan perempuan di dalam dakapannya.

" Kenapa? Kau takut aku akan bunuh dia? Kau takut dia mati?" soal Lucena dengan genangan air matanya.

" Lucena... Saya mohon dan merayu pada awak.. Lepaskan Juliana.." rayu Henry lagi tanpa berputus asa.

" KENAPA?! Kenapa kau merayu untuk perempuan ni?! Kenapa?!" jerit Lucena lantang. Mata pisau di leher Juliana semakin dalam memakan daging leher putih itu.

" Kenapa kau lebih memilih dia berbanding aku? Seharusnya aku yang berada di sisi kau... Seharusnya aku yang memegang tangan kau... Seharusnya aku yang berada di dalam pelukan kau... Aku adalah cinta pertama kau... Aku yang sepatutnya menjadi isteri kau.. Bukannya dia! Tapi kenapa... Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kau khianat aku... Kau hancurkan hati aku... Kau... Kau musnahkan hidup aku... Kau lelaki yang aku cintai sepenuh hati aku... Tapi kenapa kau.. Sanggup buat aku macam ni..."

Luluh hati Henry mendengar luahan Lucena Eleonora.

" Maafkan saya, Lucena.."

Api semakin marak memenuhi ruangan tersebut dan turut mengelilingi Lucena dan Juliana.

" Lucena.. Saya tahu awak marahkan saya sebab ambil hak awak... Tapi awak tak sepatutnya buat macam ni... Awak juga tak seharusnya bersengkokol dengan iblis hanya kerana dendam bodoh awak.." provok Juliana.

" Kau diamlah jalang! Kau sedar tak nyawa kau sekarang dalam tangan aku.." ujar Lucena sambil menekan kuat pisau itu di leher Juliana.

" Juliana..." Henry memandang wajah Juliana dengan tatapan sayu.

Api yang mengelilingi Lucena dan Juliana semakin marak. Henry yang melihat Lucena yang sedikit leka dengan pantas menarik tangan Juliana menyebabkan Juliana jatuh dalam pelukan Henry.

Lucena yang melihat Henry memeluk Juliana semakin membuatnya marah. Lingkaran api semakin tinggi dan hampir menelan Lucena.

" Lucena!" Henry menjerit memanggil Lucena yang hampir ditelan api.

Lucena hanya menayangkan senyuman sinis. Air mata jatuh perlahan mengalir di pipi. Pisau yang berada di tangannya digenggam erat.

Kenangannya bersama Henry bermain di mindanya bagaikan kaset berputar. Dahulu dia bahagia bersama Henry malah cintanya dan Henry sentiasa menjadi bualan ramai orang hinggakan kisah cinta mereka mengalahkan Romeo dan Juliet.

Namun semuanya berubah sejak Henry mendapat gelar sebagai pewaris tunggal keluarga Archduke Lawrence. Henry sentiasa ke luar kota menguruskan wilayah kekuasaan keluarganya di selatan.

Lucena Eleonora percaya pada Henry. Bahkan dia sanggup menunggu Henry pulang dari urusannya di luar kota yang mengambil masa bertahun lamanya.

Kepulangan Henry ke tanah air begitu menggembirakan hati kecil Lucena. Tetapi semuanya hancur apabila dia menerima berita yang Henry tidak pulang bersendirian, dia membawa seorang gadis desa di dalam pelukannya dengan alasan bahawa gadis itu sebatang kara dan memerlukan perlindungan. Itu membuatkan Lucena kesal dan marah.

Tahun demi tahun, Lucena kuatkan diri ingin bersama dengan Henry. Dia malah sanggup memekakkam telinganya mendengar bisikan cinta Henry pada gadis itu, membutakan matanya melihat kemesraan Henry pada gadis itu. Dia merelakannya asalkan dapat bersama Henry.

Lucena berfikir ini hanya sementara namun dia tidak menyangka Henry semakin bertindak kejam kepada hati kecilnya apabila ingin memperisterikannya tetapi mengambil Juliana sebagai gundik. Tidak cukup membawa gadis itu pulang bersamanya malah Henry juga ingin mengambilnya menjadi gundik Henry.

Lucena Eleonora marah sehingga lupa diri menyebabkan dia ingin membakar dirinya bersama-sama dengan Juliana. Namun sekarang hanya dia seorang sahaja di dalam lingkaran api tersebut.

" Tak... Aku takkan mati macam ni..." ujar Lucena sinis.

Matanya menatap dingin wajah Henry yang cemas sedari tadi asyik memanggil namanya.

" Aku takkan mati dengan hati yang masih mencintai kau, Henry... Takkan..."

Lucena menggoreskan tapak tangan kirinya dengan pisau itu lalu melukis satu lingkaran kecil di situ.

Invoco nomen tuum...

Clamo regem diaboli, regem crudelitatis

Veni ad me... Accipe petitionem meam...

Bibirnya terkumat kamit membaca mantera. Gumpalan asap hitam kecil serta merta muncul di telapak tangan kiri Lucena.

" Apa permintaan kau, wahai manusia?"

" Putarkan masa.. Kembalikan aku pada masa lalu.."

" Permintaan yang rumit... Apa sahaja permintaan kau.. Akan aku tunaikan.. Tapi ada syaratnya.."

" Aku terima sebarang syarat yang kau pinta... Apa sahaja.. Bahkan nyawa pun aku sanggup korbankan..." ujar Lucena dengan yakin dan tegas.

" Baiklah..."

Lucena memejamkan matanya, darah pekat setia mengalir menitis di lantai. Haba dari api semakin terasa panas membakar sekeliling Lucena.

Suasana di dalam ruangan itu semakin kecoh apabila melihat Lucena tenggelam di dalam lingkaran api tersebut.

" Selamatkan Lucena!" jerit Henry sambil menyimbah sebaldi air ke arah api tersebut tetapi api itu malah semakin marak.

" Henry.. Kita perlu keluar dari sini.." desak Johannes, sahabat kepada Henry.

" Aku takkan tinggalkan Lucena kat sini... Aku harus selamatkan dia.."

" Henry.... Lupakan Lucena... Dia dah mati.." pujuk Juliana sambil menarik tangan Henry.

" Ini semua sebab kau! Sebab kau dia mati!" herdik Henry lantang.

Juliana tergamam apabila Henry mengherdiknya. Dia terdiam seribu bahasa di situ.

" Lucena... Lucena..." Henry jatuh terduduk apabila melihat api yang marak itu. Dia tahu mustahil Lucena mampu bertahan hidup di dalam lingkaran api besar itu.

" Kenapa? Kenapa tak mampu untuk menunggu sedikit masa lagi? Kenapa?" Henry menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Lucena. Dia tahu ini semua salahnya. Salahnya kerana bersikap terburu-buru sehingga menyakitkan Lucena, wanita yang amat dia cintai sepenuh hatinya.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now